Selera Ramai Ikan Singgang, Kuala Lumpur

Selera Ramai Ikan Singgang, Kuala Lumpur.

Hmmm entri makan-makan lagi.!! Memang bagus dapat suami kaki makan, dapatlah buat entri jalan-jalan cari makan. Yang saya pergi ni kebanyakannya di area Klang Valley, jadi kalau nak tengok lagi destinasi lain bolehla klik pautan makan-makan ya :).

Siapa suka makan masakan singgang cer angkat tangan? Samalah saya pun suka masakan simple macam ni, walau simple tapi sangat berperisa. Masam, masin, pedas wow semu pun cukup.

Dapat hirup kuahnya tu wow puashati ;). Restoran ni terletak di tengah-tengah pusat bandar. Siapa sangka di tengah-tengah bandar dan bersebelahan Quill Mall City. Tetiba ada kedai Selera Ramai Ikan singgang.

Parking kat sini agak mencabar jugalah. Biasalah KL kan, parking ni memang kena tunggulah. Kalau rezeki datang awal adalah  parking.

Ada parking area juga dan caj dalam RM5 macam tu. Kena jalan kaki sikit je dari kedai-kedai ni. Kedai singgang banyak tau kat sini.

Jangan risau hahaha. Pilih je kedai mana korang nak makan. Semua pun menunya adalah singgang.

Selera Ramai 1 Ikan Singgang

Ini pertama kali kami jejak kaki ke sini. Itupun suami yang ajak. Tau jela lelaki yang ramai kawan motor suka TTS ni tau aje tempat makan mana yang best.

Yang mendapat tempiasnya adalah sayalah kan, tak kisah gemuk sebab makan banyak, tengah mengandung ni memang takde istilah jaga badan, makan je semua janji berkhasiat ;).

Menu singgang yang kami makan

selera ikan singgang
Nyummehhhh

Inilah menu yang kami pesan. Ketam dan ikan bawal masak singgang, udang petai, ulaman budu dan air laici, tembikai. Total bil RM120.

Pertama kali menghirup kuah singgang tu, umaghaii sedapnya!!! Cukup berperisa, masam cukup, masin cukup, tak pedas sangat. Bebudak sesuai dengannya sebab budak kan tak tahan makan pedas ni.

BACA  Ride ke Cameron Highlands

Cuma Dzar tu saya suap nasi dengan telur dadar. Dapat makan sikit kuh singgang tu tapi tengok reaksi dia takdelah pedas sangat tp adalah rasa tu hahahah.

selera ikan 1 singgang
Singgang ketam
Singgang ikan bawal, selera ramai ikan singgang review
Singgang Ikan bawal guyss!!

Kat sini diorang kata bebudak motor suka lepak memalam. Based on apa yang suami saya bagitaula, geng dia jugakla tu, TTS tengah malam lagi ramai awek katanya. Emm amboi suka sangat dapat cuci mata ea, korek biji mata tu nanti baru taw!!.

Kalau korang nak cuba merasa menu kat sini bolehla datang berkunjung seperti info di bawah ni ya. Memang ramai orang kalau datang kat sini tapi jangan risau sebab kedai pun banyak, berderet semuanya menu utamanya adalah masakan singgang.

Harga pun boleh tahan, untuk makan malam kami malam tu jumlah bilnya adalah RM120 macam tu. Oklah jangan lupa singgah kalau nak mencubanya.

Selera Ramai 1 Ikan Singgang

19-20, Medan Selera, Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1
50300 Kuala Lumpur

3 thoughts on “Selera Ramai Ikan Singgang, Kuala Lumpur”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: