Sakit tulang punggung atau pinggul semasa hamil | Korang pernah alami situasi ni tak? Dari pembacaan saya, sakit tulang punggung atau pinggul semasa hamil adalah normal buat ibu-ibu yang hamil.
Tak pernah ada pengalaman sakit tulang punggung
Tetapi bagi saya pulak ianya berlainan. Sebab ini kira pengalaman baharu kerana saya tidak pernah mengalaminya semasa mengandungkan 4 orang anak saya sebelum ni. Saya risau sakit slip disc yang saya alami sebelum berulang kembali, uishh memang azab sakitnya.
Macamana boleh sakit?
Permulaannya saya sedang duduk melipat kain. Saya duduk di atas karpet tanpa beralaskan bantal, dan dalam 20 minit selepas tu terus tulang punggung saya berasa sakit dan nyeri. Allah sahaja yang tahu penderitaan ini, kerana segala pergerakan saya terbatas.
Nak duduk lama-lama pun sakit. Bila baring, berdiri, solat, dukung anak, semua yang melibatkan pergerakan akan membuatkan tulang punggung saya betul-betul sakit dan tertekan.
Nak tak nak semua benda pun perlu dibuat kan, kalau nak berehat sepanjang masa tu memang tidaklah ;).
Dugaan ibu mengandung. Macam-macam dugaan dari mabuk, alahan, darah tinggi, kencing manis, fabroid sehinggalah sakit badan segala macam penyakit. Jadi sayangilah ibu yang melahirkan anda dan isteri yang mengandungkan anak-anak anda ya.
Check up mengandung 28 minggu
Kebetulan minggu lepas saya ada check up dengan Dr. Hazinat, Pakar Sakit Puan di Tropicana Hospital, jadi saya pun mengadu panjanglah dengan beliau :).
Punca sakit tulang punggung
1. Berat badan yang semakin bertambah, ya betul berat saya bertambah 14 kg berbanding sebelum hamil.
2. Jarak kehamilan yang dekat dengan erti kata lain beranak rapat, ya betul jarak anak saya memang rapat-rapat haha. (Kekurangan kalsium buat ibu hamil kerana baru melahirkan dan menyusukan anak sebelum hamil semula)
3. Mengangkat beban berat atau dukung anak kecil tetapi dengan postur badan yang salah, ya betul si kecil Dzar tu masih mendambakan kasih saying ibunya :).
4. Duduk terlalu lama tanpa bantal dan alas, iya kekadang duduk aje malas nak beralas bagai ni hahaha.
Tips legakan sakit tulang punggung
Dari pembacaan saya, antara tips yang perlu dipraktikkan untuk mengurangkan dan seterusnya meredakan sakit tulang punggung ini adalah :-
- Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu.
- Sentiasalah tukar posisi anda.
- Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah tegakkan badan anda ketika berdiri, duduk, ataupun berjalan.
- Jika anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah sangat penting.
- Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian yang paling sakit.
- Pakailah kasut rata yang mudah dipakai.
Dr Hazinat juga ada bekalkan plaster untuk ditampal di bahagian yang sakit. Emm jadi jika korang juga alami masalah sakit tulang punggung atau pinggul semasa hamil ni, jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat mereka.
Saya juga ada buat senaman yang diajar semasa fisioterapi slip disc dulu. Antaranya seperti pergerakan di bawah ni.
Senaman fisio slip disc. Sumber google
Dan paling best letak ice pack kat punggung tu. Macam saya, saya ambil icepack ni, balut tuala dan letak aje di tempat yang sakit tu, dan rasa kelegaannya. Seksa rasanya weii.
(Update terkini) Alhamdulillah selepas 3 hari menderita sakit tulang pinggul, saya Alhamdulillah kembali sihat sediakala. Dan boleh solat, bangun dan duduk tanpa rasa sakit dan ngilu lagi :).
Saya tidak mengambil sebarang ubat dan suntikan tahan sakit dan memang tidak dinasihatkan oleh doctor untuk mengambilnya.
tak apa.
bukan selalu sangat pun kann..
demi anak.
Betul tu. mamy pun seawal usia 4 bulan kandungan dah berjalan macam penguin akibat sakit pelvis. Tapi gynae cakap, wanita yg sakit pinggul akan mudah bersalin. Alhamdulillah memang mudah benar. Labor mamy tak panjang.start dari turun tanda, 1-2 jam pasti bersalin.