Resepi sambal tumis ikan bilis yang sedap dan mudah | Haa inilah dia penangan ibu hamil. Mana taknya suami pulak mengidam nak makan nasi lemak dengan sambal tumis ikan bilis. Takpe nasib baik request menu yang senang dan mudah nak buat, kalau request nak makan gulai daging kawah memang tak dapekla nak buat ;).
Nasi lemak memang dikenali sebagai menu zaman berzaman. Yang membezakan adalah resepi dan cara masakan yang nakkan ianya kurang lemak atau lebih rasa lemaknya. Itu bergantung kepada kepekatan penggunaan santan dalam penyediaan nasi lemak itulah ya.
Cara masak sambal tumis
Ok berbalik kepada penyediaan sambal tumis. Saya akan kongsikan cara menumis sambal nasi lemak mengikut langkah yang saya pelajari dari mak saya juga. Yelah itulah idola semua orang kan, asal nak masak mesti rujuk pada yang pakar tak lain tak bukan mak kita sendiri. Masaklah apapun, walau simple macamana sekalipun tetap sedap air tangan mereka itu. Jom tengok bahan dan cara penyediaan sambal tumis ini.
Bahan-bahannya
- Lada kering yang dikisar
- Bawang merah dikisar
- Air asam jawa
- Ikan bilis
- Bawang merah dihiris
- Minyak masak
- Gula
- Garam
- Kicap
Cara-caranya
- Panaskan minyak.
- Masukkan lada kering dan bawang yang telah dikisar. Api janganlah terlalu besar, dan tutup kuali jika tak mahu minyaknya terpercik. Masak dan goreng sehingga naik minyak dan nampak ianya sedikit garing. Untuk mendapat sambal yang sedap ianya perlu digoreng dengan lama dan nampak ianya betul-betul masak.
- Kemudian masukkan 2 sudu air asam jawa. Masak lagi sehingga nampak pekat.
- Masukkan gula dan garam mengikut kesesuaian rasa.
- Masukkan kicap.
- Akhir sekali masukkan ikan bilis dan hirisan bawang merah. Dan goreng seketika.
- Tutup api dan sambal tumis sedia untuk dihidangkan.
Nah sudah siap pun sambal tumis yang sedap dan mudah. Sedap dimakan bersama nasi lemak, lempeng, cekodok, roti, dan burger malaysia. Hmmm sedap hingga menjilat jari, Alhamdulillah pujian dari suami dan anak-anak ni menguatkan lagi usaha ibunya nak memasak pelbagai jenis menu lagi ;).
P/S : Tips untuk dapatkan sambal tumis yang sedap, saya menggunakan lada kering yang direbus dan dikisar sendiri dengan sedikit bawang merah.
dulu rajin wat.
la ni..rajin google je kat google images.
haha
Alamak….
Terbaca waktu pagi ni pulak… Tengah lapar sekarang ni… ๐
mesti sedap ni
Sedap nyer sambal bilis tu…
merecik uolz. memang all time fevret
sedapnya, terus rasa nak buat nasi lemak plak…