Umum Harga kasut sekolah Jenama BFirst & North Star December 6, 2016

Spread the love

Biarpun sesi persekolahan akan bermula dalam masa sebulan lagi, tapi persiapannya saya cuba untuk settle kan seawal mungkin. Maklumlah kandungan ku ini sudah mencapai 29 minggu, nak berjalan jauh pun tak larat, mild contraction pun sudah terasa.

Hmmm mengah berjalan rasanya tapi nasib baik dalam shopping complex, ibu gagahkan juga mencuci mata sekali sekala hahaha.

Kasut sekolah anak2

Anak-anak saya akan bersekolah di darjah 1, 4 dan 6 di tahun 2017 dan mujurlah tak banyak songeh, ibu kata A diorang follow A, walau ada design yang kekadang diorang tak berkenan, tapi bila saya ajak masuk kedai BATA, sebolehnya saya ikut design yang diorang suka.

Kak long suka design yang ada 3 tali zap on tu, Najiha dan Adam tak kisah, janji muat aje. Alhamdulillah tak susah kerja kita membeli kasut sekolah korang, masuk satu kedai je, tak perlu singgah kedai lain pulak.

Saya ada terbaca kat FB kasut sekolah jenama Yonex yang mana potongannya sehingga 70%, saya ada juga singgah di AEON Melaka, tapi sayang yang tinggal hanya size kecil-kecil molek aje, alahai bukan rezeki kami ;). Takpelah kita cari jenama lain ya.

Kasut kak long North Star RM39.99
North Star RM39.99

Ini antara tips saya memilih kasut sekolah ya, tapi terpulang kepada anda bagaimana anda menentukan pemilihan mengikut citarasa memasing.

  1. Pilih design yang banyak material plastik PVC berbanding kain, bukan apa cepat kering dijemur selepas basuh ;).
  2. Saiz yang dibeli sesikit besar dari saiz kaki anak, maybe 1/2 inci sebab kaki diorang ni cepat panjang, lagipun pakai stokin kan, jadi selesalah tu.
  3. Pilih design yang selesa dan mudah diorang nak sarung, contohnya budak sekolah rendah tak perlu pakai yang bertali, bukan apa kalau dah tercabut ya ampunn!!! jenuh nak suruh ikat semula hahaha. Kalau pandai ikat takpela, yang tak pandai tu ha satu hal pulak tersadung terpijak tali kasut.
  4. Pilih harga mampu milik dan berpatutan.
Harga kasut jenama BFirst dan North Star
Kasut BFirst Adam saiz 1 RM32.99

Jenama BFirst dan North Star ni memang ada dijual di kedai BATA dan shopping complex. Macam ni lah lebih kurang design yang anak saya nakkan tu. Harganya dari RM32.99 sehinggalah ke RM39.99 sepasang. Saiz 1 untuk Adam, saiz 5 untuk Najiha dan Alia pula pakai size 4 dan 5.

Uishh cemburu bila kak long dapat 2 pasang kasut, saya kata takpa korang beli sepasang dulu kemudian nanti baru tambah lagi ya. Biasanya kalau ikut pengalaman, kasut tu kalau pakai dengan cermat boleh tahan setahun.

JOM DAPATKAN TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT ISTIMEWA. KLIK BANNER DI BAWAH:-

tudung sekolah awning lembut istimewa - 1

Beg sekolah transformers

Ok dah settle bab kasut, beg sekolah pula si Alia dan Najiha masih guna beg jenama SWAN yang saya beli 2 tahun lepas berharga RM99 setiap satu.

Walaupun mahal tapi ternyata kualitinya sangat tahan dan masih digunakan untuk tahun ke 3. Adam pula saya belikan beg ni untuknya. Moga anak-anak ibu abah belajar rerajin dan jadi orang berguna dunia akhirat.


Spread the love

Tags : , , , , , , , , , ,

5 Comments

  • kisah si dairy posted on December 6, 2016 at 10:35 am

    dah ready awal² ni senang…harga pun not bad la…

    Reply
  • mamatisya posted on December 6, 2016 at 11:28 am

    dlu bli b-first dlm 20++ je ..byk juga dh naik
    mamatisya recently posted..Restoran Windmill @Aeon Shah AlamMy Profile

    Reply
  • Elih posted on December 6, 2016 at 7:45 pm

    Bagus dah beli awal2, tak lah kelam kabut nanti bila dah dekat buka sekolah..harga pun taklah mahal sgt..
    Elih recently posted..Jadual Peperiksaan MUET 2017My Profile

    Reply
  • Hasrul Hassan posted on December 18, 2016 at 11:49 pm

    Saya dok tunggu kilang pallas buat sale je ni. Apapun, kasut sekolah masih banyak dalam stok. 🙂
    Kalau ada sale pallas, rega kasut dari Rm5 – RM10 je .. nak elok skit dalam RM15.. beza dgn harga kat kedai
    yg jatuh pada rm30++
    Hasrul Hassan recently posted..Cara Buat Duit Online 2017My Profile

    Reply
  • soffiah shariff posted on December 21, 2016 at 4:28 pm

    Anak2 saya pun beli kasut bfirst tu lah jugak, walopun kedai yang jual kasut tu kata…Puan kalo nak kasut yang lebih kualiti dan tahan lama blh beli kasut kat kedai BATA, kasut ni kalo anak lasak sat jer dah rosak. Tapi oklah setahun baru rosak kan…tahun depan tak muat dah, memang patut beli baru.
    soffiah shariff recently posted..Pemuda Kurus Kering Akibat Gemar Minum Air BerkarbonatMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge