5 Sebab kenapa saya memilih susu MOMMA® Pregolact™ | Setiap kali sesi mengepam susu, pasti saya akan tertanya-tanya berapa oz agaknya susu saya kali ni? Adakah kurang atau lebih dari sesi sebelumnya? Cukup tak agaknya nak menampung bekalan Ammar untuk dihantar kepada pengasuh nanti? Apakah milk booster yang saya perlu makan?
Setiap hari itulah soalan-soalan cepumas yang sentiasa berlegar kat fikiran ni. Nak tak nak memang kene fikir sebab kalau boleh azam untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu badan sehingga umurnya 2 tahun tercapai dengan jayanya. Ibu menyusu ni tak boleh stress, kalau stress mesti memberi kesan kepada penghasilan susu badan.
Susu badan merudum
Kalau diikutkan, susu badan saya menurun sedikit sejak 2 minggu mula bekerja selepas cuti bersalin. Mana taknya, badan mula nak membiasakan dengan rutin harian. bermula dari pagi bersiap ke tempat kerja sambil menyiapkan keperluan anak-anak dan terus ke tempat kerja.
Di pejabat menguruskan hal-hal berkaitan dan pulang kerja bila cukup masanya. Ambil anak dan pulang ke rumah dan menyambung rutin di rumah pula. Dan pastinya badan sedikit penat dan memberi kesan kepada penghasilan susu. Tapi yang pelik saya tak juga kurus malahan naik berat badan lagi adalah .
MILK BOOSTER DAN SUSU UNTUK IBU MENGANDUNG
Minumlah air 2 liter sehari, aah itulah amalan saya setiap hari sampai kembung dah perut ni. Selain tu saya tidak mengambil minuman sejuk atau ais batu, memang bagus dielakkan supaya takdelah baby kembung perut kan. Dan saya banyak makan sayur yang banyakkan susu sebagai milk booster contohnya pegaga, sawi, jantung pisang, peria dan lain-lain.
Saya belum pernah mengambil sebarang supplement setakat ni, kerana masih cuba menyesuaikan diri dengan makanan yang disebutkan tadi di samping berdoa semoga usaha saya dipermudahkan.
Berkenalan dengan MOMMA® Pregolact™
Siapa tak kenal produk susu bernutrisi milk booster dan juga susu untuk ibu mengandung MOMMA® Pregolact™ ni kan. Mulanya saya lihat iklan produk ni lalu lalang di facebook. Baca pula semua testimoni produk ni nampaknya sangat berkesan. Makanya saya pun ingin mencuba produk MOMMA® Pregolact™ ni sebagai milk booster.
Mana tahu boleh meningkatkan lagi penghasilan susu badan. Produk MOMMA® Pregolact™ ni mempunyai 2 perisa iaitu vanilla dan coklat, kerana sukakan rasa vanilla lalu saya memilih untuk mencubanya. Bahkan ianya tidak hanya milk booster untuk ibu menyusu badan malahan ianya juga susu untuk ibu mengandung.
5 sebab kenapa saya memilih MOMMA® Pregolact™
MOMMA® Pregolact™ diformulasi Activ-4 Plus™ yang mana ianya mengandungi DHA, Folic Acid, Calcium, rendah LEMAK dan tiada GULA. Ianya sesuai bertindak sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung untuk sentiasa kelihatan cantik, sihat, bertenaga, baik untuk perkembangan otak bayi dan meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan. Nah siapa yang taknak kelihatan cantik kan, wah pakejlah ni, selain bertindak sebagai milk booster ianya juga menaikkan seri wajah ibu-ibu.
5 sebab saya memilih produk milk booster dan susu untuk ibu mengandung MOMMA® Pregolact™ adalah kerana:-
1. Cantik
- Bahan kandungan di dalam MOMMA® Pregolact™ boleh menghalus, melicin dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2. Sihat
- Kesihatan yang baik dan merawat stress.
3. Bertenaga
- Susu untuk ibu mengandung – Tenaga ekspres buat ibu-ibu yang sering keletihan, lebih-lebih lagi ibu yang sedang mengandung.
4. Bijak
- EPA & DHA dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.
5. Milk Booster
- Melancarkan saluran susu, meningkatkan pengeluaran serta kepekatan susu badan bagi ibu yang mempunyai masalah susu kurang.
Kelebihan jika anda memilih MOMMA® Pregolact™ sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung
MOMMA® Pregolact™ kini diformulasikan advanced formula:-
- PureMilk™
- Tiada gula
- Tiada krimer
- Rendah lemak
- Bahan-bahan semulajadi
- Penggunaan untuk 30 kali (1 bulan)
Bahan kandungan di dalam MOMMA® Pregolact™ selamat untuk diminum?
12 Bahan Penuh Nutrisi yg terdapat dalam MOMMA® Pregolact™ sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung:
- Omega 3
- Zaitun
- Kismis
- Delima
- Buah Tin
- Habatus Sauda
- Susu Kambing
- Kurma
- Madu
- Safron
- Inulin (Prebiotic)
- Perisa: Vanilla Bliss / Coklat
Jadi jangan bimbang dan gusar kerana MOMMA® Pregolact™ diformulasi menggunakan 100% bahan-bahan SEMULAJADI dan mendapat KELULUSAN KKM serta HALAL JAKIM. Sekali imbas dah nampak kandungan susu ini penuh dengan milk booster dan juga susu untuk ibu mengandung.
Cara membancuh MOMMA® Pregolact™
Bancuh 4 sudu susu bersama 150ml air suam, sekali sehari. Pengambilan MOMMA® Pregolact™ sebanyak sekali sehari, pada waktu pagi atau malam sebelum tidur dapat merangsang dan meningkatkan pengeluaran susu badan di samping memberi tenaga tambahan kepada para ibu yang kepenatan dengan tugasan seharian. Ibu mengandung memang sesuai mengambilnya kerana perlukan lebih tenaga dan sihat.
TESTIMONI PENGGUNA
Seronok apabila mencubanya dan mendapat hasil yang baik dan positif. Bukan saya sahaja yang memberi maklumbalas macam ni, malahan mereka ini juga turut berkongsi pengalaman menggunakan produk milk booster dan susu untuk ibu mengandung MOMMA® Pregolact™.
Alhamdulillah saya berdoa semoga usaha ibu-ibu sentiasa dipermudahkan. Sekarang dah tahulah 5 sebab kenapa saya pilih susu apa yang sesuai untuk milk booster dan susu untuk ibu mengandung kan? Untuk anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai MOMMA® Pregolact™ boleh layari facebook dan website MOMMA®:
Facebook: www.facebook.com/momma.nutrition
Website: http://shop.momma-nutrition.com/
Atau terus ke kedai beralamat:
MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962
Google Map / Waze: Momma Club
Untuk testimonial boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA
Baru tahu ada susu untuk milk booster ni..
Selama ni tak pernah ambil tahu.. sebab wife tak minum susu…
mesti sedap ni
Alhamdulillah, semoga Aju akan terus dapat menyusukan baby sehingga cukup umurnya
oo…bagusnya..seorang ibu mmg risau kalau bekalan susu utk baby kurang..tambah2 ibu berkerjaya…moga banyak rezeki susu untuk ammar..
Ouh menarik. Mesti sedap. Semoga Aju dapat menyusukan bayi dengan jayanya.
Produk ni pun keluaran orang islam
.
Cuma harapnya tak delah lepas ni keluar berita kata yang tak sedap di dengar
.
Pelanggan mesti jaga
Susu Momma memang pernah dengar. Tak pernah cuba lagi.
.
Satu hari nanti
Wahhh.. comelnya pam spectra sekarang ni. Dulu bulky sangat.
Brand baru ke niie?
Wah tak yah rusing-rusing la pas ni ya.. boleh simpan dan membekal susu yang secukupnya.. hati pun seronok.. haha
Ibu pernah dengar susu Momma ni. Produk orang islam
Pengasasnya wanita
Mula meniaga dari FB saja
Salam Puan,
Saya dari syarikat MOMMA.
Mohon kerjasama untuk menurunkan gambar label packaging kami dari post ini, kerana ada pihak tidak bertanggungjawab telah mengambil gambar ini dan menggunakan semula labeling produk MOMMA untuk produk mereka.
Gambar yang terlibat >>
https://i2.wp.com/www.ajumohit.com/wp-content/uploads/2017/04/img_3579.png
Terima kasih.
ok saya dah amend ancik
Salam Puan,
Kami masih dapat melihat gambar tersebut sekiranya kami klik pada link di atas.
Mohon puan delete dari dalam storage media juga selain menurunkan gambar ini di post puan.
Terima kasih