Bacaan prolonged jaundice bayi di hari ke 35
Kalau ingat di entri sebelum ni saya dah bercerita panjang lebar tentang setiap sesi untuk melihat perkembangan prolong jaundice atau demam kuning baby Ammar.
Dan jaundis tersebut masih berlanjutan sehingga umurnya 35 hari. Dan doktor ada beritahu saya jika bacaan jaundis masih melebihi 200, Ammar masih belum dibenarkan untuk ambil vaksin Hepatitis B iaitu untuk bayi berumur sebulan.
[Klik] Bacaan jaundis hari ke 18
Bacaan Prolonged Jaundice bayi
Bacaan jaundis di hari ke 25 = 248
Bacaan jaundis di hari ke 33 = 219
Risau bertambah risau hati saya apabila doktor beritahu kemungkinan jaundis ini berkaitan dengan hati dan darah Ammar. Jadi doktor beri surat rujukan untuk saya buat pemeriksaan selanjutnya di hospital.
Klinik tidak boleh menjalankan prosedur cek darah untuk buat liver function test kerana tiada kelengkapan berbanding hospital. Surat rujukan tersebut saya email kepada PMCare untuk dapatkan GL.
Setelah GL diperolehi saya segera ke Hospital Tropicana berjumpa dengan doktor Pria. Hmm doc Pria pun kata masih nampak kuning, dan darah Ammar akan diambil untuk buat Liver Function Test dan 2 test yang lain. Juga ujian ultrasound akan dijalankan untuk melihat organ Ammar sama ada berada dalam keadaan baik atau tidak.
Sewaktu darah diambil di tangan Ammar, menjerit-jerit Ammar kesakitan, jiwa ibu yang mudah rapuh dan tersentuh ini juga kalah dengan tangisan tu. Ibu tahu sakit sangat ya sayang ibu.
Saya pun sama mengalirkan airmata sebab tak sanggup lihat anak menangis seperti meminta simpati ibunya supaya dihentikan prosedur tu. Allahuakbar cepatla selesai semuanya, ibu kesiankan Ammar.
Bacaan jaundis di hari ke 35 = 165
Setelah 2 botol kecil darah diambil, ia memakan masa 1 jam untuk mengetahui keputusan ujian tersebut.
Sementara menunggu, Ammar saya bawa ke Imaging department untuk lakukan ujian Ultrasound. Dan sewaktu imbasan dilakukan, doktor yang bertugas beritahu saiz dan keadaan hati, hempedu dan yang lain-lain adalah di dalam keadaan yang baik dan normal.
Mulut saya terus mengucapkan syukur Alhamdulillah!! Maha suci Allah!!!
Hati ibu mana yang tidak risau kan? Sebolehnya kita semua nak tengok anak-anak semuanya membesar dengan baik dan sihat. Setelah cukup masa yang dijanjikan, keputusan ujian darah tadi telah diperolehi.
Doc Pria memaklumkan bacaan jaundis bayi adalah 165, dan semua blood count adalah normal dan baik juga termasuklah kandungan darah merah dan darah putih.
Alhamdulillah semakin menurun bacaan jaundis tu dari sebelum ini. Allahuakbar!! Bersyukur sangat-sangat!!! Terima kasih Allah!!!
Lega sangat hati saya ni dan cepat-cepat call suami maklumkan berita gembira ni. Mana taknya sebelum ni macam-macam yang saya fikirkan dan bila dapat tahu keputusan semua normal, saya sangat-sangat lega!! Siapa tak sayangkan anak kan.
Dan selepas semua selesai pulanglah kami ke rumah. Dan tidur Ammar petang tu sangat lena setelah mendapat sakit dan tidur tak berapa lena kerana terganggu dengan pelbagai prosedur. Apapun syukur atas semua ujian ini, moga Allah kuatkan semangat ibu untuk jaga semua anak-anak ibu.
Di saat saya menulis entri ini, umur Ammar sudah pun 46 hari. Alhamdulillah nampak jaundis di mukanya semakin menghilang. Dan ammar nampak sihat dan tiada tanda-tanda yang negatif. Berat Ammar sudahpun mencapai 4.8kg, hmm lenguh tangan mendukungnya. Kuat menyusu dan kerap bangun kehausan ?. Dan yang penting Ammar sudah pun divaksinkan dan syukur Allah memakbulkan doa kami, ameen.
Hati ibu mana xriso.. Kalo lama sgt baby kuning kn.. Alhamdulillah bacaan jaundice dh menurun
Salam aju…lama kak atie xsingfah sini.
Alhamdulilah….semoga baby membesar dgn sihat.Aamiin
bila banyak menyusu maka kadar jaundis akan meurun…
usah terlalu risau dan bawa bertenanang selalu..
Lama juga anak sis kena demam kuning ya
.
Sama macam anak maznee
.
Sampai sebulan
.
Memang ulang alik hospital ambil bacaan darah
.
Kecik kecik dah selalu kena suntik
semoga baby membesar dgn sehat
Mcm anak saya skrg umur dah 1 bulan 18 hari msih lgi jaundice..skrg hati tak tentu arah takut kalau anak ada masalah hati..minggu depan baru nak pegi jumpa dr pakar nak buat ultrasound semoga hati, hempedu dan lain lain dalam keadaan baik dan normal aamiin