12 Kebaikan bertungku bukan sekadar semasa berpantang

12 Kebaikan bertungku bukan sekadar semasa berpantang | Hari ini sudah pun hari ke 27 saya berpantang. Alhamdulillah sudah rasa sihat dan kuat rasa badan ni. Tapi masih belum buat kerja-kerja berat lagi ya.

Belum angkat benda berat, tidak mengemop, vakum semua tu. Saya berpantang sendiri je sekarang ni sebab emak saya baru lepas operate sebelah matanya untuk buang katarak.

Terima kasih mak jaga dalam pantang

Alhamdulillah mak sihat aje dan dia pun sedang berpantang di rumah kakak saya. Hari ini saya nak share tentang kebaikan bertungku yang sememangnya bagus untuk semua aspek lebih-lebih lagi yang ingin tahu tips untuk memecahkan lelemak di badan tu.

Setakat ini saya belum lagi mengelat tidak bertungku, kalau nak tahu bertungku ni memang elok sangat kesannya. Bertungku bukan setakat molek dibuat dalam pantang.

tapi elok juga untuk lelaki dan perempuan dan boleh dibuat bila-bila masa dan tengok keadaan juga, janganla masa tengah drive pun sibuk nak bertungku kan, agak-agak ler, biarlah kene pada tempat dan masanya ?.

kebaikan amalan bertungku
Bertungku dengan daun mengkudu

Cara bertungku sendiri di rumah

Sebenanrnya bertungku sendiri pun mudah sahaja. Ok kaedah saya ni ambil batu sungai, panaskan atas api dapur dalam 10-15 minit.

Guna api sederhana je, kemudian alaskan daun mengkudu dan balut dengan tuala kecil. Ha siapa yang tak kenal daun mengkudu tu, macam tulah rupa dia ;).

Syukurla depan rumah ni ada pokok mengkudu wakaf, depa duk tanam tepi padang mainan ni tapi tengok takde pun orang datang ambil buah dia. Saya pun tawakal je amik kat situ.  Moga yang tanam tu halalkan dan dapatla dia pahala juga.

BACA  Persiapan dan perbelanjaan kelengkapan persekolahan 2019
Alaskan batu dengan daun mengkudu
batu sungai untuk bertungku
Bertungku guna batu sungai

Bahagian yang elok ditungku

Tukang urut kata, batu tungku ni boleh di tungku di bahagian badan, perut dan bahagian kaki, senang cakap satu badan ni elok bertungku. Seeloknya baring dan tungku satu-satu tempat untuk beberapa minit, syok sebab rasa panas je badan, elok sangat untuk ibu-ibu berpantang kan.

Jangan dibiarkan badan sejuk, tak elok nanti boleh masuk angin, jadi bentan atau boleh demam dibuatnya. Ok sebenarnya bertungku ni elok untuk

12 Kebaikan amalan bertungku

  1. melancarkan darah
  2. membuang lendiran darah kotor
  3. mengelakkan bentan
  4. mengecutkan rahim (wajib utk ibu2 selepas bersalin)
  5. menaikkan peranakan
  6. berkesan utk mengurangkan sakit senggugut
  7. melancarkan haid
  8. melegakan rasa lesu & sengal2 badan
  9. membuang angin
  10. menghangatkan badan ibu
  11. mengecutkan urat yang kembang
  12. darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Siapa yang patut bertungku

  • Ibu-ibu yang berpantang
  • Mereka yang rasa berat sangat badan macam galas batu
  • Bagi yang sakit kaki urat keras/sejuk kaki
  • Juga yang sokmo krem bahagian rahim
  • Untuk melegakan mereka yang sakit belikat bila tarik nafas sakit sampai rusuk
  • Sangat bagus untuk mereka yang sakit bahagian ari-ari (rahim jatuh)
  • Bagi yang sakit belakang duduk lebih 3 jam kat opis juga baik untuk ditungku.
  • Juga untuk yang duk menderita berguling-guling ‘period pain’

[BACA] Pengalaman pergi fisio di DEMC

kebaikan amalan bertungku
Panaskan selama 10-15minit

Sedangkan masa saya pergi sesi fisio dulu pun diorang letak hotpack di belakang saya untuk legakan sakit belakang. Maksudnya memang dalam perubatan pun diorang buat benda yang sama dengan cara tradisional.

Dan faedah bertungku ni pulak selain untuk mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim, ianya juga boleh memecahkan lelemak. Hohohoho boleh kuruslah dengan bertungku.

BACA  7 Tips Kesihatan Untuk Wanita 30an

Ehem ehem korang yang nak kurus tu apa lagi? Lepas ni pakat-pakatla pergi sungai cari kayu, eh cari batu hahahaha.

Dan zaman moden ni pun macam-macam produk bertungku yang dijual. Dah tak payah nak cari batu sungai lagi. Semua ada dijual di online.

Dan sekarang ni kalau anak perempuan saya senggugut pun saya suruh diorang bertungku. Lega sikit rasa sengal dan lenguh kat badan dan pinggang.

8 thoughts on “12 Kebaikan bertungku bukan sekadar semasa berpantang”

    1. Takyah batu sungai dah sis ☺ dah ada tungku herba elektrik skrg ni. Hanya charge dan terus pakai toksah bakar-bakar atas api dah. Hihi. Saya pakai dan saya jual 😁 nani -0173644314

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: