Bayaran upah pengasuh, transit, mengaji dan yuran KAFA.
Alhamdulillah sudah pun masuk bulan ke 2 sesi persekolahan bagi tahun 2017.
Bagi yang punya anak-anak bersekolah memang akan memikirkan di mana nak daftarkan anak sekolah?
Sekolah mana yang terbaik?
kat mana nak hantar anak untuk dijaga pengasuh?
berapa pula bayaran upah pengasuh, caj dan yuran yang akan dikenakan?
Kenaikan harga pengasuh dan caj
Boleh dikatakan masuk je tahun 2017 ni, ramai ibu bapa merungut kerana kenaikan harga upah mengasuh bayi, bayaran yuran bulanan dan caj bas/sekolah.
Malahan bayaran transit yang dikenakan di nurseri dan sekolah agama swasta yang menyediakan servis dan perkhidmatan ini pun naik juga.
Semua pun memang memerlukan wang. Apa tidaknya dalam kekangan ekonomi yang memerlukan kedua-dua suami dan isteri bekerja bagi membiayai tanggungan komitmen sana sini.
Takde pembantu rumah
Memang nak tak nak memerlukan kita menghantar anak-anak ke nurseri dan transit. Kalau tak siapa nak jaga bebudak ni. Kalau ada maid oklah, tapi saya tak prefer ambil maid.
Dari anak seorang hingga 5 orang, semua pun saya uruskan sendiri. Takpe rumah sepah sikit dan penat, asalkan anak-anak saya happy. Hiihi tak percaya kat bibik pulek hahaa. Kira takde rezekilah nak pakai bibik hihi.
Anak-anak bersiap di transit
Bagi ketiga-tiga anak saya yang sudah bersekolah rendah ni, mereka dihantar ke sekolah kebangsaan. Dan kemudiannya ke sekolah agama KAFA di mana di situlah tempat mereka makan, mandi dan bersiap ke sekolah.
Memang diorang ni berdikari habislah kiranya. Memang teacher yang jaga dan pastikan diorang tak tertinggal van untuk ke sekolah kebangsaan pula.
Tetapi bagi anak kecil saya yang berumur 1 tahun 7 bulan ini pula saya hantar ke rumah jiran berdekatan dengan rumah saya. Sudah setahun lebih pun si adik dengan uminya. Setakat ni memang jagaannya baik dan menepati citarasa dan semoga ianya berkekalan.
Harga transit budak sekolah 2020
- Caj mengaji RM25
- Van 1 hala RM45
- Sekolah agama KAFA RM150
- Transit RM130
- Bayaran upah pengasuh RM350
Alhamdulillah pengasuh a.k.a umi menjaga anak-anak saya dengan baik. Semoga anak-anak asuhan umi dengar cakap umi ya.
Seronok bila dapat pengasuh yang baik dan sukakan budak-budak. Anak kita dijaga macam anaknya sendiri. Tu yang bebudak ni rapat juga dengan uminya.
Di transit atau sekolah agama pun ok je urusan diorang ni. Teacher yang jaga pun ramai, biar teacher garang sebab baru bebudak dengar kata. Tapi garang-garang teacher pun selalu juga bergurau dengan bebudak ni.
Update harga mengasuh bayi 2020
Saya ada survey dengan kawan-kawan sepejabat, berapa bayaran upah pengasuh anak diorang. Yang sorang tu baby dia 3 bulan, upahnya RM450. Yang tu area Desa Coalfield. Dan area Lembah Klang pun lebih kurang macam tu juga rate nya.
Jaga bayi bukannya mudah kan. Memanglah baby ni tidur je dan tak melasak. Tapi kene ingat bayi ni perlukan extra care. Kene pastikan baby tidur dan minum susu dengan baik dan selesa.
Taknak jadi kejadian baby tercekik susu. Sebab tu saya tak kisah berapa bayarannya janji anak kita dijaga baik oleh pengasuh. Kita yang bekerja ni janganlah berkira dengan pengasuh.
Tak berkira dengan pengasuh
Kalau ada buah tangan tu hulurkanlah pada mereka. Semoga pengasuh ni akan jaga anak-anak dengan ikhlas. Kalau kita tak berkira, diorang lagi dengan hati terbuka akan jaga dengan baik juga.
Contohnya kalau dalam sebulan tu ada cuti 2/3 hari pun takdelah nak potong pun bayaran upah pengasuh tu. Masih lagi bayar penuh macam biasa. Lagi berkat rezeki kita Insha Allah.
Itulah kita yang bekerja ni, memang banyak perbelanjaan yang perlu dibayar demi nakkan duit lebih. Sebab tu ramai yang nak buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan.
Tapi tak mustahil kalau kita fokus dan usaha, insha allah ada hasilnya. Yang penting cuba, dan jangan sesekali mengalah ok. Semoga entri bayaran upah pengasuh, transit dan mengaji ini bermanfaat untuk semua.
Sebagai ibu bapa yang bekerja, kita tak dapat nak luangkan masa jaga anak-anak sendiri di rumah..
Jadi, kita perlukan pembantu atau tempat jagaan yang sesuai untuk mereka..
Semoga Allah sentiasa memelihara mereka..
semoga dipermudahkan urusannya dan diperluaskan rezekinya. besar pengorbanan seorang ibu ni..
semoga dipermudahkan urusan aju. bila kita kerja memanglah kena cari yang betul2 ok utk tolong jaga ank2
Setuju dengan upah jaga anak sekarng makin mahal..ni adik SA yang baru bersalin ni cakap dia dah upah pengasuh utk jaga anak dia nanti lepas pantang..caj dikenakan RM450 sebulan….mak oiiiiii
moga dipermudahkan urusan untuk aju sekeluarga…memang sekarang mahal… upah pengasuh pun dah meningkay… Alhamdulillah, anak ema cuma seorang jer yang jaga…harga pun masih murah..nenek sal jaga untuk buat teman hari-hari biasa saja.
as salam ema bule tahu nenek sal tu duduk mana tak saya memang cari orang yang ikhlas nak jaga anak bukan sebab duit semata kalu area kl/selangor bule kontek saya kat 01127066268 thank u
p/s: anak saya seorang je
sy area pekan kapar, boleh w/u 0162802472
umi nuha, saya tak pasti ema tu stay di mana, tapi baik puan cari yang berdekatan dengan rumah untuk puan senang hantar dan ambil
Memang san sini harga naik aju. Terbeban sebab banyak sangat kos sara diri sekarang ni
semakin risau pulak nak beranak banyak..
sebab sekarang dua-dua bekerja..
nasib baik dua anak dah besar….tetapi perbelanjaan sekaolah mereka perrgh…
boleh tahan..
moga anda dan keluarga dilimpahni dengan rezeki dari sumber yang halal dan tak putus dengannya
Fuh.. sebelum ada anak, nak kena ada persediaan mental dan kewangan ni.. Kena lagi sekarang banyak barang naik harga..
Memang mahal skrg ni.. tapi nak buat mcm mana.. kenalah hadap jugak
Zaman sekarang ni tak boleh nak kata apa.
.
Beban sara hidup tinggi
.
Kerja pun susah nak cari
Nak tak nak itulah namanya kehidupan kan Aju?
Mama ni nasib baiklah ada atuk nenek yang memang suka ada cucu kat rumah
.
Kalau tidak risau juga nak hantar kat luar sana
.
Bukan senang nak cari orang jujur amanah jaga anak orang ni