Perkembangan bayi 2 bulan, Alhamdulillah anak ibu comel | Tanggal 10/4/2017, genapla usia Ammar Muizz 2 bulan. Bermakna tamat sudah cuti bersalin 2 bulan selepas melahirkan anak saya yang ke 5, hmm 5 ramainya rasa ๐.
Cucuk baby 2 bulan
Masa pergi klinik untuk dapatkan imunisasi Ammar aritu semua orang pandang-pandang kami anak beranak. Agaknya semua pun kata ramainya anak dia, tapi maknya cun lagi hahahaha ngekk!!
Ada juga yang tanya baby ni anak no berapa? Anak ke 5 jawab saya, lepas tu diorang kata eh lima dah anak?? Awak nampak muda lagi!! Adoilahh perasan dah ni ha, rasa terbang di awangan jap hihi.
Tq officemate
Terima kasih kat kawan ofis yang tong tong belikan hamper baby Ammar, siap ada duit collection untuk SSPN Ammar. Tq korang, korang terbaik. Moga murah rezeki.
Tapi saya tak boleh blah pulak siap ada yang tanya Ammar dah pandai apa? Dah pandai mintak adik ke? Muahahhaha ni soalan ke bunga-bunga minta penampor ni? Hahah nantilah dulu, bagilah kawan lain kejar dulu, kan??

Tq untuk team office yang sudi bg hadiah kat Ammar, siap tanya saya Ammar dah pandai mintak adik ke? mau makan kaki diorang ni kang hahahha
Kahwin muda
Saya kawin di usia 23, masa tu baru bekerja 6 bulan selepas tamat belajar Ijazah Perakaunan. Lepas je kawin setahun dapat rezeki berderet, dapat anak rapat-rapat.
Penat memang penat, sebab saya bekerja, nak pula suami jenis kerja sampai malam, weekend pun takde istilah cuti. Hmm kalau dikenang memang memenatkan, dan sekarang mampu tersenyum sebab anak-anak dah besar, dah boleh harap jaga si adik pulak.
Tersasul nama anak-anak
Saya sekarang ni dah biasa mengalami masalah mak-mak. Apa dia masalah mak-mak tu, bukan meroyan ye tapi antaranya tersasul panggil nama anak. Nak panggil kak long abis nama anak yang lain pun saya sebut.
Penat weii, macam orang melatah kekdahnya. Padan muka dulu gelakkan mak saya sebab tersasul panggil nama kami adik beradik, sekarang menurun kat saya pulak haha.
Bila dicongak-congak sekejap je masa berlalu, dalam pada sakit menunggu nak bersalin, menempuh tempoh berpantang dan pejam celik pejam celik sudahpun 2 bulan semua tu kan.
Cuti berpantang awal-awal tu memang perasaan bercampur baur, rasa sakit tempat jahitan, susah nak buang air besar, bengkak susu, kurang tidur, nak pakai pilis, nak lilit bengkung, nak berjaga malam bagi susu, nak pam susu. Hoiii banyaknya nak buat dalam pantang, lepas tu pulak duk terperuk dalam rumah, tak nampak matahari, tak boleh bersiar-siar so JEMU SANGAT!!!
Sebab tu orang berpantang ni takleh stress, kalau tidak memacam benda tak elok boleh terjadi. So orang kata layan ajela tempoh berpantang tu, jangan sedih-sedih sangat, fikir nak sihat dan kuat semula.
Dan bila dah berakhir semua tu, rasa seronok sangat!! Tapi makan minum masih kene jaga sebab Ammar masih menyusu badan sepenuhnya. Risau pulak kalau saya belasah je makan, si kecik tu kembung perut, nanti menangis pulak dia kesian…
Perkembangan bayi 2 bulan
Ini dia si Ammar Muizz, dah pandai senyum-senyum bila diagah. Hmmm penyenyum orangnya macam ibu dia ni kikiki. Dan yang ni gambar kami di klinik sewaktu imunisasi Ammar 2 bulan. Weekend je waktu terbaik nak pergi klinik sebab hari biasa pun sampai rumah dah malam.
Suami kerja waktu ni, jadi kami berenam lah yang menghiruk pikukkan suasana klinik waktu tu. Syukurla pesakit yang menunggu giliran tu 3 orang, takdela lama sangat nak menunggu. Doktor pun 2 orang jadi cepatla sampai turn kami pulak jumpa doc.
Ammar genap 2 bulan
- Berat : 5.8kg
- Tinggi : 69cm
- Dah pandai senyum bila orang agah dia
Dah besar dah awak Ammar Muizz, semoga sihat-sihat aje, begitu juga anak ibu yang lain tu. Peneman setia ibu ;), tatap muka baby puas-puas mana tahu lepas ni dah stop nak baby lagi, eh gaya cakap macam nak menambah aje muahahaha.
Alololo…. comelnya. Tengok bay rasa macam nak baby lagi jer.. erkkk… Hahaha… Kejap jer dah 2 bulan kan.
ala..ala…comelnya baby ammar muizz….geram tengok.. senyuman dia menawan..
Happy 2nd month old baby ammar…
aju dh masuk opis dah ke?
Handsome…
Ibu doakan anak sis Aju jadi orang soleh. Dapat jaga keluarga bila kita dah dewasa nanti
Fulamak..kiut sungguh si Amar nie..
awal betul kahwin…umur 23
tetapi bagus juga..
anak dah besar kita masih muda lagi
Comelnya….terus rasa nak beranak lagi…hahaha..dah 12 tahun x beranak ni…ntah camne la nanti…
Orang perempuan ni nampak orang lain mengandung, terus lupa sakit bersalin lepas
.
Hehe
comelnya, bau baby best kan.
Kalau bersalin memang best, dapat hadiah macam-macam dari kawan sepejabat kan? Boleh mengeratkan silaturrahim juga
MV nak beranak lagi tak?
Amboi, dah habis pantang makin berisi si ammar muiz ni ya
Anak aju ni memang minum susu ibu ke? Nampak semnagat je
Mama nak tergelak baca. Makan kaki ayam sedap je Aju
.
Kalau kaki orang mama lari dulu
Lama sungguh akak tak singgah sini, rupanya bertambah lagi ahli baru ya Aju..
Tahniah2, ibunya muda lagi..