Pengalaman beli barang as is IKEA dari Personal Shopper | Ha siapa kat sini kaki deko-deko cer lambai sikit!! Nak share sikit deko barangan ikea kat rumah saya. Takdelah cantik dan kemas mana, anak 5 orang macam nilah.
Simple janji kemas
Kemas mana boleh dan sempat je. Baru nak kemas-kemas dah datang 2 hero tu sepahkan. Tapi tak kisah pun sebab biasalah lumrah bebudak kan.
Yang bagusnya kita boleh ajar anak-anak untuk kemaskan rumah. Anak dara 2 orang tu kan ada bolehla mintak tolong sikit-sikit mana yang boleh ๐.
BACA [Cara beli barang di gudang IKEA]
Deko biasa-biasa je
Ha skodeng sikit ruangan dalam rumah ni, suami dan saya memang suka deko-deko. Ala-ala tema suke ati kau lah. Takdelah hebat macam designer kat luar sana. Sekadar rasa macam mata ni suka tengok, luas lapang senang anak-anak berlari sana sini.
Kira oklah sangat tu.
Anak-anak ramai tak payahla berangan nak letak bunga dan lapik meja atau table runner. Datang si Dzar ditariknya mau meroyan kat situ huhuhu.
BACA [DIY Rak TV simple dari IKEA]

Sukakan deko barangan IKEA
Saya suka hiasan dari IKEA, dan saya ada join beberapa group dekorasi IKEA di Facebook. Hmm suka sangat tengok hasil tangan rakan group Ikea tu, diorang deko rumah diorang simple but nice uols!!!
Rasa macam hmmm duduk rumah lagi baik dari keluar rumah. Haa kekdah dia!!!! Lepas tu saya suka deko yang tak sarat, sedap mata memandang.
BACA [IKEA Hanging wall cabinet]
Pengalaman beli barang as is Ikea
Dan korang pernah dengar barangan As Is IKEA, atau barangan display untuk beberapa jangka masa. Dan pihak IKEA jual semula dengan harga sedikit murah dari harga biasa. Meh baca details terperinci kat bawah ni.
APA ITU IKEA AS – IS ITEM?
IKEA AS IS item adalah barangan ex-display, reject, dented, atau returned items dari store IKEA yang akan dijual di section khas dinamakan “AS IS”.
Kebanyakkan harga item dijual up to 70% off bergantung kepada keadaan kerosakan barang. Barang yang di beli tidak mempunyai warranty & tidak boleh di pulangkan.
DI MANA LOKASI AS IS?ย
- IKEA DAMANSARA – bahagian kiri sebelum cashier
- IKEA CHERAS – bahagian kanan sebelum cashier
HARGA BARANGAN AS IS?
Barang akan dijual dengan harga lebih murah dari normal price bergantung kepada condition barang.
BAGAIMANA UNTUK MEMBELI BARANG AS IS?
Ada as is yang masih dalam kotak & ada yang telah siap dipasang. Customer perlu bayar & boleh pinjam tools di kaunter customer service untuk dismantle.
Pihak IKEA juga ada menyediakan service penghantaran dgn charge bayaran delivery mengikut kawasan & sekiranya perlu charge 10% akan dikenakan untuk dismantle & lagi 10% untuk reassemble perabot.
PILIHAN LAIN UNTUK MILIKI BARANG AS IS?
Terdapat personal shopper yang akan iklankan barangan as-is termasuk perkhidmatan dismantle, penghantaran & pemasangansemula dengan kadar upah tertentu.
Follow Group di facebook
Dan bila join group di FB korang bolehla tahu apa stok barangan AS IS yang ada sebab ianya akan di UP oleh personal shopper ni. Takdelah kita hari-hari nak tunggu kat area as is tu. Tapi yang mana minat tu nak tunggu apa salahnya sebab harga berbaloi ko!!
Dan setelah saya menjadi pemerhati di group FB ni untuk beberapa lama, sebab bukan senang nak percaya personal shopper yang kita tidak pernah kenal dan bersua muka kan.
Ada je yang menipu, dan sebab itulah saya ambil masa duduk dalam group tu dan tengok perbualan diorang ni dan dari situ saya tahu siapa yang jujur dan tidak.
Deal dengan personal shopper
Dan setelah saya tahu PS mana yang cover area Shah Alam, barulah saya hubungi PS ni. Dan sudah 2 kali saya beli barang as is IKEA dengan PS. Contohnya ialah rak putih tu RM83 (harga asal RM119) dan karpet hitam putih RM50 (harga asal RM99). Tapi harga as is tu tak termasuk harga upah dan penghantaran oleh PS.
Kalau dah campur pun masih murah dari normal price. Ha itulah dia barangan as is IKEA yang saya pernah beli. Ikea dengan umah saya bukanlah jauh sangat tapi tau jela orang bekerja ni nak pergi pun masa cuti je.
Dah tu ramai orang, bila fikir nak angkut 5 orang anak ni memang tidaklah kan. Jadi saya pilih alternatif guna khidmat PS ajelah. Itulah seba sedikit pengalaman saya beli barang as is Ikea.
tq share info psl shopping barang AS IS ni…senang la guna PS kn..tkyah susah2 nk ke ikea tu
Selalunya barangan as is ni memang kena pilih betul2 kan…ada yang perlu direpair dan ada yang ok…
tak pernah lagi guna personal shopper ni.. kalau tinggal kat negeri lain boleh la shopping ikea lepas ni
Bagus ikea ni kan. Barang display pun dia jual semula
.
Pada harga diskaun
.
memang tak bazirkan apa apa pun
Menarik juga ya barang as is ni..sbb harganya lebih murah. suka sebenarnya dengan barangan ikea ni..tp tu la kalau nak g beli sendiri jauhlah..kena guna personal shopper jugak lah..
Belum pernah lagi beli barang Ike melalui cara ni…
Ni pun baru tahu… hehehe..
Terima kasih di atas perkongsian info..
kalau dpt as is yg ok, alhamdulillah ?.
aida x start lg berdeko dgn ikea.
but da start membeli, ajumohit.
PS aida ialah adik. dia dok kajang.
paksa dia gi beli kan ???.
Alhamdulillah suami kerja di Ikea, so kalau ada barangan As Is memang minta dia tengokkan dulu. Ada sekali tu peluang dapat katil yang memang cantik. Kotak dah koyak tapi isinya baru lagi, masih dalam plastik. So, dapat lah beli murah dengan harga diskaun dan harga staff. Sekarang dah tak kerja di Ikea memang susah sikit lah nak ke sana..hehe
personal shopper merupakan tend yang baru…
pasti ia memberi satu kelebihan dan kemudahan kepada mereka yang memerlukan
Kemas jer rumah Aju. Memang untung kalau dapat barang AS IN. Sebab murah.
Bagus pakai barang ikea ni. Dapat jimat banyak ruang dan eksperimen dengan ruang di rumah
wow.. cantiklah rumah kak…kemas je.. nak ambil gambar mestilah kena kemaskan. hehehe
Perabot IKEA memang rare. Kalau orang datang ke rumah mesti tanya, beli kat mana?
Design barang ikea memang lawa. Cuma tulah, rumah yang penuh budak kecik baru nak up
.
Kemas cam ne pun sepah semula
.
Haha
suka tengok barang Ikea..kemas tersusun je kalau di deco dengan baik..