Family Day di Bukit Gambang Resort City, Kuantan

Yeay!!!!

Sudah lama rasanya kami tidak pergi bercuti bersama-sama. Sejak bersalin ni inilah kali pertama dapat tidur hotel dan beriang ria seisi keluarga. Korang tau ajelah bebudak dan kolam macam kene gam, pantang nampak mesti nak terjun je kerjanya. Rezeki saya dapat majikan yang baik dan murah hati beri kami penginapan best-best setiap tahun. Kalau tahun lepas ke Melaka, tahun ni kita ke Pahang pula.

Bila anak dan ramai, semakin banyak beg dan benda yang nak dibawa. Anak perempuan takde masalah sebab diorang dah boleh diharapkan nak packing baju sendiri dalam beg masing-masing. Suami pun dah faham situasi saya dan beliau pun packing bajunya sendiri, yeay hahaha gelak jahat nih!!! Jadi saya pula packing baju saya, Adam, Dzar dan Ammar. Fuhhh banyak benda nak fikir, sebab tu balik je kerja terus capai beg dan packing slowly.

Percutian 3 hari 2 malam, memang banyak baju diorang yang saya pack. Mana tahu tetiba ada yang termuntah, terbocor dan macam-macam ter lagi, at least ada baju spare untuk apa jua keadaan ;). Begitulah mak-mak ni, advance sungguh pemikiran kita kan 😂. Nah siap pun semuanya dan Sabtu pagi kami bertolak awal sebab tahu jem menunggu di jalanan. Almaklumlah cuti 3 hari ni mesti ramai yang berjalan makan angin juga.

Lemang To’Ki Bentong, Pahang
Emm sedapnya, kemain dia punya ekpresi kesedapan tu
Nama je lemang to’ki tapi ada juga menu lain

Okeh, jam 8:30 pagi kami sudah sampai di Lemang To’ki Bentong bersarapan lemang, kuetiaw, mihun goreng. Emm sedapnya dapat makan-makan macam ni, orang lepas pantang memang macam-macan kan, rasa nikmat je makan semua benda :). Masa saya sampai ni rendang dah pun yilek, jadi lemang tu cicah serunding je, apa-apa jelah nasib baik sedapla serunding tu. Biasanya ini port motorbike lepak hujung minggu, ada rider sorang tu dia tak join ride arini sebab ada family day hahaha.

BACA  Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place, Port Dickson
Suasana panas giler dalam train, senyum semua!!!

Panas sungguh cuaca di Gambang ni ya, kami sampai di sana jam 2:30 petang. Terusla mendaftar diri di Bukit Gambang Safari Park, kalau korang tanya berapa harga tiket masuk tu semua saya pun tak tau sebab semua pun fully sponsored by my majikan. Baby Ammar waktu ni tengah meragam nak tidur, cabaran membawa bayi 2 bulan lebih mengembara di safari 😄. Gigih juga bawa naik train masuk ke safari dan tengok singa, harimau, lembu, rusa, burung unta. Syukurla pujuk-pujuk tidur, kalau nangis meraung haru juga ibu ko nak.

Ginilah gayanya dengan anak2 kecik
Ni poney, kecik comey je, nama lain dia ni ialah kuda padi 🙂
Bagi makan kat kambing dan arnab, satu cup RM5, bagilah dia mamam Dzar, lapar nampaknya tu 😉

.

bersambung

7 thoughts on “Family Day di Bukit Gambang Resort City, Kuantan”

  1. yang penting suami faham dan pandai dan tahu macam mana nak hiburkan keluarga, best dpt jalan jalan mcm ni, ni idea terbaru nih, nmpk menarik jugak tempat ni, thanks kongsi

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: