[Product Review] Rangkaian Penjagaan Kulit , SAFI BALQIS OxyWhite . Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna
Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.
Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.
Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.
Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan rangkaian penjagaan kulit dengan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.
Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri.
Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.
“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah.
Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap”.
Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal. manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.
Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.
1. Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite O2
- Kandungan : 50g / 100g
- Harga : RM7.30 / RM12.30 ( Termasuk 6% GST )
Pembersih muka Safi BalqisAktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
- Membersih jauh ke dalam liang pori
- Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
- Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
- Sesuai untuk semua jenis kulit
2. Penyegar Safi Balqis OxyWhite O2
- Kandungan : 100ml
- Harga : RM10.90 ( Termasuk 6% GST )
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
- Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
- Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
- Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol
3. Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite O2
- Kandungan : 45g
- Harga : RM20.20 ( Termasuk 6% GST )
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
- Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
- Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
- Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
- Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
- Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam
Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI @safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
suka pakai produk jenama safi.. dah lama tak beli..tak tahu pula ada produk baru ni.
Saya juga menggunakan produk Safi hingga sekarang…
Terutamanya minyak rambut Zaiton… Walaupun zaman sekarang ni ramai orang dok guna Pomad… Tapi saya masih setia bersama minyak rambut Zaitun jenama Safi…
Maznee sekeluarga masih cuba untuk pakai produk semulajadi selagi boleh
.
Minyak zaitun tu memang tak boleh tinggal
.
Deodoran terbaik adalah soda bikarbonat. Serius tak berbau seharian tau Ajumohit
pernah juga try produk safi dulu.. produk ini bagus jgk…harga pun menarik…