Haaa sapo yang tak konal nogori sombilan nih dio bukan orang Malaysia. Eh? Tercakap dialek orang negeri pula. Hihi. Actually, saya nak share dengan korang apa yang best dekat Port Dickson ni atau lebih dikenali dengan nama PD. Saya dan keluarga juga baru je ke sini beberapa minggu lepas, memang satu percutian yang seronok dan menarik ;).
Bagi pengetahuan korang, dekat PD ni terdapat banyak aktiviti dan tempat menarik yang boleh dikunjungi. Boleh dikatakan setiap hujung minggu kawasan PD ni pasti akan penuh dengan pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Kalau tengok tepi-tepi jalan banyak menjual mainan pasir, pelampung dan pakaian mandi, sangat mudah sebab semua keperluan tersedia di depan mata ;).
Ia juga mempunyai kawasan pantai yang cantik dan merupakan salah satu tempat pelancongan pilihan warga kota kerana jaraknya yang dekat dan strategik yang berhampiran dengan Lembah Klang dan KLIA. Kewujudan hotel Port Dickson, chalet dan penginapan lain yang menarik juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk bercuti ke sini sambil dapat menikmati permandangan Laut Selat Melaka yang terbentang luas. Nak tahu apa lagi yang best pasal tempat ni? Lets check it out!
1. Tempat penginapan yang menarik dan unik
Jika korang merancang untuk bercuti beberapa hari di PD, terdapat banyak penginapan menarik yang boleh korang pilih. Hampir kesemua kemudahan asas dan penginapan yang bertaraf mewah hingga penginapan bajet ada di sini. Korang hanya perlu pilih mengikut kemampuan bajet korang. Jika korang ada bajet lebih dan inginkan suasana mewah serta privasi, korang boleh pilih hotel dan resort bertaraf lima bintang. Nak bermalam di resort terapung pun tidak jadi masalah.
Contohnya, korang boleh menginap di Avillion Port Dickson yang mempunyai koleksi rumah-rumah di atas air dengan reka bentuk tradisional yang sangat menarik dan semestinya akan menjamu korang dengan kemudahan penginapan yang awesome. Ini juga menjadi hotel idaman kami sekeluarga, kalau ada rezeki bolehla kami ke sini pula.
Kalau nak senang, apa kata korang try tengok di https://www.traveloka.com/en-my/ untuk dapatkan the best rate and the top 10 hotel. Kat page ni dorang akan offers wide range of accomodation untuk korang pilih. Jadi, korang tak payah bersusah payah nak compare kan satu persatu hotel dengan yang lain sebab page ni dah filter and sort siap-siap mengikut apa yang korang mahukan. Dan apa yang best, tiada caj tersembunyi yang akan dikenakan. Urusan pembayarannya mudah dan selamat serta pelbagai lagi maklumat yang disediakan untuk kemudahan para pengguna.
2. Pantai dan aktiviti yang menyeronokkan
Percutian korang pasti tidak akan hambar dengan adanya aktiviti pantai yang menyeronokkan sambil-sambil korang dapat menikmati permandangan pantai yang indah. Antaranya ialah korang boleh kunjungi ke Pantai Cahaya Negeri, Pantai Bagan Pinang, Blue Lagoon, Pulau Burung dan lain-lain lagi.
Pantai Teluk Kemang juga merupakan tempat menarik di Port Dickson dan sangat popular kerana mempunyai kemudahan dan fasiliti yang lebih menarik dan terjaga daripada pantai lain. Jadi tak hairanlah lebih ramai pengunjung yang datang ke pantai ni setiap hujung minggu. Korang boleh cuba aktiviti sukan air yang menarik seperti banana boat, riding, parasailing, berkayak dan jet ski.
3. Tempat tarikan pelancong yang awesome
Dekat PD ni juga terdapat banyak tempat tarikan pelancong yang mesti korang kunjungi seperti Rumah Api Tanjung Tuan, PD Waterfront, PD Ostrich Show Farm, Prima Water Theme Park, Hutan Simpan Sungan Menyala dan banyak lagi. Buat korang yang suka dengan sejarah ataupun cerita peperangan aku cadangkan jangan terlepas untuk berkunjung ke Muzium Tentera kerana ianya memang satu tarikan yang istimewa kepada pengunjung dan merupakan salah satu tempat menarik di Port Dickson.
Apa yang best nya dekat sini ialah susunan kenderaan tentera seperti keratapi, jet pejuang, kereta kebal, meriam dan senjata api yang jarang kita boleh tengok dekat tempat lain. Haaa, sambil korang bercuti bolehlah korang mempelajari sejarah Tanah Melayu kan.
4. Makanan
Tipulah kalau korang dah datang ke PD ni tidak mahu mencuba masakan sedap di sini kan? Lebih-lebih lagi yang datang dari jauh, pasti korang juga teringin nak rasa bagaimana makanan masakan Negeri Sembilan. Walaupun terdapat juga di beberapa hotel Port Dickson yang menyediakan menu makanan tradisional tapi mungkin lebih puas jika korang dapat buat aktiviti jalan-jalan cari makan kan. Hihi.
Dekat PD ni memang terdapat banyak tempat makan yang sedap. Ada juga tempat makan yang unik dan menarik. Makanan yang popular adalah ikan bakar, ayam bakar, makanan laut dan juga masakan melayu Negeri Sembilan. Antara tempat makan yang korang boleh cuba adalah di Restoran Kulit Kayu Manis, Azmi Tom Yam, Ayam Bakar Station, Restoran Mari Makan dan banyak lagi.
Jadi jangan berlengah lagi, layari laman web Traveloka dan muat turun di handphone korang. Ianya mudah, cepat dan memberikan penawaran harga terbaik. Ingat percutian, ingat Traveloka ;).
PD memang best & selalunya menjadi pilihan lokasi untuk aktiviti Family Day ๐
Bulan 7 tempoh hari ada berkunjung ke PD, setelah berpuluh tahun tak datang (last datang masa darjah 1) huhu, tapi hanya dtg sebab ada tugas di Poli PD, xsempat langsung nak berjalan ke mana, bookmark dulu entri ini, kot2 nanti dpt peluang pegi PD lagi, boleh refer balik hehe
macam-macam dah kat PD ni. rasa saya lama juga tak pi ke PD. masa kecik2 almost setiap bulan ke PD
pPD adalah destinasi paling dekat untuk bawa anak-anak bercuti dan mandi laut.
Agak popular juga tempat nama Port Dickson ini mesti best kalau pergi bercuti disini
dah selalu pegi.
tapi sejak dah ada anak ni..lama tak gi mandi kat sana.
Bestnya dapat bercuti ke PD….
Dah lama tak ke sana…
Ada masa nanti nak bawa anak-anak pergi bercuti ke PD pulaklah…
Mesti bawa tuan. Dapat berehat tepi pantai memang menyeronokkan
Negeri sembilan tak jauh dari KL. Ada banyak tempat yang menarik tapi tu la sampai sekarang masih belum ada kesempatan nak explore semua sekali
fuhh..
bila lah dapat berjalan-jalan lagi agaknya.
Dari dulu sampai sekarang. PD memenag tempat yg menarik utk bercuti.
Mama pun tak sampai lagi kat PD ni. Insyaallah sampailah nanti
Ibu kalau nak pergi pantai depan rumah je. Sebab tu tak berapa nak pergi PD ni
.
Kalau pantai belah pantai timur ok lagi agaknya
.
Sebab laut dia bersih lagi
Okay done, Port Dikson destinasi seterusnya untuk cuti cuti. Yeyy ..