Hidup di bandaraya Kuala Lumpur ni memang terasa bebannya kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Sekarang ini wujud satu program dinamakan kad ceria yang bertujuan untuk meringankan sedikit perbelanjaan anda di premis tertentu yang menjual barangan, perkhidmatan dan makanan.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha menangani kos sara hidup bagi warga Wilayah Persekutuan SAHAJA termasuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Ianya juga bertujuan membantu warga Wilayah Persekutuan dalam merancang dan mengurus perbelanjaan harian secara berhemah.
Keutamaan :
Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana, Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR), Penduduk di Perumahan Awam (PA)
ISI BORANG PERMOHONAN KAD CERIA SECARA ONLINE
Pengagihan kad
Kad ini akan diagihkan secara percuma dan dikhususkan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutama penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kad Ceria merupakan kad DISKAUN ke atas pembelian di lebih 200 rakan dagang yang melibatkan lebih 400 premis perniagaan terpilih yang telah menjadi rakan dagang Kad Ceria. Keistimewaannya ialah:-
-
Diskaun sehingga 30% bagi pembelian barangan, makanan dan perkhidmatan;
-
Melibatkan lebih 200 rakan dagang yang melibatkan lebih 400 premis perniagaan; dan
-
Kadar diskaun untuk penyewaan fasiliti terpilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
-
Menyediakan kemudahan “e-wallet” kepada pemegang Kad Ceria dan rakan dagang.
Kalau nak tahu antara permis yang terlibat yang menyediakan diskaun tersebut, anda boleh klik di pautan ini.
BACA [Senarai premis/ Rakan Dagang Kad Ceria]
Semoga dengan adanya kad ini akan meringankan sedikit kos pembelian barang dan perkhidmatan harian. Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman web https://kadceria.kwp.gov.my/.
Wah bestnya kalau boleh dapatkan kad ni juga
bagus nya dapat kad ini. Untuk yang tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja ke?
Bgs juga diadakan kad sebegini utk yg berpendapatan rendah and sederhana, bole mengurangkan skit kos berbelanja
Sekarang ni ekonomi tak stabil.. kena pandai urus berbelanjaan.. Kalau ada peluang untuk berjimat, kenapa tak ambil cepat2 kan?
Diskaun yang banyak tu
Best……
Pilihanraya dah dekat. Semua jadi tip top
.
Kalau sepanjang 5 tahun begini kan bagus
.
Tak payah tunggu masa nak mengundi
ada diskaun 30% dah kira terbaik..
besar penjimatakan begitu..
sekarang semua orang bekerja keras untuk mendapat duit yang banyak
Banyak tempat boleh guna ni..
Bertambah ceria la lepas ni
Bagus juga ada kad ini dapat diskaun sehingga 30% bukan calang-calang kad dapat bagi sampai 30%
bagus juga kad ni untuk bantu mereka yang memerlukan
pehh..
macam-macam kad diskaun ada sekarang eh.