Resepi kuih keria keledek ungu | Kalau nak tahu keledek ni memang ada beberapa jenis, yang saya pernah jumpa tu keledek warna oren, putih dan ungu. Tapi bila makan tu takde beza pun, semuanya sedap aje ๐.
Sebelum saya buat kuih keria ni, memang duk teringin dah lama nak mencubanya sendiri. Maklumlah dah ada pengalaman merasa kuih keria antarabangsa, jadi sekarang nak cuba pula buat sendiri dan disira dengan gula merah. Ok bahan-bahan dan caranya sangat mudah.
Resepi kuih keria keledek ungu
Bahan-bahan
Ubi Keledek
Tepung Gandum
Gula merah
Air
Cara-caranya
- Mula-mula rebus terlebih dahulu ubi keledek yang telah dibuang kulit dan dipotong dadu. Setelah empuk dan lembut bolehla ditoskan airnya dan dilenyek selumatnya.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan uli dan agak-agak tahap kelembutan doh tersebut. Saya tak suka kuih keria yang terlebih tepung sebab kurang rasa keenakan keledeknya tu.
- Kemudian bentukkan menjadi doh donut dan letakkan sedikit tepung jika tidak mahu ianya melekat-lekat.
- Setelah itu gorengkan doh kita tadi sehingga kekuningan dan letak tepi.
- Baik, panaskan sedikit air dan masukkan gula merah. Masak sehingga nampak pekat dan berbuih dan masukkan keria kita yang telah digoreng tadi.
- Kacau dan biarkan ianya pekat melekat di antara satu sama lain.
- Taraaa sedia untuk dihidang dan dingapppp!!!
Ha senang je kan nak buat kuih keria ni, suami saya kata hasil tangan saya ni lebih sedap dari kuih keria antarabangsa di Melaka tu. Amboih bab memuji nombor satu ye bang hahahha. Alhamdulillah memang penat memasak tu boleh hilang bila dapat pujian macam ni. Seronok bila suami dan anak-anak suka hidangan yang kita masak dengan penuh kasih sayang.
Ok siap pun hidangan minum petang atau sarapan bersama keluarga anda. Lebih baik yang dibuat sendiri kerana terjamin kesedapan dan tahap kebersihannya. Jadi bolehla buat banyak-banyak lagi selepas ini kerana yang ini sekali hadap je dah habiss :). Cepatnya korang bab makan ni ya ๐
sedapnya !! tapi confirm manis gile kan ? huu~
Sedapnya.. baru je nak diet.. aduh haha
Wah nampak sedap tu ha..SA mmg x reti bab kuih…bab lauk expert
Buat apa susah payah beratur panjang2 kat melaka semata-mata kuih keria? Buat sendiri lagi puas hati kan kan kan? Kan…
Perghhh.. Macma sedap je.. Cara buatnya tak susah sangat tu.. Boleh try ni..
Dulu pernah buatkan Zuyyin keria keledek ungu ni, memang sedap hehe
issh, bilalah nak mula buat kuih keria salut gula melaka ni…hehehe..