Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place, Port Dickson | Cuti sekolah ni ramai yang bawa anak-anak berjalan kan. Perancangan kami kali ni makan angin di Port Dickson dan seterusnya ke Melaka untuk 3 hari 2 malam.
Saja nak gembirakan anak-anak, kalau kami bekerja, Alia, Najiha dan Adam duduk di transit, Dzar pula di rumah pengasuh. Mesti bosan tanpa ada aktiviti makan angin macam ni.
So perancangan ni kira last minute, book hotel, cari tempat makan, semuanya hujung jari je, biasalah book hotel online di booking.com, hotel yang mana ada kosong situ kami terjah ;).
Tarikh saya pilih 3/12/16 ni memang fully booked kebanyakan hotel. Yang ada tu pula saya survey satu-satu review hotel ni di blog-blog. Tq yang buat review tu, at least takdela rasa ralat kalau dapat bilik yang kurang memuaskan.
Bukan apa, bayarannya sama bahkan ada yang mahal sedikit dari kadar biasa, jadi kata orang alang-alang membayar biasalah puas hati.
Bertolak seawal jam 8 pagi dari rumah, sarapan di R&R Elmina dan hajat hati nak singgah MAHA, ya ampun jem bangat!!! Beratur keretanya tak bergerak, hujan gerimis pulak tu, nak singgah MAHA ni sebab ada job review berbayar, alahai kalau macam ni gayanya tak jadilah singgah ;).
Ok perjalanan diteruskan, sehinggalah kami tiba di PD jam 11:30 pagi. Emm perut pun dah lapar, jadi kami pusing-pusing dulu cari tempat makan. Yang ni pun saya baca kat blog review juga, dan kedai Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson dekat je dengan hotel, dan terletak di tepi jalan utama, senangla nak singgah.
Sedapnya bau ayam panggang, buat perut saya dan baby dalam perut lapar hahahah. Konsep kat sini layan diri, semuanya sudah tersedia, dari nasi, ayam panggang, sayur dan air, semuanya korang kene ambil sendiri. Tak susah sebab diorang ada dulang besar jadinya boleh ambil semua sekali jalan. Harga pula amat berpatutan. Sedap pun sedap juga rasanya tu. Emmpp Dzar pun makan dengan seleranya tau ;).
Nasi kukus ayam panggang ni di makan dengan sup dan ada kuah cicah black papper. Pada saya pertama kali cuba ni, sedap aja. Sayur yang kami ambil adalah bendi dan kacang botol, orang kata secocokla dimakan bersama.
Airnya satu je takde pilihan lain tapi best yakni air tembikai ;). Harga set nasi ayam ni sepinggan RM6, sayur RM4, air pula RM2, telur dadar RM2 dan jumlah yang kami perlu bayar adalah RM44. Hmm pada saya memang kenyang dan berbaloi harga dia untuk kami seramai 6 orang ni.
Selepas selesai makan, sementara nak check in hotel jam 3 petang. Kami singgah dulu di tepi laut ni. Bagi Dzar ni pegang pasir laut ni dulu, wahh memangla teruja dia tu, sampai berlari nak masuk dalam air ;). Nampak keseronokan di wajah-wajah kesayangan ni semua.
Hmmm puashati dapat makan angin cenggini, mekasih banyakla kat suami yang sudi bawak kami jenjalan, lenkali ada rezeki jalan lagi ;).
aritu p PD pn singgah mkn sini..kitorang amik 1/2 ekor ayam tp nmpk mcm skit je ayam tu