Shawl satin Tudung People, best pakai dan labuh | Haaa gitu tajuk blog arini hahahahha. Takpe giler dengan mengumpul shawl, jangan giler meroyan, ha itu bahaya.
Minat shawl satin pulak
Entah apalah yang merasuk diri ni suka sangat nak memakai shawl satin pulak. Sebenarnya banyak juga kedai online yang saya survey, rata-rata yang menjual satin ni sehelai dengan harga RM40 ke atas. Emm mahal la hahaha.
Jadi saya keep on mencari mana lagi kedai online yang menjual shawl satin dengan harga berpatutan. Syukurlah masa penghujung Disember 2016 tu ramai yang buat jualan murah.
Nak habiskan stok katanya, yelah stok pun hujung-hujung jela yang hadooo. Warna dah tak banyak pilihan, dan pilih jela stok yang mana ada tu je ya :).
Shawl satin Tudung People, best pakai dan labuh
Ok cari punya cari, terjumpalah si Tudung People ni. First time lah singgah kat sini. Mak aihhh cecantiklah shawl dia. Harga sebenarnya RM49, tapi diorang ada buat sales kalau beli 5 helai dapat diskaun 20%.
Ha tak hengat beli sampai 5 helai, macamlah dah takde shawl lagi nak pakai kan. Tapi takpe sebab anak dara sulung saya tu pun peminat shawl, jadi shawl saya yang lama-lama tu dialah pewarisnya muahahahaha.
Warna pastel cantik
Jadi inilah pilihan warna yang ada. Jangan tanya kenapa ala-ala je warna yang saya beli ni ya, ini ada stok yang tinggal kat website diorang, sapa tanya lelebih jentik mulut tu kang hahaha.
Warna suwit-suwit manja gitu, beli 5 helai total RM166 termasuk postage. Jadi sehelai dapatlah RM33.20. Bolehla kan buat lepas mengidam nak beli shawl kerlip-kerlip satin ni :). Kalau rasa jemu nak pakai, kita ulang pakai shawl yang Zawara dan Cattleya Couture yang ada dalam simpanan saya tu.
Gigih melilit shawl
Kalau dah beli, mestilah kene tau cara nak memakainya kan. Ha gigihlah mencari sesatu tutorial yang bagus bak hang, macamana nak pakai shawl satin ni. Ha inilah dia antara gaya yang saya pakai.
Cik abang dah bagitau kene lelabuhkan sikit pakainya tu, kang tak pasal-pasal kene panah petir pulak :). Berdosa kan :). Biasa-biasa jela cara saya pakai ni, kalau korang nak tengok kaedah yang lebih vogue silalah google ya.
Cantik warna2 pastel ni…
Cantik-cantik tudung yang dijual… tak pernah tengok isteri saya pakai tudung kain satin macam ni…
Saya pun tak pernah tengok orang rumah saya pakai tudung satin.
Habis la.. Habis la… Orang perempuan memang suka ni.. Haha
tak reti nak guna shawl, jadi takleh nak sertai kegilaan orang lain. huhu
memang kegilaan betul shawl ni..
sampai ada yang harga tak terjangkau akal
cantik packaging die
wah cantiknya..tatau pulak haritu dorang ada buat sales huhu…borong yang owl by ND tu je buy 1 free 3 =p
orang perempuan memang gila sikit bab shawil tudung nih.
haha