Resepi rendang ayam mudah dan sedap | Hai bersempena raya yang bakal menjelma makanya pelbagai menu rendang pun menjelma juga ๐. Eh rendang ni bukan untuk raya je tau, hari biasa pun boleh makan rendang apa.
Ok menu rendang sangat sinonim jika nak dimakan bersama nasi atau pulut tapi terpulang kepada anda ya. Hari ini saya nak kongsikan resepi rendang ayam yang mudah dan sedap.ย
Rendang ini sangat mudah untuk disediakan. Bahan-bahannya dikisar, dimasak, masukkan ayam dan siap!! Tak leceh malahan cepat sangat!! Saya faham ibu-ibu yang punya pelbagai kerja yang hendak disiapkan, makanya boleh cuba menu pantas ini.
Resepi rendang ayam mudah dan sedap

Resepi rendang ayam mudah dan sedap
Bahan-bahannya
- Ayam seekor – dipotong 12 bahagian
- Santan 1 – 1 1/2 kotak
- Kerisik
- Gula merah
- Garam
- Asam Keping
- Daun kunyit dihiris halus2
Bahan Kisar
- Cili kisar 4 – 5 sudu besar
- Bawang besar 4 biji
- Bawang putih 4 biji
- Serai 3 batang
- Halia 3 inci
- Kunyit 3 inci
- Lengkuas 3 inci
- Buah keras 3 biji
Rendang yang sudah pecah dan terbit minyak
-
Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar tadi, dikacau sehingga naik baunya.
-
Bila dah naik bau, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam tu nampak kecut dan pecah minyak. Dapat bayangkan ya bahan tadi tu menyerap dalam ayam.
-
Bila dah terbit minyak masukkan pula santan. Ha masak sehingga kuah nampak pekat. Petua nak rendang ni tahan lama adalah masak dengan api kecil dan sehingga ianya nampak pekat juga terbit minyaknya.
-
Setelah itu masukkan pula gula, garam, kerisik, asam keping. Emm secukup rasa ya, biar rasa masin, masam dan manisnya tu seia dan sekata.
-
Kemudian kacau dan masukkan pula daun kunyit yang telah dihiris halus, emm semerbak bau daun kunyit tu, wallahhh dah siapp!!!
Senang kan resepi rendang ayam mudah dan sedap ini? Saya memang suka masakan yang simple tapi sedap. Dapat makan dengan pulut kuning, rendang atau ketupat, emm lengkap dah hidangan.
Kalau dah cuba resepi ni bolehla komen di bawah ya. Selamat memasak dan menjamu selera bersama keluarga tercinta. Masak dari hati, masak dengan iman ๐.
sedap nyer!
memanb sedap, wajib cuba ๐
Salam Aju….bila dah merendg tu..blh lar plan masak pulut plk…sedapnyaaaa menyicah..hehe
masih pantang pulut lg kak, risau baby kembung sebab masih susu badan ๐
wah…pandai aju masak…nampak sedap…resipi pun simple..nnt oleh cuba ni..
masak untuk anak-anak, aju memang suka mencuba ainey ?
lama tak singgah blog aju…. miss u aju
rindu akak jugak, sangat2!!!
tetiba jadi rindu nak makan rendang
pandai masak aju, sedap. saya pun mmg gemarkan rendang. cuma kami selalu buat rendang daging
Memang ada amcam macam cara masak rendang.
.
Paling kami suka jenis rendang yang basah macam kat melaka tu
.
Pakai cili hidup
.
Memang pedas dan berempah
.
Sedap sangat
i ada buat rendang daging…hehehe tp x dan nak buat entry resepi…
Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..
Wah sedap nampak. Mama kurang pandai masak rendang lagi
.
Sebab kalau tak pandai jadi pabit
.
Tapi baca aju punya cam simple je
.
Nak cuba lagi lah ๐
Amboi Aju rajinnya masak rendang. Mujur mudah saja resipinya kan?
Ibu nak cubalah untuk anak anak dan suami
.
Tak berapa pandai lagi masak rendang
.
Sebab silap masak jadi pahit