Seronok tengok perkembangan si budak kecil ni. Setiap hari excited melihat perkembangan kemahirannya, dan yang paling excited semestinya kakak-kakak dan abangnya. Kalau tengok keletah si adik mencuit hati ni, mesti diorang akan tanya, kitaorang dulu macam tu tak ibu? Eii geramnya comel sangat!!! Dicubitnya budak kecil tu lepas tu nangis, dah nangis mengamukla ibu dia kan, hmmm riuh rumah hahaha.
Walau sudah anak ke empat, tapi dimanjakan dengan cara yang sama. Tidak melebih dari anak-anak yang lain. Biasalah keyword dia cemburu, kalau tengok ibu abah lebihkan yang sorang ni, yang lain pasti bising, sayang sangat adik tu!! So saya perasan kalau cium yang adik, mesti kene cium semua. Kalau puji seorang, yang lain pun kene puji juga. Kenelah jaga hati anak kan, just fikir kalau kita di tempat diorang, macam tu jugalah perasaannya.
Ingat ramai anak ni senang ke kan, banyak nak kene jaga supaya diorang tak rasa dipinggirkan. Bila anak dah besar, dah faham segala benda, lagilah nak kene jaga hubungan dengan diorang. Alhamdulillah suami pun rajin melayan anak-anak, sebenarnya antara saya dengan suami, si suami lebih lembut dan tak garang dengan anak. Saya lain sikit, garang dan tak sabar. Dan diorang lebih cepat bertindak kalau dengar arahan ibunya, dengan abah boleh gurau-gurau lagi, tapi bila abah cakap diorang susah sangat nak follow, ha time tu rimau saya datang ahhahaha.
Eh nak carita pasal perkataan pertama Dzar kan antaranya adalah bah, ayeer, tarrr!!!. Ha umurnya dah genap 1 tahun 4 bulan. Kalau tengok dah lincah ke sana kemari, memanjat juga ko. Tak boleh pintu tu terbuka, dipanjatnya grill tu sampai atas. Lasak sangat, yelah nama pun boy kan, ada pulak abang umur 6 tahun, lagilah diikutnya semua yang abangnya tu buat.
Kalau Nampak abahnya, dia akan panggil, bahh!! Seronok abah, anak-anak memang akan sebut nama abah berbanding ibu, susah kot nak sebut ibu tu ya? hahahha. Lepas tu kalau Nampak cawan je, ayeerr, ayeerr..Hmmm geram tau!!! Bila kitaorang tengok Ceria I-Star, Dzar pandai sebut taaarrr!! Aritu saya ajar kaaakiii!! Boleh juga diikutnya, aduii comel bangat!!!
Ramailah tukang ajar Dzar kat rumh ni, seronok tengok gelagat anak-anak ni semua. Kalau diajar memang cepatla dapatnya, tapi dah pesan kat diorang ni ajar yang elok-elok je ;). Lepas ni apa lagilah kepandaian Dzar kan, kita nantikan episod akan datang ya ;).
Leave a Reply