Mengumpul stok EBM seawal 3 hari selepas bersalin | Bila cakap tentang menyediakan stok EBM ni, saya sudah mula mengumpul stok EBM seawal 3 hari selepas bersalin. Semestinya untuk stok kegunaan Ammar bila saya bekerja nanti.
Alhamdulillah hari ini genap 34 hari usia bayi bongsu saya ni. Kuat betul menyusunya, malam bangun kejutkan ibu dia sejam/ 2 jam sekali. Siang pun lebih kurang macam tu juga. Syukur juga berak dan kencingnya normal, kalau bangun pagi tu berat betul diaper nya.
Saya ni google macam-macam petua nak banyakkan susu. Hari ke 4 selepas bersalin, saya sudah mula berurut selama 3 hari berturut-turut. Kalau dah urut tu memang banyakla susu. Alhamdulillah rezeki Ammar Muizz ;).
Rezeki setiap orang tak sama
Saya faham ada yang kata tidak semua ibu-ibu dikurniakan rezeki untuk menyusukan anaknya, namun semangat kita kene kuat. Sejak mengandung ibu-ibu perlu tanamkan azam untuk susukan anak sebaiknya. Berdoa semoga apa yang kita harapkan ini dipermudahkanNya.
Ingat senang ke nak jaga bayi, jaga luka bersalin, nak kembalikan shape badan ke bentuk asal? di samping tu nak jaga pemakanan untuk penggalak penyusuan, semua tu memang rumit. Namun bila kita lakukannya seikhlas dan sepenuh hati, Insha Allah kita akan rasa seronok untuk menyusukan si manja tanpa rasa tertekan dan terpaksa.
Permulaannya saya pam sambil menyusukan Ammar, dan dapatlah dalam 2 ke 3 oz sekali pam. Alhamdulillah banyak juga tu. Saya sangat berharap dapat menyediakan bekalan secukupnya sepanjang saya bekerja, bukan apa risau kalau tak cukup stok kalau lambat sangat mula mengepam.
At least kalau kita buat dari awal, banyakla stok yang tersedia, Insha Allah, jika kita ikhlas Allah permudahkan ya kan.
[+] Review pam susu Double Spectra M1
Review pam Spectra M1
Pam yang saya gunakan adalah pam Double Spectra M1 dan Medela manual. Kedua-dua pam ni pam yang lama dari anak ke 4 dulu. Syukurla masih elok dan baik keadaannya untuk menyambung usaha penyusuan susu ibu.
Apa yang bestnya spectra M1 ni sebab ada built in battery, kita boleh caj dan mengepamlah di mana sahaja. Saya pula kerja selalu pergi visit kan, jadi memang best sangatla pam ni.
[+] Tips menyimpan susu EBM di pejabat
Tips banyakkan susu ibu
Dalam usaha menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, banyak perkara yang perlu diteliti. Namun, janganlah sampai tahap kita ni terlalu menekan diri sendiri. Lakukannya secara tenang agar penghasilan susu lancar, selancarnya. Orang kata kalau stress ni, pengeluaran susu pun akan terganggu kan? ?.
Apa yang penting, kita jangan mudah putus asa sepanjang berusaha untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama enam (6) bulan dan meneruskannya sehingga anak berumur 12 bulan, dua tahun atau lebih.
Semangat perlu kuat, rajin mengosongkan payudara sama ada melalui cara menyusukan bayi secara langsung ataupun mengepam payu dara dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan semua usaha.
Antara tips untuk merangsang pengeluaran susu adalah :- [Tips dari majalahpama.my]
-
Minum air
Pastikan anda mengambil air minuman atau apa-apa sahaja jenis cecair lebih daripada tiga liter sehari. Pengambilan air yang mencukupi membantu tubuh menghasilkan susu dengan baik.
-
Pam lebih lama
Bagi anda yang mengepam payudara untuk menghasilkan stok susu ibu bagi kegunaan anak sepanjang anda tiada bersama dengannya, jangan hadkan masa mengepam. Ambillah masa antara 15 – 20 minit untuk setiap belah payudara. Yang penting, pastikan payudara benar-benar kosong.
-
Urut payu dara
Urutan di bahagian payudara sememangnya baik untuk merangsang pengaliran susu ibu dengan lancar. Paling kurang, anda boleh mengurut payudara sendiri dengan menuamnya menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Kemudian urut secara lembut dan perlahan-lahan.
Kebetulan bulan puasa pun bakal menjelma tidak lama lagi. Jadi haruslah membuat persediaan stok dari sekarang. Semoga Allah permudahkan segala usaha ibu-ibu untuk menyusukan anak.
Selain itu sokongan dari orang sekeliling juga penting, jadi usaha ini bukan sekadar usaha ibu sahaja tetapi juga perlukan kerjasama dari suami juga keluarga, of course.
Betul. Benda paling penting si ibu tak boleh stress. Sebab bila stress memang ganggu sangat kuantiti susu. Dan moral support daripada suami yang paling penting.
Good luck aju. Kita pon dalam proses nak kumpul stok susu balik ni. Preparation sebelum bulan puasa ☺
Anak kedua memang seawal hari ke-3 juga buat stok EBM, baby minum sikit je kan, so nak tak nak memang kena pumped out habis susu supaya payudara tak bengkak.
Tahniah Aju!
bayi yang kuat menyusu la bagus..
sihat dan pertumbuhan yang sempurna
Chaiyokkkk….adik SA susu x cukup kalau dapat buat stock pun sekejap je stock habis….anak dia lelaki kuat menyusu
wah lps 3 hari dah buat. tahniah aju
Salam aju…lama x singgah sini. Tahniah..seronoknya dapat cium bau baby…selamat berpantang..
Memandangkan saya belum ada anak.. Saya tak tau apa nak komen. Cuma nak wish semoga awak dan anak sihat selalu.
Tapi pam susu tu menarik perhatian saya. nampak canggih..