Parenting Bacaan jaundis di hari ke 18 March 3, 2017

Spread the love

Anak-anak saya kelima-limanya lahir dan mempunyai jaundis paling lama sebulan lebih. Untuk anak yang ke 5 ni, pun samalah kuning juga.  Masa mengandung anak ke 4 dulu, saya kerap amalkan minum susu kambing, kata orang usaha tak salah kan, dan bila Dzar lahir, masih juga jaundis. Emm kuat sungguh kuning depa ni ;).

Risau tetap risau, siapa tak risau tengok baby kuning je, mestilah nakkan kepastian. Tertanya-tanya sama ada ini jaundis biasa ke, berpanjangan ke, berkait dengan kesihatan hatinya ke apa kan. So saya dan suami bawa baby Ammar ke klinik dan cek berapa bacaan jaundis dia tu. Kesian Ammar, umurnya 5 hari dah dapat sakit.

Kene cucuk kat tapak kaki comelnya tu, meraung kuat sangat. Yelah mestilah sakit kene cucuk dengan jarum kan. Walau kecik saya tengok jarum tu tapi berbisa!!

Bacaan jaundis untuk kali 1 hingga 4
  • Bacaan pertama, hari ke 5 = 263
  • Bacaan ke 2, hari ke 6 = 269
  • Bacaan ke 3, hari ke 8 = 269
  • Bacaan ke 4, hari ke 9 = 287
Pokok dukung anak

Sebenarnya pagi sebelum ke klinik tu saya dah mandikan Ammar dengan daun dukung anak. Hmm 2 hari saya mandikan dengan daun tu, tak turun juga bacaannya sebab keesokan harinya tu bacaannya adalah 269 berbanding sebelum tu 263. Kesian Ammar kene cucuk lagi. Dan saya hentikan mandi dengan daun dukung anak, dan saya kerapkan penyusuan susu badan untuk Ammar.

Bacaan kali ke 5 hingga 7
  • Bacaan ke 5, hari ke 11 = 268.8
  • Bacaan ke 6, hari ke 12 = 266.6
  • Bacaan ke 7, hari ke 15 = 244.4

Waktu siang saya kejutkan Ammar sejam sekali bangun menyusu, tapi Ammar ni aktif, takdelah tido je 24 jam. Asal bising je ek ek uweekkkk nangis, asal 1/2 jam ke 1 jam je nangis nak susu. Dan malam-malam Ammar kejutkan saya pulak nak menyusu, hmm elokla kerjasama kami anak beranak ni haha.

Kalau ikutkan dah tujuh (7) kali saya jumpa doktor di Klinik Arissa untuk cek bacaan jaundis Ammar. Dan di hari ke 15 tu doktor sarankan kami bawa Ammar ke hopital untuk lihat apa kata pakar pula sebab bacaan tu masih tinggi walau dah melepasi 2 minggu tempoh kelahirannya. Hmm bercinta betul nak keluar rumah masa berpantang ni.

Tapi kekadang seronok juga, idokle jemu duduk rumah je kan haha. Oklah kami pun dapat surat refer doktor, dapatkan GL PMCare dan hari isnin tu jumpa doc Pria di Tropicana Medical Centre. Syukurla tak tunggu lama walaupun tengok ramai pesakit bayi dan kanak-kanak. Rupanya depa jumpa doktor paed yang lain dan saya tengok ramaila baby yang jaundis ;(.

Sebelum jumpa doctor, pergi timbang si Ammar dulu, wahh beratnya dah pun 3.73kg. Genap usianya 18 hari, masa lahir dulu 3.11kg, patutla lenguh tangan ibu ni dukung, makin naik beratnya. Alhamdulilah ;). Dan bila jumpa doctor, macam biasa cucuk lagi, huii teriakk lagi anak ibu. Tunggu masa dalam 1 jam untuk tahu result darah tu.

Bacaan kali ke 8
  • Bacaan ke 8, hari ke 18 = 231

Dan bila jumpa Doc Pria semula, keputusannya bacaannya menurun sedikit dari sebelum tu iaitu 213 tapi masih tinggi. Tapi doc kata TAK PERLU WARDED sebab berat badannya naik dengan baik sekali. Malahan kencing dan berak normal, dan pastikan najis berwarna KUNING DAN BUKAN HIJAU. Dan doktor kata Ammar aktif dan umurnya dah lebih 2 minggu. Sebab bacaan jaundis ni berbeza mengikut umur bayi tu.

Legalah bila dengar kata doktor. Apa yang penting susukan bayi sekerap mungkin to flush away the jaundice dan pastikan bayi aktif dan tidak dibiarkan tidur sahaja. Waktu ni memang kene pantau bayi supaya semuanya dalam keadaan yang baik.

Sayang anak ibu, cepat-cepat sihat ya Ammar 😉 sebab ibu nak makan phytonatal ni, ibu nak kurus hahahah. Phytonatal Nona Roguy memang tak dapat nak dimulakan selagi kuningnya tak ok, yelah jamu tu panas kan. Hohoho..


Spread the love

Tags : , , , , , , , , , ,

20 Comments

  • nikkhazami posted on March 3, 2017 at 1:56 pm

    harap baby sihat… 🙂
    nikkhazami recently posted..Belajar Buat BlogMy Profile

    Reply
  • Anuar posted on March 3, 2017 at 4:58 pm

    Mula-mula tertanya-tanya jugak apa Jaundis ni?
    Sekali baca baru tahu… Kuning rupanya…
    Banyak petua nak hilangkan kuning ni..
    Biasanya saya mandikan anak dengan air daun kucai rebus..
    Setakat ni Alhamdulillah berhasil..
    Kalau tak berhasil boleh cuba beberapa petua lain seperti Herba China, jemur anak dekat matahari antara pukul lapan hingga pukul sepuluh, dan lain-lain..
    Semoga dipermudahkan segala urusan..
    Anuar recently posted..Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.My Profile

    Reply
  • RAIHANAH AHMAD posted on March 4, 2017 at 7:40 am

    2 anak saya sebelum mmg jaundis tinggi juga. anak no 3 hampir takde. ada sikit tapi tak sampai kena warded. tak silap 5 hari sahaja. lepas tu settle dah. anak no 3 saya ambil suplemen shaklee sejak sebelum mengandung. saya rasa ada efek juga faktor nutrisi yang lengkap dan sihat diambil ibu. sebab kalau bab makan, time pregannt memang sama je saya belasah makan suka hati.
    RAIHANAH AHMAD recently posted..16 Perkara Shaklee Difference Atau Perbezaan ShakleeMy Profile

    Reply
  • Uncle Zuan posted on March 4, 2017 at 10:39 am

    moga ammar cepat sihat ya 🙂
    Uncle Zuan recently posted..Baiki Gadget Face 2 Face Di Chamo BangiMy Profile

    Reply
  • dedauncomel.com posted on March 4, 2017 at 12:53 pm

    Pertama kali pula dengar perkataan jaundis ni. Semoga baby sihat selalu.

    Saya belum lagi ada rezeki ada anak. Tapi benda2 ni kena tahu la kan sebagai persediaan masa depan 🙂
    dedauncomel.com recently posted..Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan ?My Profile

    Reply
  • Elih Japahar posted on March 4, 2017 at 5:25 pm

    Anak lelaki sy pun dekat 3 minggu ulang alik ke hospital checking..syukur sbb kuat sgt menyusu, cepat je hilang kuning tu..
    Elih Japahar recently posted..Kerja Dari Rumah Dengan iLanceeMy Profile

    Reply
  • Elih Japahar posted on March 4, 2017 at 5:26 pm

    Semoga baby cepat sembuh ya..Amin..
    Elih Japahar recently posted..Kerja Dari Rumah Dengan iLanceeMy Profile

    Reply
  • Hero Borneo posted on March 4, 2017 at 6:03 pm

    anak saya yang ketiga pernah kena Juandis ini….sampai masuk ICU..nasib baik tak de apa apa
    Hero Borneo recently posted..16 Senarai Bilionaire Di Malaysia Tahun 2017My Profile

    Reply
  • Norsheila Salleh posted on March 4, 2017 at 8:16 pm

    Assalamualaikum kak aju..semoga Ammar cepat hilang jaundice.. Umar sampai 2 bulan kuning, sy keep bf je.. rupanya bila check darah, bacaan kalsium dlm badan Umar sikit. So sy kena consume vit d.. silap juga sebab tak makan ostematrix shaklee macam masa pantang Adam dulu, 2 minggu je kuning hilang.. memang kesian tengok baby hari2 kena cucuk kan..
    Norsheila Salleh recently posted..Homemade Sos Cili & Sos Tomato Versi SihatMy Profile

    Reply
  • RAIHANAH AHMAD posted on March 6, 2017 at 2:31 pm

    camne baby skrg?
    RAIHANAH AHMAD recently posted..5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik Dari Pandangan DoktorMy Profile

    Reply
  • Noriza Abdul Rahman posted on March 7, 2017 at 4:11 pm

    Semoga cepatlah baby sihat dari jaundis ya.
    Noriza Abdul Rahman recently posted..Bengkel Faham Al-Quran tanpa Asas Bahasa ArabMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on March 13, 2017 at 9:18 am

    Baru dapat anak ya
    .
    Tahniah ya
    .
    Banyak khasiat pokok dukung anak tu
    .
    Selain untuk jaundice aka demam kuning
    .
    bagus juga untuk darah tinggi
    Mazni Azmi recently posted..Set Kurus Shaklee Harga & Review Terbaik 2017My Profile

    Reply
  • Leave a Reply to dedauncomel.com Cancel Reply

    CommentLuv badge