Yeahhh tahun baru, azam baru, suasana kehidupan yang baru. Anak-anak saya yang sudah bersekolah seramai 3 orang tu sekarang ni sangat semangat nampaknya. Setakat beberapa hari persekolahan ni, semuanya mudah untuk bangun pagi ke sekolah, buat homework, pergi tuisyen dan uruskan sesi persekolahan mereka sendiri. Diorang saya letakkan di transit, maksudnya semua pun kene berdikari. Makan, mandi, pakai baju, ambil beg, naik van semunya atas usaha sendiri dengan bantuan teacher mereka.
Nak pula si Adam di Darjah 1 yang masih baru dengan suasana tersebut, sangatla risau hati si ibu ni memikirkan macamanalah agaknya Adam uruskan dirinya sendiri. Tapi Alhamdulillah setelah seminggu persekolahan saya nampak Adam boleh mengikut rentak tersebut. Syukur ya Allah.
Dan sebagai membuka tirai tahun 2017, saya ajak suami bawa anak-anak berpiknik di Putrajaya. Anak-anak dah biasa di bawa ke sini untuk aktiviti berbasikal, roller blade dan badminton. Dari kecil dah dibiasakan dengan aktiviti riadah macam ni, jadi tak susah nak kejutkan diorang bangun pagi seawal 6:30 pagi bersiap untuk ke sana. Bukan apa kalau lewat nanti matahari dah meninggi dan panas pula kan. Dah tak best nak bersantai dan mengayuh basikal.
Saya pula pagi-pagi lagi dah menggoreng sebungkus bihun, dibantu suami yang menggoreng keropok lekor, dan kek coklat karemel tu pula dibeli siap dari rakan pejabat. Siap bancuh air sirap dan bawa tikar sekali barulah berkelah kekdahnya kan ;). Seronok sebab bukan selalu dapat peluang sebegini. Bebudak tu kalau dapat tempat luas memang berterabur lari semuanya. Dzar pun tak padan dengan kecik, nak turun tangga yang 5 mata tu sambil berlari nasib baik abahnya sempat sambut, kalau tak bertelur dahinya.
Hmmm nyaman cuaca pagi sambil bersantai ramai-ramai macam ni. Anak-anak dan suami makan dengan berselera sekali. Dapat pula teguk air sirap sejuk, perghhh nyaman ke tekak ;). Si kecil ni pun selera makan, dah takmo orang suapkan, dah pandai nak suap sendiri, ha suaplah anak, seronok kami tengok telatah kamu Dzar ;).
Sesekali berpiknik macam ni rasa seronok sangat sebab mengeratkan hubungan sesame kami. Dan juga mengasah bakat ibu untuk masak lebih sedap lagi :).
Bestnya dapat pergi berpiknik ramai-ramai dengan keluarga… ;)…
tersenyum anak dapat berjalan-jalan kat luaq.
ema pun suka bawa anak-anak ronda putrajaya..biasa kitaorang pergi malam minggu.
pandainya si kecik tu makan…comel je tengok…
dapat luangkan masa bersama keluarga sememangnya sesuyatu yang paling bermakna
fantacy land tk pernah dgr..syok berpiknik
Wahhh best ada port2 gini untuk bersantai bersama keluarga… saya baru 2 kali jejak ke putrajaya.ntah bila lagi dpt pegi huhu
wah nampak seronok gak ni
Teringin nak pi berkelah kat taman2 macam ni..selalu kat tepi laut je kan…