Parenting Buggy Stroller yang ringan, mudah lipat dan jimat ruang February 2, 2017

Spread the love

Stroller ni memang dah jadi satu keperluan buat semua ibu bapa. Macam saya yang ramai anak ni, ianya memang menjadi gajet asas sebab mudah kami nak bergerak dengan si kecil ni. Kalau dulu masa umurnya kurang dari setahun, bolehla nak duduk dalam baby carrier dan berdukung, tapi bila dah start melasak, dia takmo nak duduk dalam carrier tu dah.

Nak dukungkan pun tak larat, saya yang dah sarat ni sekejap tu bolehla nak dukungkan, macam tu juga kakak-kakaknya, lenguh tangan dibuatnya. Yang mampu nak carry Dzar sekarang ni sudah tentulah abahnya ;). Bila difikirkan balik, elokla beli stroller untuk Dzar sebab bila dah ada baby nanti pun boleh guna juga kan.

Ciri-ciri stroller yang saya nak tu, adalah murah, tahan lasak, mudah dibawa, senang nak handle dan lipat, dan simple gojes maut 😉 hahaha. Ha mana nak cari ciri-ciri macam tu kan. Apa susah, hujung jari je, tak payah nak round dari kedai ke kedai, perut pun dah besar ni lagi tak mampu nak jalan jejauh tu kan. Owh ya, saya nak jenis stroller buggy yang boleh lipat kemas macam payung tu, sebab ianya pun jimat space kalau letak kat bonet kereta kan.

Saya pun bukalah laman web Lazada. Yang bahayanya saya nak cari dan beli si stroller je, tapi merebak ke benda lain pulak haishhhh ;). Tu yang bahayanya shopping online ni hahaha. Saya check satu persatu keterangan yang ada pada setiap stroller, harga pun memainkan peranan juga kan. Kalau boleh nak beli yang the best dengan harga berpatutan.

buggy stroller yang ringan
My Dear Baby Buggy Stroller RM148

Survey punya survey buggy stroller yang ringan ini pilihan saya. Boleh dilaras kedudukan seat dan mudah dilipat. Kedudukan boleh dilaras dalam 3 kedudukan. Baring, separa tegak dan tegak. Jadi sesuai sangat untuk newborn baby juga. Kalau tengok stroller newborn baby ni banyak yang canggih, tapi saya sempoi je asal baby bleh baring dalam tu okla tu kan haha. Kalau tengok di Lazada, inilah antara details nya:-

Buggy Stroller murah

Key Specifications

  • With carry belt
  • 3 adjustable seat level
  • front protect bar and basket

What’s in the box?

  • 1 x set of baby buggy orange colour
  • Features: Brand: My Dear
  • Size (L x W x H) : 69 x 43 x 97
  • Weight : 5kg
  • Warranty type : No Warranty

Masa saya beli buggy stroller yang ringan ni ada promo. Harganya hanya RM148. Emm bila dah dapat terus dirasmikan oleh si kecil saya ni.

Sangat mudah nak handle, senang lipat, mudah dilaras, dan yang best Dzar pun ok je duduk dalam stroller tu walaupun tak pernah pun guna stroller sebelum ni. Syukurla kan at least berguna, dan yang bestnya lepas ni bolehla diturunkan ke adiknya pula ;). Dah tak penat dah abahnya lepas ni ;).


Spread the love

Tags : , , , , , , ,

9 Comments

  • ema posted on February 2, 2017 at 4:35 pm

    kalau terjah lazada takut menyimpang..lain yang nak lain yang masuk bil..hehehe… murah juga harga stroller tu
    ema recently posted..Foundation C3 Calit-Calit Terus Cantik Dari Beauline CosmeticMy Profile

    Reply
  • saps ibu bapa posted on February 4, 2017 at 2:19 am

    untuk stroller macam ni, antara fungsi yang penting semestinya yang ringan..sebab tak naklah sebab stroller ni pun, nanti tambah menyushkan sebab kena angkat2 kan.
    saps ibu bapa recently posted..SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan PeperiksaanMy Profile

    Reply
  • Noriza Rahman posted on February 4, 2017 at 3:19 am

    Murah dan berbaloi la Aju. Kami punya stroller dah jual. Lagipun anak memang tak suka duk dalam stroller
    Noriza Rahman recently posted..Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit. Itulah Rezeki yang BerkatMy Profile

    Reply
  • Ainniah posted on February 4, 2017 at 3:53 am

    ciri2 yang ada pada stroller ni bagus2 la. kalau order online itulah bahayanya kan. dari satu barang tiba2 jadi 3-4 barang. aduhai. memang kena kuatkan semangat nak beli online ni. hihihi
    Ainniah recently posted..Benarkah Suplemen Kalsium Boleh Menyebabkan Batu KarangMy Profile

    Reply
  • nikkhazami posted on February 6, 2017 at 12:24 pm

    yang senang lipat paling ramai pengguna. sbb semua benda nak buat dgn cepat kannn

    Reply
  • raihanah posted on February 8, 2017 at 8:58 am

    memang jenis ni jadi pilihan sebab senang kalau nak kemana2
    raihanah recently posted..23 Kelebihan Kami Sebagai Business Mentor ShakleeMy Profile

    Reply
  • Eray Majid posted on February 9, 2017 at 3:51 pm

    murah juga ya..jarang bukak lazada, sebab berhantu.

    Reply
  • liza posted on April 23, 2018 at 11:10 pm

    Yes betul… x makan luang yg banyak blh lipat adalah pilihan yang betul.

    Reply
  • Kauthar mohd posted on October 5, 2018 at 11:29 am

    Murajugak la harganya tu. Nampak x serabut sgt stroller tu.
    Kauthar mohd recently posted..Hilangkan Lingkaran Bawah Mata Dengan Restoring Eye TreatmentMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge