Harga bilik Paradise Spa Hotel, Port Dickson | Ok sambungan jalan-jalan Port Dickson sempena cuti sekolah. Macam yang saya bagitau sebelum ni, hotel ni saya booked last minute via booking.com.
Saya tau cuti sekolah ni banyak hotel yang fully booked dan memang kene buat perancangan awal, tapi nak buat macamana suamiku itu sangat busy mengalahkan PM, jadi memang tak dapekla nak plan awal untuk percutian singkat kami ni.
Usah risau selain hotel, penginapan sekarang memang banyak je bajet hotel dan homestay sana sini, kene survey harga dan kualiti je kekdahnya. Bila saya tengok ada bilik yang kosong di booking.com, saya terus akan check dan baca review mereka yang pernah menginap di situ.
Google je nama hotel yang korang nampak kat booking.com tu, akan keluarla review dari blogger ataupun review di booking.com itu sendiri.
Ok hotel yang kami pilih adalah Paradise Spa Hotel, Port Dickson. Ok tak hotel ni? Walaupun hotelnya simple dan biasa-biasa sahaja namun ianya selesa untuk kami sekeluarga. Nampak masih baru dan yang penting ianya ada pool untuk anak-anak mandi manda.
Kadar harga hotel untuk satu malam adalah RM222.60 including breakfast for two dan GST included. Bayaran perlu dibuat secara online dan on top of that, semasa check in anda perlu membayar deposit RM100 dan akan dipulangkan semasa check out. Antara fasiliti yang ada di sini:-
✅ Free parking
✅ Wifi
✅ Swimming pool
✅ Gymnasium
✅ Bagi yang nak bersarapan di luar, kedai yang menjual roti canai hanya berhadapan dengan hotel ini.
Mudah nak mencari tempat makan di sini tapi untuk pilihan yang lebih banyak anda perlu keluar mencari ke Teluk Kemang dan bandar Port Dickson yang terletak 10 minit perjalanan dari hotel. Berdekatan dengan hotel ni adalah Grand Lexis Hotel yang popular tu, tak dapat masuk tengok luar pun jadikla hahaha.
Bab mandi pool tu yang seronok biasalah kalau namanya budak, depa dengan air memang tak boleh dipisahkan. Pelampung tu kami beli di Teluk Kemang, harga pelampung Adam RM15 dan pelampung leher si Dzar tu RM20. Hmm seronok dia mandi berkepak-kepak tangannya semacam orang pro je mandi hahaha. Overall penginapan di sini pada saya selesa dan saya bagi 3 bintang!!!
yg penting ada pool..bdk2 mesti suka
Haha. Mama setuju tu.
.
Anak mama pun suka benar main air
Dapat swimming pool memang sukalah anak-anak… hehehe… 😉
Ada wifi, parking, swimming pool dan gym.. kira lengkap jugakla hotel nie ☺☺☺
wah.. tak tahan pula bila tgk kolam renang tu..
Assalamualaikum sis Ajumohit, Kalau macam ni kan. Adakah review bertulis berbayar atau review sukarela
.
hehe
.
Memang terbaik kalau pergi hotel mana pun dapat sponsor sebab kita blogger kan
Ibu pun suka guna booking.com sebab tak perlu bayar deposit
.
Sebelum ni pergi berinchang cameron highland pun last minit