Colmar Tropicale Bukit Tinggi, sesi brainstorming 2 hari
Tak pernah lagi saya berenggang dengan si kecil Dzar ni. Dan sudah semestinya macam-macam perkara duk bermain dalam kepala tatkala malam menjelma dan si kecil nak melelapkan mata. Risau menangis ke dia kalau saya takde? Boleh ke tidur nanti? Macamana abah dan kakak-kakaknya nak memujuk tidur? Biasalah si ibu akan meninggalkan bermacam pesanan untuk mereka yang menjaga di rumah kan, ;(.
Antara pesanan si ibu ni, Buat susu sebaik balik dari rumah pengasuh, bagi adik makan, sebelum tido buat lagi susu sebotol, tukar diapers sebelum tido. Tapi memang saya dah biasakan kalau saya ada pun, diorang ni akan tolong saya jagakan Dzar ni.
Its me time bersama kawan-kawan
Dalam pada risau nak pegi Branstorming, mestilah seronok jugak sebab nak jumpa dengan kawan-kawan di HQ, sejak duduk di branch ni tak sempat nak bermesraan dengan geng kat sana. Dengan adanya sesi brainstorm ni dapatla bersua muka dan bergossip sikit kan haha.
Saya ni dah tak larat rasa nak memandu, syukurla dapat tumpang kereta opismate, tq kat puan Wardah celup tu hahaha, sangat selesa keretanya.
Sejuk dan nyaman di Bukit Tinggi
Sesampai di sana, bergambar sakanlah kita. Cuaca nak kata sejuk sangat tu takdelah, ala-ala bukak aircond 20 darjah celcius gitu. Memang takdela nak naik Perkampungan Jepun nun di puncak sana, kemain tinggi tangganya, mau terberanak kat sini nanti ;).
Tapi view memang cantik, korang yang pernah datang sini mesti tau kan rumah ala-ala english style gitu. Siap ada welcome show lagi, gitulah daya tarikannya, tapi nak shopping takdak la, sini nak rehat-rehatkan minda oklah.
Bilik yang selesa macam di oversea
Pertama kali bermalam di Colmar Bukit Tinggi ni. Wow memang cantik tempat ni, bilik selesa, tandas besar, makan pun best dan kata mende free pulak lagilah best kan muahahaha. Aktiviti pertama kami, tukar-tukar hadiah dengan harga minimum RM20. Seronok bang hang!!
Memacam gelagat tengok sebab hadiah tu pelbagai. Ada pewangi, frame gambar, buku, AlQuran, barang letrik, mesin jahit, raket badminton..Dan ini pulak hadiah yang saya terima dari si adik manis ni. Yeay!!! bolehla letak kat bilik tidoq, wanginya!!! aummm!!! ;).
Malamnya pula kami buat aktiviti free and easy. Bahasa melayunya buatla aktiviti korang sendiri gitew!! Pantang lepa, pasti bergambar aje ;).
Makan jangan lupa, semua sedap2, rasa nak makan semua tapi sejak kandungan makin membesar hanya mampu makan sedikit tapi kene keraplah. Hmm kalau tak se’eh rasanya perut ni ;).
Dan besoknya kami sambung lagi dengan sesi bergambar berjemaah dengan gaya havoc, ko mampu?? hihihi…Dan sambung lagi dengan aktiviti brainstrom, best sebab at the end of session ada sedikit game menguji minda yang berkarat.
Hahaha suka-suka aje, anyway seronok sebab semuanya pakat sporting belaka. Dan aktiviti Sesi brainstorming di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi kami di akhiri dengan lunch dan semuanya beransur pulang ke pangkal jalan.
Emm tak sabar nak jumpa anak-anak, maaf takde buah tangan untuk korang tapi ibu belikan pisang goreng dengan cakoi enak tepi jalan je, makan panas-panas memang sedap ;).
syok aktiviti brainstroming kt tmpt camni
Cantiknya tempat ni..
Colmar Bukit Tinggi area mana tu yer?
Bestnya. Tak pernah kesini lagi,
terbaik la aktiviti korang (Y)