Set Bersalin Premium Seri Rupawan dari Jamu Jun Jaya | Alhamdulillah itulah yang dikatakan rezeki. Lama dah rasanya tak menang contest dari Facebook ni.
Menang contest
Sebelum ni saya ada menang hadiah contest FB dari Stabilo Malaysia dan Drypers Malaysia. Dan bila nak bersalin ni teringin juga nak menang hadiah set bersalin untuk digunakan semasa berpantang.
Dan ada juga cari sponsor mana tahu dapat Confinement Lady boleh jaga kita dalam pantang kan hahaha. Bolehla cepat kurus nanti ;). Ada ke yang nak sponsor nanti emel kita ya ?.
Set Bersalin Premium Seri Rupawan
Ok berbalik kepada Set Bersalin Premium Seri Rupawan dari Jamu Jun Jaya. paling seronok set jamu ini disertakan dengan bengkung lilit yang mana sangat menjadi idaman saya. Mana taknya bengkung saya yang ada ni dah pakai untuk 4 orang anak sebelum ni dan sudah berusia 11 tahun.
Masih kukuh dan elok tapi bila dapat yang baru melompat bintang kita jadinya. Memang duk memikir nak beli bengkung lain tapi bila dah dapat yang baru, jimat duitlah jawabnya ;).
Owner sendiri datang serah hadiah
Ha inilah si pemilik perniagaan Jamu Jun Jaya. Siap datang ke ofis saya bekerja untuk menyampaikan sendiri hadiah ni ditemani oleh suami dan anaknya. Kata Puan Aqma, jamu di dalam kotak ini adalah dari ramuan resepi ibunya sendiri yang juga seorang tukang urut.
Nampak Puan Aqma pun selim melim je orangnya kan, mesti berkesan jamu ni ;). Perniagaan Jamu Jun Jaya ni sebenarnya beroperasi di Sungai Petani, Kedah, tapi kebetulan Pn Aqma datang ke KL atas urusan peribadi, jadi singgah terus untuk sampaikan hadiah ini sendiri, tq ya Pn Aqma ;).
Ok meh saya tunjukkan satu persatu isi kandungan di dalam kotak ini ya. Di dalamnya terdapat keperluan para ibu dalam berpantang seperti:-
1) Param
2) Pilis
3) Bedak sejuk
4) Jamu Seri Rapat
4) Minyak Akar Seri, Losyen Panas, Pencuci
Puas hati sangat sebab kalau ikutkan harga set ni adalah RM299 tapi sekarang diorang ada promosi diskaun sehingga RM60 yang mana harga set promosi adalah RM239 sahaja.
Korang boleh terjah FB Jamu Jun Jaya ni untuk maklumat lanjut sebab tempoh promosi ini adalah terhad ya korang, saya dah ada korang bila lagi? ;).
Facebook : https://www.facebook.com/jamujunjaya/
tahniah…tklama lg bole guna set ni ye
Tahniah Aju menang set bersalin gitu…tepat waktunya.
Tahniah… Murah rezeki awal tahun baru 2017…
Saya doakan semoga lepas ni dapat lebih banyak rezeki lagi…
In Shaa Allah… Amin..
tahniah aju, rezeki tahun 2017
Wahhh… Best nyer… Banyak jimat dah nie…
tahniah aju !!
Mohon di share ye artikel ni..
silakan share puan aishah dan backlink ke sini ya, tq ?