Shopping online dengan MOLPay Cash | Genap 27 minggu usia kandungan saya ni, kata orang tua-tua, time inilah sedang elok kalau nak mula shopping barangan bayi.
Memang saya belum shopping barang lagi untuk si bayi ni. Nampak gaya pakai je baju si Dzar yang berusia 1 tahun 4 bulan tu, hmmm baru dan elok lagi bajunya tu. Jimatla sikit duit ibu abah dia kan :).
Selain baju, nak juga beli botol susu, diapers, breastfeeding item, adalah sikit, buat gembira hati ibu dan bayi kata orang tu :). Sempena menyambut kedatangan orang baru, jadi harusla ada sikit untuk si bayi dalam perut ni.
Jadi saya ambil keputusan shopping online sahaja, rasanya kat opis ni, saya adalah antara ratu shopping online kakakakka. Ada aje barangnya dari poslaju tu, kalau tak shopping, product review pulak kan :).
Ok, bercakap tentang shopping online untuk keperluan ibu dan bayi, saya duk usha laman web motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai keperluan untuk ibu dan si manja.
Cakap je nak beli apa, semua pun ada di sini. Nak pula sekarang ni mereka sedang mengadakan jualan menggila, uishh mengetap bibir kita tengoknya tau.
Anda pernah dengar kaedah bayaran melalui MOLPay Cash tak? Nak tau macamana nak gunakan MOLPay cash? Ok macam ni, contohnya bila anda sedang shopping online dan ingin membuat pembayaran, tetapi anda tiada credit card atau debit card atau online payment.
Jangan risau sebab anda mempunyai pilihan lain iaitu dengan bayaran tunai di kaunter 7-Eleven yang terdekat dengan membawa resit pembelian online yang akan saya tunjukkan caranya di bawah ini dan untuk keterangan lebih lanjut tentang MOLPay cash boleh layari website mereka di http://www.molpay.com/v3/cash.
Langkah pembelian menggunakan MOLPay Cash
- Contohnya saya ingin membeli barangan seperti tertera di bawah. Tapi pertama sekali, anda wajib mendaftar di motherhood.com.my terlebih dahulu, masukkan butiran diri anda, alamat, nombor telefon dan pilihlah barangan yang anda kehendaki dan klik checkout.
- Sila pastikan alamat penghantaran itu adalah betul dan tepat. Dan kemudian masukkan kod voucher yang anda ada dan apabila hendak membuat bayaran pilihlah pembayaran melalui Credit Card / Online Banking seperti gambar di atas.
- Kemudian klik Payment Option, dan klik 7-Eleven sebagai pilihan bayaran. Mudah kan?
- Jangan lupa tick di Term & Condition dan jika lihat di resit di atas anda akan diberikan order ID, verification code dan amaun yang perlu dibayar. Jangan lupa tekan button proceed dan anda bolehla print atau snap resit ini dan buat pembayaran terus di kaunter 7-Eleven. Apabila tiba di kaunter sila maklumkan anda hendak membuat bayaran MOLPay Cash dan tunjukkan resit tadi. Setelah bayaran dibuat pihak 7-Eleven akan berikan anda 2 resit iaitu resit MOL-MOLPay dan resit 7-Eleven.
- Mudah kan Shopping online dengan MOLPay Cash? Selepas pembayaran dibuat, anda hanya perlu menunggu pesanan yang dibuat dalam jangkamasa yang tertera di laman web.
Dan akhir sekali, untuk menghargai kesetiaan para pembaca, saya ingin berikan kod voucher untuk anda berbelanja di laman web Motherhood.com.my, dan nikmati diskaun 10%:-
AJUMOHIT10
-Minimum pembelian RM150
– Maksimum diskaun RM50 sahaja
– Sah sehingga 27th Feb 2017
– Hanya untuk pembelian online di Motherhood.com.my
– Tidak sah digunakan dengan kod promo yang lain
– Kod voucher ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai
Selamat menyopping semua :).
shopping dihujung jari…siap duit je dlm bank kn hehe
Mak-mak yang anak ramai memang suka habiskan duit kat online je.. sekarang pun beli pampers kat online je… kalau pandai pilih dapat jimat banyak kalau nak dibandingkan kita ke kedai..
bayar kat 7 e, hmm menarik