Hallooo amboi amboi amboi nak kata ko kuruslah sekarang ni? ๐…Belum boleh mengaku kurus lagi weii!! Sebelum bersalin berat saya 60kg, masa mengandung berat 77kg. Lepas turun 12kg pun saya masih ada lemak bedooh degil sebanyak 5kg. Cuba teka berapa berat saya sekarang? Ha buat kira-kira kita hari ni hahaha. Memang susah betul nak turun walau sekilo.ย
Ok pemakanan saya hari-hari, sarapan secawan oat campur susu pekat sikit. Tengahari makan nasi, lauk ikan atau ayam dan wajib ada sayur atau ulaman, malam pulak nasi juga lapar ๐. Ha jangan tinggal kicap tu, itu lagi wajib penyedap makan, sampai suami cakap anak saya tak putih sebab kicap tulah. Eh eh eh macamlah dia tu putih benor ye.. ๐. Sekarang ni kalau makan kat kedai, minum air bali atau limau suam kurang manis, saya belum minum ais secawan lagi tau!! Minum seteguk dua tu adalah hahaha. Betul tak tipu!! Lepas tu air masak wajib 2 liter sehari, wajib sesaja tapi kurusnya tak juga.

Ha ni kenderaan berat ni haha. Merasa makan meatball Ikea sebelum bersalin. Inilah rupa saya semasa mengandung 9 bulan.
Masa berpantang itu ajelah kerja saya, duk surf pasal nak kurus, nak kecikkan peha, nak kecikkan punggung. Walau orang kata itu aset tapi bila dah besor cenggitu dia jadi liabilitilah pulak. So saya anggap hanya dengan jaga pemakanan boleh kurus sebab saya menyusukan Ammar sepenuhnya. Setiap kali menyusu boleh bakar 300-500 kalori, sebab tu lapar je memanjang. Jadi anggapan saya ni salah ya, jaga pemakanan sahaja tidak boleh nak menurunkan berat badan seperti yang kita nakkan tu.
Kene senaman jugak dan itulah yang saya malas nak buat. Tapi bukan malas pun tau, tak cukup masa sebenarnya. Kalau suami saya baca ni mau kene ceramah 2 jam hahaha. Masa tu ada, cuma kita je kot tak manfaatkannya. Hari tu sempat jugalah ber treadmill kat umah, mengayuh sikit. Dan hari-hari timbang, angka tu tetap tak berubah ๐. Suami cakap kat anak-anak,” Ibu ni hari-hari timbang, sama je kot”. Takpelah as long as tak lebih 65kg dahla, ayat menyedap hati mak ni ha.
Tahan nafsu makan itu azab kan sebenarnya. Contohnya malam tadi, keluar jemput anak balik tuisyen. Anak-anak request nak makan burger, memang jarangla makan burger ni, yang selalunya bergembira je haha. So beli 3 biji burger untuk suami, kak long dan adam. Suami pelawa makan, gigitla burger tu 2 gigit. Dalam hati taknak makan tapi bau dia sedap giler wehh!!! Tak boleh nak menolak. Bila dapat makan tu ya Allah rasa nak lagi!! ๐๐๐.
Dan kak long ni jenis makan selalu kongsi dengan saya, tengok-tengok dia makan separuh je. Lepas tu terus cakap,” Ibu nah, Najwa dah kenyang”. Bagaikan mengantuk disorongkan tilam, mak rembat ngappp terus!! Sedapnya burger ni!! Ngape sedap sangat ni, hancus diet saya ๐ . Takpelah janji tak melebih-lebih makan tu dahla, jangan nak terlalu memikir sangat. Tapi pikir jugakk muahahahha.

Ha ni nama dia posing menyerong nak nampak kurus. Dan hasilnya berjaya tipu mata korang. So lainkali posing macam ni tau.
Dan keazaman nak turun berat badan ni kenelah istiqamah. Harap-harap mudahlah nak turun lagi 5kg ni. Jom kita bersama-sama jaga kesihatan. Elakkan makanan berlemak, kurangkan minuman bergula, amalkan gaya hidup sihat jom!!!
bab senaman mmg kemalasan tp dlu mmg fully breastfeeding turun sgt…lg kurus sebelum pregnant…tp mkn mcm2 sbb lpr je kn hehe…
Nak turunkan berat badan ni 70% kawal makan
.
30% saja senaman
.
Sebab tu Ada orang turun banyak masa pantang
.
Masa pantang kan makan kawal
Wah bestnya… Tahniah…
dan terima kasih kerana sudi berkongsi tips diet yang diamalkan..
Wahhh… Nampak perbezaannya. Tapi kalau breastfeed memang cepat kurus.
Wah, tetiba rasa jeles tahap gaban laa pulak Aju oii …huhuhu.. ๐
Amboi cantik selim melim lepas bersalin ye. tahniah hehe
Amboi, beza benar kenderaan berat dengan kenderaan sukan tu ya
.
Macam mana aju turun berat banyak cam tu
.
Ibu teruja nak tahu
berat yang ideal pasti idaman semua orang…
nampak la perbezaan yang ketara..
pasti ramai yang jeles..
termasuk wife saya yang nak slim..
tapi saya tak kisah pun tentang saiz..
Kurangkan minuman bergula tu betul sebab selain menggemokkan badan dia juga menyebabkan penyakit kronik
wah..bestnya aju…dapat turun byk kilo tu..sy ni x tau la bila dpt buang lemak2 ni..
wahh tahniah.. 12kg tu.. bukan senang..
nak tahan nafsu makan tu memang susah kan
bukan setakat perempuan..lelaki pun sekarang ini nak jaga badan dan jaga kesihatan
You are such a motivation to people who always give excuses about their weight. Good luck for the remaining 5kg!
wah dah kuruslah aju. tahniah
Wah banyak turun Aju
.
Sampai 12 kg semasa pantang
.
Aju breastfeed sekali ke?
semasa pantang memang mudah turun..tp bila dah selepas dua tiga bulan..naik balik tu ada.
I had an emergency c-section, dan paling saya takutkan before bersalin adalah pembedahan. Not because of the operation process, but the treatment and for the weight loss process after labor. You know, banyak pantang larang for those yang kena c-section – no bengkung, tangas whatsoever. Kengkawan semua kata, waktu berpantang lah mudah untuk bentukkan semula perut tu, which make me more sadder sebab perut masih bloated.
๐