Tetiba je tekak ni teringin nak makan western food. Hmm sesekali takpe kalau selalu bengkok poket juga ;). Lepas je check up kat Tropicana Medical centre aritu, ajakla suami makan tengahari sesama jap.
Hmm dah lama tak dating berdua, sesekali dapat peluang macam ni haruslah digunakan sebaiknya. Dah lama berhajat nak singgah di Cafe Wood & Steel ni, nak merasa pelbagai hidangan western yang nampaknya dapat good review dari pelanggan yang pernah datang ke sini. Katanya susun atur perabot di dalam cafe ni berkonsepkan custom made furniture yang sangat cantik dan moden.
Masuk je dalam cafe ni memang nampak suasananya tenang dan sesuai untuk tempat santai seisi keluarga. Sampai aja di meja, waiter datang tunjukkan menu dan katanya perlu order dan bayar di kaunter barulah makanan akan di hantar ke meja. Hmm susah juga nak buat pilihan sebab tengok harganya wow not bad ;).
Ok setelah kata sepakat dibuat inilah antara menu yang kami berdua cuba. Saya teringin nak makan pasta, suami pulak makan burger, emm bergembiralah nampaknya shuben saya ni ;).
Emm sedapnya tempura buttercream tu, creamy and nyummy!!! Ada rasa cili dan daun kari, kata orang tak muakla bila makan. Kiranya ini western campur asian punya taste la korang ;). Kita kan suka makan pedas-pedas jadi ada cili padi potong jugak dalam pasta tu. Sambil hirup buttercream sambil gigit cili, uishhh podeh bak ang!!!
Burger beef ni tebal lah isi daging dia. Emmmphh rasa burgerlah kan of course, cheh terus speaking ala coco king la pulak ;). Makan dua orang pun tak terhabis rasanya, dua hidangan untuk bertiga tau sebab lagi sorang dalam peyut mummy dia hahahaha. Oklah untuk korang yang teringin nak mencuba bolehla datang ke sini. Wood and Steel ni banyak branch, sila google untuk alamat branch di Kota Damansara, TTDI, Wangsa Maju dan Damansara Uptown. Saje viral untuk bantu usahawan melayu ;).
12, Jalan U3/5, Seksyen U3, Subang Perdana, Shah Alam
suka tempat makan yang macam ni. nampak ekslusif la pulak.
Suka konsep dalamannya cafe ini. Unik..
kalau turun shah alam, leh la cuba juga ni nanti.
menarik konsp dalamannya. serta merta makanan jadi sedap
Sudah lama tidak merasa menu Western. Boleh cuba nanti.
konsep menarik..lama plak x makan western.. tahun baru ni tak lagi
Wahhh… nak kena cuba sekali ni.. Tapi sayang.. jauh la pulak.. hehe..
nice.. kalau datang sini mesti rasa nak snap gambar
unik betul cafe ni. Kalau Zuyyin Zayra datang ni, mesti seronok depa =p
Sedapnya mocha coffee tu, jalinan kasih yang utuh dalam secawan kopi..haha