Umum Pengalaman beli barangan as is @ display IKEA melalui Personal Shopper April 4, 2017

Spread the love

Ha siapa kat sini kaki deko-deko cer lambai sikit!! Nak share sikit deko barangan ikea kat rumah saya, takdelah cantik dan kemas mana, anak 5 orang macam nilah, pegang mana sempat je, baru nak kemas-kemas dah datang 2 hero tu sepahkan.

Baru nak pegang penyapu je hero tecit pulak nangis nak susu. Hmmm sabar jela, pelan-pelan niat dalam hati, aku nak kemas rumah kerana Allah Taala ?, dan janganlah stress bila tengok rumah bersepah. Anak dara 2 orang tu kan ada bolehla mintak tolong sikit-sikit mana yang boleh ?.

BACA [Cara beli barang di gudang IKEA]

Port ni saya suka 😉

Ha skodeng sikit ruangan dalam rumah ni, suami dan saya memang suka deko-deko, ala-ala tema suke ati kau lah. Takdelah hebat macam designer kat luar sana, sekadar rasa macam mata ni suka tengok, luas lapang senang anak-anak berlari sana sini, kira oklah sangat tu.

Anak-anak ramai tak payahla berangan nak letak bunga dan lapik meja atau table runner, datang si Dzar ditariknya mau meroyan kat situ huhuhu.

BACA [DIY Rak TV simple dari IKEA]

Saya suka hiasan dari IKEA, dan saya ada join beberapa group dekorasi IKEA di Facebook. Hmm suka sangat tengok hasil tangan rakan group Ikea tu, diorang deko rumah diorang simple but nice uols!!!

Rasa macam hmmm duduk rumah lagi baik dari keluar rumah. Haa kekdah dia!!!! Lepas tu saya suka deko yang tak sarat, sedap mata memandang.

BACA [IKEA Hanging wall cabinet]

Dan korang pernah dengar barangan As Is IKEA, atau barangan display untuk beberapa jangka masa dan pihak IKEA jual semula dengan harga sedikit murah dari harga biasa. Meh baca details terperinci kat bawah ni.

APA ITU IKEA AS – IS ITEM?

IKEA AS IS item adalah barangan ex-display, reject, dented, atau returned items dari store IKEA yang akan dijual di section khas dinamakan “AS IS”.

Kebanyakkan harga item dijual up to 70% off bergantung kepada keadaan kerosakan barang. Barang yang di beli tidak mempunyai warranty & tidak boleh di pulangkan.

DI MANA LOKASI AS IS? 

  • IKEA DAMANSARA – bahagian kiri sebelum cashier
  • IKEA CHERAS – bahagian kanan sebelum cashier

HARGA BARANGAN AS IS?

Barang akan dijual dengan harga lebih murah dari normal price bergantung kepada condition barang.

BAGAIMANA UNTUK MEMBELI BARANG AS IS?

Ada as is yang masih dalam kotak & ada yang telah siap dipasang. Customer perlu bayar & boleh pinjam tools di kaunter customer service untuk dismantle.

Pihak IKEA juga ada menyediakan service penghantaran dgn charge bayaran delivery mengikut kawasan & sekiranya perlu charge 10% akan dikenakan untuk dismantle & lagi 10% untuk reassemble perabot.

PILIHAN LAIN UNTUK MILIKI BARANG AS IS?

Terdapat personal shopper yang akan iklankan barangan as-is termasuk perkhidmatan dismantle, penghantaran & pemasangansemula dengan kadar upah tertentu.

Dan bila join group di FB korang bolehla tahu apa stok barangan AS IS yang ada sebab ianya akan di UP oleh personal shopper ni. Takdelah kita hari-hari nak tunggu kat area as is tu. Tapi yang mana minat tu nak tunggu apa salahnya sebab harga berbaloi ko!!

Dan setelah saya menjadi pemerhati di group FB ni untuk beberapa lama, sebab bukan senang nak percaya personal shopper yang kita tidak pernah kenal dan bersua muka kan.

Ada je yang menipu, dan sebab itulah saya ambil masa duduk dalam group tu dan tengok perbualan diorang ni dan dari situ saya tahu siapa yang jujur dan tidak.

Port buku dan beg sekolah anak-anak
Sticker produk As Is Ikea

Dan setelah saya tahu PS mana yang cover area Shah Alam, barulah saya hubungi PS ni. Dan sudah 2 kali saya beli barang as is IKEA dengan PS antaranya ialah rak putih tu RM83 (harga asal RM119) dan karpet hitam putih RM50 (harga asal RM99) tapi harga as is tu tak termasuk harga upah dan penghantaran oleh PS.

Kalau dah campur pun masih murah dari normal price. Ha itulah dia barangan as is IKEA yang saya pernah beli. Ikea dengan umah saya bukanlah jauh sangat tapi tau jela orang bekerja ni nak pergi pun masa cuti je.

Dah tu ramai orang, bila fikir nak angkut 5 orang anak ni memang tidaklah kan. Jadi saya pilih alternatif guna khidmat PS ajelah.


Spread the love

Tags : , , , , , , , , ,

15 Comments

  • mamatisya posted on April 4, 2017 at 11:06 am

    tq share info psl shopping barang AS IS ni…senang la guna PS kn..tkyah susah2 nk ke ikea tu
    mamatisya recently posted..FIL’s birthday @ Ibrahim’s Fatty Crab, AmpangMy Profile

    Reply
  • Suria Amanda posted on April 4, 2017 at 12:29 pm

    Selalunya barangan as is ni memang kena pilih betul2 kan…ada yang perlu direpair dan ada yang ok…
    Suria Amanda recently posted..Menu Weekend Dari Dapur Suria AmandaMy Profile

    Reply
  • nikkhazami posted on April 4, 2017 at 12:58 pm

    tak pernah lagi guna personal shopper ni.. kalau tinggal kat negeri lain boleh la shopping ikea lepas ni
    nikkhazami recently posted..Sinopsis SHH I Love You di Tv3My Profile

    Reply
  • Mazni Azmi & Keluarga posted on April 4, 2017 at 1:10 pm

    Bagus ikea ni kan. Barang display pun dia jual semula
    .
    Pada harga diskaun
    .
    memang tak bazirkan apa apa pun
    Mazni Azmi & Keluarga recently posted..12 Jenis Sakit Perut Semasa Mengandung & Cara AtasiMy Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on April 4, 2017 at 3:03 pm

    Menarik juga ya barang as is ni..sbb harganya lebih murah. suka sebenarnya dengan barangan ikea ni..tp tu la kalau nak g beli sendiri jauhlah..kena guna personal shopper jugak lah..
    Ibu Mifzal recently posted..Tonton HyppTV Daripada TMMy Profile

    Reply
  • Anuar posted on April 4, 2017 at 4:46 pm

    Belum pernah lagi beli barang Ike melalui cara ni…
    Ni pun baru tahu… hehehe..
    Terima kasih di atas perkongsian info..
    Anuar recently posted..Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapaiMy Profile

    Reply
  • adianiez AIDA posted on April 4, 2017 at 6:51 pm

    kalau dpt as is yg ok, alhamdulillah ?.
    aida x start lg berdeko dgn ikea.
    but da start membeli, ajumohit.
    PS aida ialah adik. dia dok kajang.
    paksa dia gi beli kan ???.

    Reply
  • Noriza Abdul Rahman posted on April 5, 2017 at 9:07 am

    Alhamdulillah suami kerja di Ikea, so kalau ada barangan As Is memang minta dia tengokkan dulu. Ada sekali tu peluang dapat katil yang memang cantik. Kotak dah koyak tapi isinya baru lagi, masih dalam plastik. So, dapat lah beli murah dengan harga diskaun dan harga staff. Sekarang dah tak kerja di Ikea memang susah sikit lah nak ke sana..hehe
    Noriza Abdul Rahman recently posted..Sertai Larian Hujung Minggu dengan 2 Anak Kecil, Memang Mencabar!My Profile

    Reply
  • Hero Borneo posted on April 6, 2017 at 6:52 am

    personal shopper merupakan tend yang baru…

    pasti ia memberi satu kelebihan dan kemudahan kepada mereka yang memerlukan
    Hero Borneo recently posted..Cara Dapat Wang Dengan Kuasa MindaMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on April 6, 2017 at 11:12 am

    Kemas jer rumah Aju. Memang untung kalau dapat barang AS IN. Sebab murah.
    Fiza Rahman recently posted..8 Tahun Dan Masih Bertahan!!!My Profile

    Reply
  • Mazniazmi ibubijak posted on April 6, 2017 at 11:26 am

    Bagus pakai barang ikea ni. Dapat jimat banyak ruang dan eksperimen dengan ruang di rumah
    Mazniazmi ibubijak recently posted..5 Cara Mengatasi Hemoglobin Rendah Ibu MengandungMy Profile

    Reply
  • Bahrain posted on April 6, 2017 at 11:40 pm

    wow.. cantiklah rumah kak…kemas je.. nak ambil gambar mestilah kena kemaskan. hehehe
    Bahrain recently posted..Review Movie The Baby Boss Yang ComelMy Profile

    Reply
  • Azwan posted on April 9, 2017 at 10:50 am

    Perabot IKEA memang rare. Kalau orang datang ke rumah mesti tanya, beli kat mana?
    Azwan recently posted..Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?My Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on April 14, 2017 at 5:43 am

    Design barang ikea memang lawa. Cuma tulah, rumah yang penuh budak kecik baru nak up
    .
    Kemas cam ne pun sepah semula
    .
    Haha
    Mama Hakim recently posted..Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017My Profile

    Reply
  • jida posted on April 14, 2017 at 2:55 pm

    suka tengok barang Ikea..kemas tersusun je kalau di deco dengan baik..
    jida recently posted..10 Tips Nak Perut Kempis Dan Kurus Sebelum RayaMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply to nikkhazami Cancel Reply

    CommentLuv badge