Uncategorized Ammar Muizz genap 2 bulan April 17, 2017

Spread the love

Alhamdulillah 10/4/2017 yang lepas genapla usia Ammar Muizz 2 bulan. Bermakna tamat sudah cuti bersalin 2 bulan selepas melahirkan anak saya yang ke 5, hmm 5 ramainya rasa ?. Masa pergi klinik untuk dapatkan iminisasi Ammar aritu semua orang pandang-pandang kami anak beranak. Agaknya semua pun kata ramainya anak dia, tapi maknya cun lagi hahahaha ngekk!! Ada juga yang tanya baby ni anak no berapa? Anak ke 5 jawab saya, lepas tu diorang kata eh lima dah anak?? Awak nampak muda lagi!! Adoilahh perasan dah ni ha, rasa terbang di awangan jap hihi.

Terima kasih kat kawan ofis yang tong tong belikan hamper baby Ammar, siap ada duit collection untuk SSPN Ammar. Tq korang, korang terbaik. Tapi saya tak boleh blah pulak siap ada yang tanya Ammar dah pandai apa? Dah pandai mintak adik ke? Muahahhaha ni soalan ke bunga-bunga minta penampor ni? Hahah nantilah dulu, bagilah kawan lain kejar dulu, kan??

Tq untuk team office yang sudi bg hadiah kat Ammar, siap tanya saya Ammar dah pandai mintak adik ke? mau makan kaki diorang ni kang hahahha

Saya kawin di usia 23, masa tu baru bekerja 6 bulan selepas tamat belajar Ijazah Perakaunan. Lepas je kawin setahun dapat rezeki berderet, dapat anak rapat-rapat. Penat memang penat, sebab saya bekerja, nak pula suami jenis kerja sampai malam, weekend pun takde istilah cuti. Hmm kalau dikenang memang memenatkan, dan sekarang mampu tersenyum sebab anak-anak dah besar, dah boleh harap jaga si adik pulak.

Saya supermom!!!
Kami berenam!!

Saya sekarang ni dah biasa mengalami masalah mak-mak. Apa dia masalah mak-mak tu, bukan meroyan ye tapi antaranya tersasul panggil nama anak. Nak panggil kak long abis nama anak yang lain pun saya sebut. Penat weii, macam orang melatah kekdahnya. Padan muka dulu gelakkan mak saya sebab tersasul panggil nama kami adik beradik, sekarang menurun kat saya pulak haha.

Bila dicongak-congak sekejap je masa berlalu, dalam pada sakit menunggu nak bersalin, menempuh tempoh berpantang dan pejam celik pejam celik sudahpun 2 bulan semua tu kan. Cuti berpantang awal-awal tu memang perasaan bercampur baur, rasa sakit tempat jahitan, susah nak buang air besar, bengkak susu, kurang tidur, nak pakai pilis, nak lilit bengkung, nak berjaga malam bagi susu, nak pam susu. Hoiii banyaknya nak buat dalam pantang, lepas tu pulak duk terperuk dalam rumah, tak nampak matahari, tak boleh bersiar-siar so JEMU SANGAT!!!

Sebab tu orang berpantang ni takleh stress, kalau tidak memacam benda tak elok boleh terjadi. So orang kata layan ajela tempoh berpantang tu, jangan sedih-sedih sangat, fikir nak sihat dan kuat semula. Dan bila dah berakhir semua tu, rasa seronok sangat!! Tapi makan minum masih kene jaga sebab Ammar masih menyusu badan sepenuhnya. Risau pulak kalau saya belasah je makan, si kecik tu kembung perut, nanti menangis pulak dia kesian…

Ammar genap 2 bulan, moga sihat-sihat aje hendaknya. Jangan mintak adik lagi tau 🙂

Ini dia si Ammar Muizz, dah pandai senyum-senyum bila diagah. Hmmm penyenyum orangnya macam ibu dia ni kikiki. Dan yang ni gambar kami di klinik sewaktu imunisasi Ammar 2 bulan. Weekend je waktu terbaik nak pergi klinik sebab hari biasa pun sampai rumah dah malam. Suami kerja waktu ni, jadi kami berenam lah yang menghiruk pikukkan suasana klinik waktu tu. Syukurla pesakit yang menunggu giliran tu 3 orang, takdela lama sangat nak menunggu. Doktor pun 2 orang jadi cepatla sampai turn kami pulak jumpa doc.

Ammar genap 2 bulan

  • Berat : 5.8kg
  • Tinggi : 69cm
  • Dah pandai senyum bila orang agah dia

Dah besar dah awak Ammar Muizz, semoga sihat-sihat aje, begitu juga anak ibu yang lain tu. Peneman setia ibu ;), tatap muka baby puas-puas mana tahu lepas ni dah stop nak baby lagi, eh gaya cakap macam nak menambah aje muahahaha.


Spread the love

Tags : , ,

14 Comments

  • Fiza Rahman posted on April 17, 2017 at 2:10 pm

    Alololo…. comelnya. Tengok bay rasa macam nak baby lagi jer.. erkkk… Hahaha… Kejap jer dah 2 bulan kan.
    Fiza Rahman recently posted..Review | Veet Sensitive Touch Electric TrimmerMy Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on April 17, 2017 at 4:08 pm

    ala..ala…comelnya baby ammar muizz….geram tengok.. senyuman dia menawan..

    Happy 2nd month old baby ammar…

    aju dh masuk opis dah ke?
    Ibu Mifzal recently posted..Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2017My Profile

    Reply
  • Abdul posted on April 17, 2017 at 4:42 pm

    Handsome…
    Abdul recently posted..SEO BASICS : ON-PAGE SEOMy Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on April 17, 2017 at 10:26 pm

    Fulamak..kiut sungguh si Amar nie..

    awal betul kahwin…umur 23

    tetapi bagus juga..

    anak dah besar kita masih muda lagi
    mrhanafi recently posted..Sistem Bergilir Ala-Ala PoligamiMy Profile

    Reply
  • Suria Amanda posted on April 18, 2017 at 2:48 pm

    Comelnya….terus rasa nak beranak lagi…hahaha..dah 12 tahun x beranak ni…ntah camne la nanti…
    Suria Amanda recently posted..Nasi Goreng Ikan Sardin Ayam Brand Dalam Minyak ZaitunMy Profile

    Reply
  • RAIHANAH AHMAD posted on April 19, 2017 at 10:25 am

    comelnya, bau baby best kan.
    RAIHANAH AHMAD recently posted..Tips Makanan Orang Sibuk: Kenyang, Bertenaga, SihatMy Profile

    Reply
  • Noriza Abdul Rahman posted on April 20, 2017 at 9:15 am

    Kalau bersalin memang best, dapat hadiah macam-macam dari kawan sepejabat kan? Boleh mengeratkan silaturrahim juga
    Noriza Abdul Rahman recently posted..HQ Shaklee Mula Beroperasi di Sunway Geo Tower Pada 25 April 2017My Profile

    Reply
  • Mazni Azmi & Keluarga posted on April 20, 2017 at 10:18 am

    Amboi, dah habis pantang makin berisi si ammar muiz ni ya
    Mazni Azmi & Keluarga recently posted..Atasi Sembelit Ibu Mengandung Dengan 5 + 1 Cara IniMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on April 20, 2017 at 10:26 am

    Anak aju ni memang minum susu ibu ke? Nampak semnagat je
    Mazni Azmi recently posted..Atasi Sembelit Ibu Mengandung Dengan 5 + 1 Cara IniMy Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on April 21, 2017 at 8:57 am

    Mama nak tergelak baca. Makan kaki ayam sedap je Aju
    .
    Kalau kaki orang mama lari dulu
    Mama Hakim recently posted..Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017My Profile

    Reply
  • umialeeya posted on May 8, 2017 at 12:39 pm

    Lama sungguh akak tak singgah sini, rupanya bertambah lagi ahli baru ya Aju..

    Tahniah2, ibunya muda lagi..

    Reply
  • Leave a Reply to RAIHANAH AHMAD Cancel Reply

    CommentLuv badge