Lamanya tak jenguk kebun tepi rumah ni. Bila dah musim hujan ni, takdelah nak menyiram sangat macam selalu. Alhamdulillah nampak subur dan mekar semua tanaman ni. Sayur yang saya tanam sebelum ni kangkung, sawi dan kacang panjang. Nampaknya dapat tuai sayur sawi dan kangkung je sebab kacang panjang tak menjadi pulak.
Sebulan lebih jugalah sayuran ini ambil masa nak membesar dan dapat dituai. Setakat ni memang saya tak letak apa-apa baja pun. Hanya guna tanah hitam, tanam biji benih dan siram selalu. Selalu jenguk kebun sayur ni dan bersihkan kalau ada daun gugur dari pokok sebelah dan cabut rumput liar di sekitarnya.
Sejak berkebun ni rasa tenang je pergi dan balik kerja dapat menatap tanaman menghijau. Orang kata berkebun tu pun terapi minda mujarab, selain dapat menikmati sayuran segar tanpa sebarang bahan racun perosak. Jimat duit pun ya, lepas tu juga dapat mengeluarkan peluh setitik dua seterusnya menyihatkan badan kita ye dak ;).
Seronok tau bila tengok pokok yang kita belai-belai tu membesar setiap hari, mengeluarkan daun, bunga, putik dan menuai hasilnya. Satu kepuasan juga bila pasangan kita pun menyokong minat ni. Suami pun rajin duk bersihkan sampah dedaun bawah pokok betik tu. Di potongnya daun serai yang sudah nampak matang dan tua bagi mengeluarkan pucuk baru. Emm rajin bak angg!! ;).
Inilah hasil tuaian semalam, sambil masak bubur Dzar letak sekali daun sawi ni. Emm sedap dan manis rasanya, puashati sangat ;). Saya dah tuai semuanya dan nak tanam lagi untuk santapan dalam pantang pula. Orang kata makan sawi ni pun salah satu cara untuk mudah buang air besar dan petua untuk banyakkan susu badan. Dan terbukti kerana inilah sayur yang saya makan waktu dalam pantang dulu ;).
IKLAN!!! IKLAN!!!
Jom dapatkan Bengkung Moden opah
Bengkung Moden Opah khusus untuk wanita selepas bersalin secara normal ataupun pembedahan. Sangat sesuai dipakai setiap hari. Pinggang lebih ramping, pinggul lebih terbentuk cantik dan lemak pun mudah hilang…pakai baju pun nampak cantik dan kemas.
Bengkung terbaik dalam pantang
MATERIAL BENGKUNG OPAH
- Fabrik dari Cotton Scrub yang sejuk.
- Pelekat Velcro yang kuat dan tidak mudah tanggal.
- Lapikan pelekat yang tidak berbulu.
- Melekat di badan dan pinggang.
- 3 panel Bengkung
- Lebar/panjang : 38″
- Tinggi : 14″
- Free Size Fix S – XXL
Harga biasa RM180, tetapi saya akan berikan harga istimewa kepada pembaca blog ini, whatsapp ke 019-6225881 sekarang!
SA tanam cili je kat tanah sekangkang kera kat depan umah..ada pokok betik dan limau kasturi…la ni abah dah tanam plak daun pandan tapi dalam pasu la…
Betul…sawi tu nmpk comel & lazat! Akak jelez tengok sayuran menjadi. Betik pun best jg. 😀
Hai, nak tanya.. u guna tanah apa untuk tanam sawi dan kacang panjang renek?
saya guna tanah hitam yang beli di nurseri jual anak pokok tu