Semakan Online
Klik : http://semakan.islam.gov.my/
Semakan Secara SMS
Keputusan UPKK 2016 juga boleh disemakan melalui SMS. Semakan SMS boleh dibuat bermula jam 1100 pagi pada 15 Februari sehingga 1100 pagi pada 21 Februari 2017.

Cara Buat Semakan
UPKK <jarak> RESULT <Jarak> NoMYKID dan SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran : UPKK RESULT 060515036884
atau
UPKK <jarak> RESULT <jarak> NoSijilLahir dan SMS ke 15888
Contoh mesej penghantaran UPKK RESULT BS7651
Nota
- Pastikan No MyKid/No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
- Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
- Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST).
- Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX
Anak sulung saya menduduki Ujian UPKK ini pada bulan Oktober 2016 yang lalu. Dan semestinya sebagai ibu saya berdebar-debar ingin mengetahui keputusan peperiksaan Alia ni. Selalu ingatkan dia belajar rerajin, usaha dan istiqamah. Jenuh nak suruh baca buku dan buat ulangkaji, kalau tidak diingatkan memang ke TV ajelah hadapnya ;).
Moga-moga keputusannya baik-baik sahaja dan membanggakan kami. Bagi anda yang ingin menyemak keputusan UPKK 2016, caranya adalah seperti berikut.
Sumber rujukan di sini.
Berikut adalah maklumat penting berkaitan semakan keputusan UPKK 2016 secara online dan SMS untuk panduan pelajar dan ibu bapa. Bermula pada tahun 2017, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK iaitu dengan membuat semakan keputusan UPKK tahun 2016 secara online dan SMS.
Tarikh Semakan
15 Februari (1100 pagi) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi)
Apa Itu Peperiksaan UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan adalah untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.
Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Al-Quran. Serta Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
Good luck buat semua anak-anak ;).
(482)
Bagus juga boleh semak dalam sistem online dan sms macam ini, cepat dan jimat masa.
Khairul Zamri recently posted..Pengalaman Berhutang Kad Kredit
mudah sekarnag ni boleh semak secara online
raihanah ahmad recently posted..9 Tanda Amaran Serangan Jantung Anda Perlu Waspada
anak ema akan UPKK tahun ini..Tahniah untuk anak aju..dapat result yang cantik.
thanks aju..kene bersedia juga ni..5 tahun lagi..
zara recently posted..Bagaimana Mengelakkan Pospartum Depression Atau Meroyan Semasa Berpantang
Lagi senang kan Jun
Guna SMSkan lebih mudah akses.
sekarang, makin mudah.
semuanya online aje.
hoho..
titan recently posted..Belajar Buat Blog yang INTERESTING dan Menguntungkan.
mudahkan adanya sistem online