Dalam waktu saya berpantang, anak-anak memang selalu minta saya masakkan lauk kegemaran mereka. Nak taknak kenelah kuatkan diri juga ?. Salah satunya ialah ketam butter telur masin. Tapi oleh dek kerana ketam takde dan rasanya tak puas makan ketam berbanding udang, jadi kita beli dan guna udang ajelah untuk masakan kali ini. Anak-anak pun suka juga ;).
Ok bahan-bahannya ialah
- Udang
- Tepung jagung
- Lada sulah
- Garam
- Telur masin (telur itik)
- Bawang besar (potong dadu)
- Bawang putih (potong dadu)
- Daun kari
- Susu cair
- Butter
Udang goreng
Mula-mula bersihkan udang dan dibuang kepalanya. Saya tak buang kulit udang ni bagi mengekalkan rasa enak udang tu dan menjaga kekenyalan isi udang.
Bila udang siap dibersihkan, lumurkan udang dengan tepung jagung, lada sulah dan sedikit garam. Kemudian panaskan kuali dan masukkan butter untuk goreng udang-udang ni. Goreng udang sehingga kekuningan sedikit dan jangan terlalu lama. Udang diangkat dan letak tepi dulu ya.
Telur masin direbus
Kemudian telur itik yang direbus tadi di belah, isinya dihancurkan dan kulit tu buang ya, jangan makan pulak hihi. Saya campurkan sahaja kuning dan putih telur dan saya gunakan 3 biji telur masin untuk masakan ini.
Kuah Butter telur masin
Setelah kuali panas, kita masukkan butter untuk masak kuah butter telur masin kita ni. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari, gorengkan sehingga wangi.
Masukkan pula telur masin dan tuangkan susu cair secukup rasa. Saya suka berkuah jadi saya lebihkan susunya. Kacau sehingga kuahnya nampak pekat sedikit dan masukkan udang tadi. Hmmm sap sap soii!!! Kacau-kacau dan SIAP!!!
Hidangan udang butter telur masin
Ok mudahkan menu kali ini? Ha cuba jangan tak cuba. Kalau nak sedap bolehla potong cili padi dan masukkan sekali tapi disebabkan anak-anak tak makan pedas jadi cili padi tidak dimasukkan dalam hidangan ini. Emm sedap dimakan dengan nasi panas. Ada rasa lemak, masin dan segarnya udang tu. Wallahhh!!!!
lama xbuat ..yummm
Ya ampun.. sangat menyelerakan dan mengoda.. Terpaksa saya simpan dulu ni resepi.. nanti baru try sebab tengah diet sekarang ni..
Terima kasih kongsi resepi ni.. Udang memang makanan kegemaran saya ๐
Sedapnya udang butter ni. Rangun rangun fluffy gitu
.
Kalau makan kat chinese food memang menu wajib ni
ya allah sedapnya….nanti nak buat la..bahannya senang je
pergh..memang terbaik dan confirm sedap nie..
teringin puiak nak makan
nanti nak try masak juga..nampak menyelerakan.
Sedapnya.. Tak pernah makan udang butter telur masin. Udang butter biasa pernah la.. Kena cuba gak ni… Thanx share resepi
Boleh try ni. Nampak simple tapi menyelerakan.