Tonton Wayang Movie “Sing” di musim cuti sekolah | Aah itulah dia aktiviti kami anak beranak hujung minggu yang lepas menonton Movie Sing. Suami ke Phuket 2 minggu sebelum tu, jadi anak-anak menuntutlah supaya turn diorang pula di bawa berjalan. Yelah sayu hati tengok Adam nangis-nangis ajak abahnya gi tengok wayang atau pergi flip out. Semua orang kene undi which place nak pergi?
Tonton Wayang Movie “Sing”
Berdasarkan undian kami berenam ni, termasuk si kenit Dzar which is kene undi PAKSA HAHAHA, majoriti nak pergi menonton wayang daripada nak melompat sampai pening dalam suhu panas kat flipout tu. Biasalah boboy kan suka aktiviti macam tu, jadi kami yang gegurl ni of course tak suka panas berpeluh ketiak bagai, nak duduk dalam wayang sambil sejuk beraircond, hehhh manja sangat tau!!!
Bebudak ni kalau ikutkan nak tengok citer Upin Ipin Jeng Jeng tapi takde pulak kat Space U8 tu. Kami ke sini sebab dekat dengan rumah dan tak sesak ;). Lagipun takde shopping mall, jadi takdelah nak beli benda bukan-bukan, datang tengok wayang, habis citer terus balik rumah ;).
Ok lepas belek-belek, tepat jam 2 kami sampai, cerita yang ada dan menepati masa dan tontonan umum untuk kanak-kanak adalah cerita “Sing”, Adam tanya, ibu kita nak tengok cerita khinzir ni ke? hahahaha, khinzir tu watak kartun je. Kita tak sentuh dia pun Adam ;).
Sinopsis Film Sing (2016)
Film Sing akan berkisah tentang kehidupan yang sedang di jalani oleh seekor Koala bernama Buster Moon (Matthew McConaughey). Dia memiliki seorang sahabat domba hitam bernama Eddie (John C. Reilly) yang selalu menemaninya untuk menjalani kehidupan. Buster memiliki impian untuk menjadi seorang entrepreneur yang sukses di kota tempat dia tinggal.
Lalu dia mendirikan sebuah teater musik yang di bantu oleh sahabat baiknya. Namun ada banyak sekali halangan yang ia hadapi, salah satunya dia kesulitan untuk mencari artis dan penyanyi untuk mengisi acara di teater barunya.
Pada saya movie ni sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan jalan ceritanya sangat mudah difahami. Kepada korang yang teringin nak bawa anak-anak menonton cerita ni, memang sangat recommended. Dzar pula sangat baik dan petuanya mudah sahaja, sediakan makanan dan minuman secukupnya, janji mulutnya mengunyah atau dapat susu botol, ianya sudah memadai untuk Dzar comel itu :).
comel sgt tnye nak tgok cerita khinzir ke..tgok citer je xsentuh pun..hihi…
macam best je cerita cartoon sing ni..dah lama tak tengok wayang..
Bestnya dapat peluang tengok wayang bersama anak-anak semasa musim cuti sekolah…. ๐
Banyak lagu-lagu best dalam citer ni ๐
bolehlah bawa anak-anak ema nanti
tak tengok lagi.
sejak ada anak nih..memang malas nak membawak.
Sejak tengok filem Interstellar, memang agak jatuh minat dekat pelakon Matthew Matcougney tuu huhu, belum ada masa lagi nak tengok filem ni huhu…