Mengidam Kuih Keria Antarabangsa Melaka.
Siapa yang mampu menahan keinginan ibu mengandung yang mengidamkan kuih keria popular ni. Sebelum ni takde pun teringin nak rasa tapi bila tengok Hanis Zalikha makan kuih keria ni terus tekak ni teringin nak rasa juga.
Kebetulan kami bercuti di Melaka tempohari, jadi dalam perjalanan dari Port Dickson ke Melaka ni, ada juga rezeki saya berjumpa dengan si Kuih Keria Antarabangsa Melaka yang femess tu.
Kebetulan kami lalu di sini jam 11:30 pagi, ramai yang dah beratur, suami tanya saya, nak singgah tak? Ehhh WAJIBUL GHUNNAH jawab saya ?. Alang-alang dah lalu depan kedai, singgah ajelah.
Lainlah kalau tak jumpa langsung kan, ha itu boleh kalau takyah singgah hahaha. Waktu saya sampai tu yanb tengah beratur tu adalah dalam 20 ke 30 orang, saya tak kisah, kita tunggu je.
Waktu operasi kuih keria antarabangsa Melaka
Beratur jam 11:30 pagi, kalau tengok di signboard tu kedai mula buka jam 1:00 petang, mak aihh lamo eaa nak tunggu. Syukurla sebelah kedai ni masjid, jadi saya dan suami angkut semua anak-anak duduk di masjid dan kami beratur bergilir-gilir. Mula-mula saya, then suami, then Alia.
Tiba-tiba saya lihat barisan beratur tu mula bergerak, rupanya tuan kedai dah buka pintu kedai dan barisan beratur masuk menunggu dalam kedai pula. Owhh takpela redup sikit walau cuaca di luar panas terik.
Wow rasa berasap kepala masa menunggu tu ;). Owh ya waktu pintu kedai tu dibuka jam menunjukkan jam 12:30 tengahari.
15 minit selepas tu, saya nampak kuih keria mula di bawa ke kaunter jualan dalam 5 dulang. Alhamdulillah tak lama dah dapat rasa kuih femes ni. Akhirnya seorang demi seorang mula mendapatkan order mereka mengikut giliran. Dan akhirnya tiba juga giliran saya.
Harga kuih keria
Harga kuih ni RM0.60 sebiji, seorang hanya boleh beli 20 BIJI SAHAJA. Dan terus saya pass RM12 pada Najiha di belakang saya dan Najiha pun dapat 20 biji. Sebab sebelum tu saya nak beli 40 biji terus tapi tak boleh katanya dah memang syarat diorang macam tu. Oklah ;).
Alhamdulillah setelah dapat 40 biji kuih keria, saya terus dapatkan suami di masjid dengan senyuman riang sampai ke telinga. Yeay!!! Jom bang kita boleh teruskan perjalanan, saya dah dapat apa yang saya nak!!! ?.
Korang tanya sedap ke tak kuih ni? Dalamnya lembut, luarnya disalut gula merah, bila gigit emmm sedap!!! Nak pula makan masa kuih tu masih panas, sangat best ;).
Walau suami kata biasa je rasa dia, tapi bagi saya sangat sedap dan puas hati sebab dah lama tunggu nak makan kuih ni. Alhamdulillah tercapai hasrat ibu mengandung mengidam kuih keria antarabangsa ni.
Uihhh… Sanggup dia orang beratur panjang ye beli kui Keria Antarabangsa… ๐
makyong ngidam..nasibaik dpt mkn ye…aritu kita dpt mkn gk tp dh lewat ptg juga la sbb kwn tu dr melaka smp kl dh ptg…tp masih lembut and sedap tp isinye color kuning mcm keledek
itulah mujur juga makyong dapat
rasa ada satu kat kg baru. tapi tak sure exact location
Hmmm wife saya yang pregnant pun jadi suka giler dengan keria. Sib baik kat sini nak beli keria sedap tak kena beratur camni.
Memang la orang pregnant akan rasa nikmat bila dapat makan apa yang diingini… orang lain takleh rasa perasaan tu camne … hehe
Tak berapa minat dengan kuih keria. haha dulu saya panggil kuih ni kuih donut sebab sama macam donut. hahaha
Amboi! gigih tu tunggu syukur penantian berakhir dengan kegembiraan.
Hurm… pendapat Mrs. A mesti yang gigih beratur tu semua orang luar dari Melaka.
Mrs. A pernah tanya cousin Mrs. A yang duk Melaka tu pasal kuih keria antarabangsa ni kata dia biasa-biasa aje.
Mrs. A teringin jugak yalah tengok orang obses cenggitu sekali.
Nantilah mana tau tersinggah tanpa sengaja ngeh!ngeh!ngeh!
Sedap sangat la tu kot ek, sampai panjang nak beratur tu. Siap ada limit kena beli lagi. ๐
memang tidak la nak beratur sampai ke melaka tuh.
haha
Kerana gula semut sanggup mati. Kerana keria gula melaka ramai sanggup berdiri abwah matahari
.
hehe
.
Memang kaw kaw rasa gula dan lemak keledek tu
Amboi panjangnya barisan. Kat melaka ni serba serbi kalau viral memang panjang benar barisannya
.
Kalau dah pasal makanan panas panas pun orang sanggup tunggu
.
Coconut shake pantai klebang tu sampai jam jalan setiap hujung minggu
.
Hoho
.
Kampungku melaka