Perasmian Me’nate Steak Hub, Shah Alam | Lama rasanya menunggu jiran sebelah opis kami ni nak beroperasi. Hari-hari duk dengar kerja-kerja renovation, drilling, ketuk sana sini, menahan telinga hampir 2 bulan hahaha.
Dan akhirnya hari yang dinanti iaitu hari perasmian Restoran Me’Nate Steak Hub di Seksyen 14 pun tiba jua ;). Dan pada tarikh 26/1/2017 yang lepas kami jiran yang terdekat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis perasmian Me’nate Steak Hub Shah Alam ini.
Meriahnya sebab sebelum ini boleh dikira dengan jari je berapa ramai tenant yang ada di shoplot baru ni. Sekarang ni dah banyak kedai makan, ada klinik gigi, butik pakaian, kedai kucing, kedai runcit dan tadika, meriah dah. Dan tak lama lagi tapak parking pun akan dikenakan bayaran. Setakat ni masih percuma lagi ;).
Majlis perasmian Me’nate bermula jam 8:30 malam. Saya dan keluarga tiba tepat pada masa masanya dan disambut manis oleh staff mereka yang sangat peramah. Elokla sampai awal sebab dah ramai nampaknya tetamu VIP yang datang. Ini kali pertama kami sampai ke restoran steak Me’nate. Bolehla merasa makan steak mahal kan ;).
Permulaannya kami dihidangkan dengan fries, mushroom soup dan minuman pelbagai jenis. Sedapnya mushroom soup depa ni, makan 2 mangkuk pun tak jemu ;). Syukurla Dzar si kecil ni sangat behave, makan fries tak henti-henti, kalau tak kene mood dia mau dia berlari keliling kedai ni gamaknya, tapi malam tu Dzar hanya duduk baik di baby chair, fuhh lega ibu ;).
Inilah hidangan utama yang dinantikan, beef and lamb grill. Lamb tu yang sedap tu, anak-anak saya dah tak larat nak makan lagi, sebab sebelum ni dah makan soup and fries, so depa dah full sangat ;). Lagipun sebelum datang sini tadi dah makan nasi, jadinya semua pun pandang jela lamb dan beef tu. Ibu ngan abah je yang jamah itupun tak berapa nak habis sepinggan tu.
Bila semua dah kenyang, muka memasing pun banyak happy hahaha. Alhamdulillah memang sedaplah hidangan di Me’nate ni, dan korang pun bolehla datang sini untuk mencubanya ya. Jom singgah di
Lot F-36, VISTA ALAM, Jalan Ikthisas off Persiaran Damai, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
(Waktu Operasi : Setiap Hari 11 pagi – 11 malam kecuali Jumaat, 3 ptg – 11 malam)
tk try lg menate..untung la dpt 20% diskaun
Tahniah semoga sukses bisnes ini. Nanti pergi Shah Alam nak singgah makan sekali.
Pernah makan sekalu Menate ni di Setapak. Memang steaknya sedap dan lembut
sedapnya nampak. famous kan restoran menate ni. tapi masih belum berkesempatan nak cuba. orang jauh la katakan.
fuhh femes betul restorant ni.. harga pun bleh tahan.. hehe
Ingat SA nak belanja cik abe SA kat sini nanti la…birthday dia bulan 3 nanti..nampak sedap tu hidangan lamb dalam pinggan tu..terliur SA
wihh bagus juga ya, moga pas nikahan bisa gini