Saya yakin semua ibu bapa pun mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Ini termasuklah pemilihan pemakaian lampin pakai buang yang mana berkaitan dengan aspek keselesaan dan kebersihan si anak. Saya tidak dapat bayangkan jika si anak mengalami ruam lampin atau melecet akibat pemilihan jenis lampin buang yang tidak sesuai, pastinya ia menyakitkan dan membuatkan si bayi tidak tidur malam begitu juga saya .
Jika dilihat pelbagai jenama lampin yang ada di pasaran, namun apakah ciri-ciri yang perlu dilihat bagi memastikan pilihan lampin tersebut adalah yang terbaik buat si manja?. Si manja saya sudah mencuba lampin jenama Goo.N, dan nampaknya dia selesa dengan lampin ini dan tiada ruam lampin di punggungnya. Jenama Goo.N sudah tidak asing lagi di Malaysia dan antara faktor mengapa anda perlu memilih lampin jenama ini adalah:-
Lampin jenama Goo.N boleh didapati dalam bentuk tape dan pants. Pilihan saiz pula bermula dari saiz newborn sehinggalah XXXL. Jika anda ingin memiliki lampin ini bolehla ke laman web Lazada sekarang.
Jenama Goo.N bukan hanya terhad kepada lampin pakai buang, tetapi juga menawarkan tisu basah untuk di manja. Saya dah cuba tisu ni kepada Dzar dan Ammar, memang ianya lembut, berbau harum dan mudah untuk menghilangkan kotoran najis si manja. Malahan ini adalah pek wajib ada dalam beg bayi, mudah untuk digunakan dan ianya menjadi satu satu kemestian untuk para ibu memilikinya ;).
Jika anda ingin memiliki lampin ini untuk si manja, bolehla dapatkannya di laman web Lazada. Sekarang mudah semuanya tersedia di hujung jari. Alah membeli menang memakai, anak ceria anda pun sama gembira.
Jom shopping di Lazada.
Comey juga lampin pakai buang go ni…
Siap ada gambar Doraemon lagi..
1st time dengar jenama lampin ni. almaklum lama x de anak kecik. If ada rezeki nanti buleh juga guna lampin ini pula.
beli saiz yang sederhana akan dapat kuantiti yang lebih banyak..
ada penjimatan disitu..
Wah nak beli pampers pun pakai lazada. Kalau harga berbaloi ok lah
ramai gak pakai pampers ni ya skrg ni
Baru festime dengar jenama ni, hanya boleh beli di Lazada ye ye Aju?
First time tengok pampers nih kak…Nampak sgt x amik tahu.hahaha..tapi bagus juga pampers nih kan kak