Pengalaman bersalin anak ke 5 dan komplikasi pendarahan | Alhamdulillah pada jam 7:35 malam, pada malam jumaat 9/2/2017 yang lalu, saya selamat melahirkan anak kami yang ke 5 secara normal. Seorang lagi anak lelaki dikurniakan Allah kepada keluarga kecil kami ini. Makanya jumlah kaum adam lebih satu bilangannya dari kaum hawa ;). Wahh lebih meriah rasanya dengan kehadiran si kecil kami ni apabila bercampur dengan keriuhan yang sedia ada ๐.
9.00 pagi, 9/2/2017
Pengalaman bersalin kali ni sedikit berbeza dengan yang anak sebelum ni. Saya sudah mula merasa kontraksi yang agak kuat pada jam 9:00 pagi 9/2/2017. Tapi saya tahankan dan layankan lagi sakit tu sebab saya ni jenis lambat untuk bersalin walaupun tanda-tanda tu dah ada.
Biasanya hari ni sakit, besok baru bersalin.
Sempat lagi goreng pisang tanduk dan pisang kapas untuk sarapan pagi. Emm sedapnya nak pula dapat pisang yang dah masak ranum kan, terasa kemanisannya ;).
Sakit contraction makin kuat
Tepat jam 11 pagi suami ajak saya ke hospital. Bimbang tengok keadaan saya yang mengaduh kesakitan, at least kalau dah ada di hospital tak perlu nak risau dan panik kan.
Oklah saya turutkan dan sempat juga makan nasi beriani ayam di kedai mamak sebelum menyerah diri di hospital, hmm harap-harap beranilah nak bersalin kan, anak ke 5 dah pun TAPI debar dan sakitnya tetap macam anak pertama juga.
12.30 tengahari, 9/2/2017
Jam 12:30 tengahari saya terus ke kaunter pertanyaan Topicana Medical Centre. Nurse kat kaunter tu minta saya duduk di kerusi roda untuk terus ke labor room memandangkan usia kandungan saya sudah mencecah 39 minggu.
Wow debarnya sudah terasa ๐ . Dan bila masuk ke labor room saya diminta menukar baju seragam dan terus nurse cek bukaan dan sudah pun 3cm. Emm terusla kene tahan kan :).
Oklah tu, saya pun memang tak sabar nak bersalin dah sebab tak larat dah nak bawa perut ni ke sana ke mari. Suami dan anak-anak masih di tingkat bawah. Actually bebudak memang tak dibenarkan masuk ke labor room, kalau wad biasa tu bolehla kan.
Anak-anak di rumah sabar menanti
Bila dengar saya sudah admitted, suami saya diminta uruskan hal admission dan GL yang saya bawa. Selesai hal admission, suami menghantar semua anak-anak ke rumah, dan bermulalah tugasan si kakak-kakak yang waktu ni berumur 12 tahun dan 10 tahun.
Jaga diri sendiri dan adik-adiknya yang berumur 7 tahun dan 2 tahun. InshaAllah dah bolehla nak harapkan kakaknya. Saya doa moga mudahlah saya bersalin, bolehla suami balik ke rumah cepat tengokkan diorang pula.
Debaran kian terasa
Nurse dah bagitau awal-awal, risiko bleeding mungkin berlaku memandangkan ini anak yang ke 5. Jadi jarum dimasukkan ke tangan kiri bagi persediaan untuk sebarang kemungkinan.
Ya Allah lagilah berdebar hati ni kan, waaa nak operate lak rasanya hahaha. Ko dah kenapa elok-elok boleh normal tetiba nak operate kan. Bukan apa jap lagi nak melayan perasaan sakit tu kan. Hmmm sakitnya!!!
Saya memang TIDAK MENGAMBIL epidural setiap kali bersalin. Tapi gas tu adalah itupun diberi semasa bukaan mencecah 7cm. Emm memang takde membantu jugak pun sebenarnya ;).
3.00 petang, 9/2/2017
Jam 3 petang, bukaan sudahpun 5cm dan Dr Hazinat terus bagitau nak pecahkan air ketuban. Ok doctor saya rela ;), dan selepas tu melayan kontraksi sakit tahap gaban. Wow!!! berdesing sakitnya hahaha, sampai bilalah nak tahan sakit ni.
6.30 petang, 9/2/2017
Jam 6:30 petang, bukaan rahim sudahpun 7cm. Auwww sakitnyo rasa nak tercabut rambut ni. Bilalah nak rasa terberak ni, saya memang tak larat nak menahan kontraksi ni lagi.
7.20 malam, 9/2/2017
Tepat jam 7:20 malam, sakit nak terberak tu dah dirasai. Alhamdulillah Dr Hazinat memang standby di hospital sebab ada 3 patients beliau yang nak bersalin dalam masa berselang 10-20 minit.
Yeay tak perlu risau nurse kata “tahan dulu, jangan teran lagi!! kepit dulu!!”. Huiii pantang betul kalau dapat arahan macam tu sebab kita rasa nak teran sangat tapi disuruh tahan, hmmmm nak marahhh!!! :).
7:30 malam 9/2/2017
Doktor pun dah ready, dan saya dah boleh teran kalau sakit tu sampai. Dan Alhamdulillah dengan 2kali push, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki, 3.11kg, secara normal, jam 7:30 malam Jumaat, 9/2/2017. Tak henti-henti mulut saya dan suami mengucapkan syukur pada Allah.
Terima kasih Allah atas kurniaanmu ini. Dan saya sempat susukan bayi sejurus selepas bersalin tu dan dia pandai hisap dah tau!! Eiii seronok tengok.
Pendarahan selepas bersalin
Dan selepas bersalin memang ada sedikit pendarahan dan saya ditahan di labor room lagi dan dimasukkan air. Saya juga minta suami balik temankan anak-anak di rumah, sokongan beliau tadi sangat padu dan saya bersyukur beliau ada menemani di saat saya perlukannya.
Bila suami dah pulang, bayi di bawa ke nurseri dan saya pula menunggu masa untuk dipindahkan di wad. Jam 11:30 malam, nurse datang check dan pendarahan sudah kurang dan saya dibenarkan untuk ke wad bersalin, Alhamdulillah ya Allah.
Sewaktu disorong dengan kerusi roda ke wad bersalin, saya minta nurse bawakan bayi ke bilik saya untuk disusukan. Saya tak kisah dengan sakit dan mahukan yang terbaik untuk bayi. Jangan risau tiada susu ke apa, sebab waktu tu korang akan lihat setitik dua je susu yang ada, tapi bayi boleh stimulate untuk susu tu keluar nanti.
So jangan sedih dan risau kata tiada susu. Dan berdasarkan pengalaman saya hari ke 3 selepas bersalin barulah susu akan keluar dan dapat mengenyangkan bayi.
Pengalaman bersalin anak ke 5 yang menyeronokkan
Doakan saya dan bayi sihat-sihat dan semoga anda yang membaca blog ini juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah, ameen ;). Bagi yang masih belum dikurniakan anak, semoga Allah akan memudahkan dan memakbulkan impian dan doa kalian.
Caj yang dikenakan semasa bersalin di Tropicana Medical Centre, Kota Damansara ini adalah RM5,500. Bersalin normal, caj adalah termasuk bil ibu dan anak. Caj untuk bilik wad bersalin adalah RM200/ day. Dan bil adalah tanggungan syarikat saya bekerja. Doktor O&G pilihan saya adalah Dr Norhazinat yang sangat pakar dan best ;).
Tahniah…
Alahai.. Comelnya baby…
Selamat berpantang… Memang rajin dan gigih… Tengah berpantang pun sempat update blog… Kagum..
seronok baca pengalaman orang bersalin ni.
moga puan dan anak puan dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya, amin ๐
Alahai….rindunya nak rasa pengalaman bersalin…dah 13 tahun dah Usia kakak Dania….
tahniah aju. lain anak lain pengalaman kan
Assalamualaikum kak aju.taniah dapat baby baru..bestnya baca pengalaman akak. Hehe selamat berpantang ye kak ๐
Alhamdulillah… Dipermudahkan olehNYA. Tahniah Aju. Bestnya bau baby โบ
wah, dah lima erkh… riuh rendahlah satu rumah… dapat pula adik baru.
Bestnya… mesti meriah ramai adik beradik.. Saya adik beradik 3 orang je.. Kadang2 rumah tu sunyi bila ada yang kerja dan sekolah.
Nak jaga kucing pun tak dapat sebab jarang ada orang kat rumah ๐
Tahniah Puan dah bersalin anak ke 5, selamat berpantang. Macam teringat pulak memori saya masa bersalin dahulu..hehehe
syukur Alhamduillah kerana ada 5 orang anak..wow sungguh hebat tu
Comelnya baby….
mashallah akak time pantang pun boleh update blog ye. rajinnya hehe. moga baby dan akak sihat inshaallah