Hallooo!!!
Best friend forever!!!
Kalau dah orang Shah Alam bertemu ofismate kat KL Sentral, memang memasing ketawa tak hengat dunia. Merekalah kawan sejati sejak saya mula bekerja di sini dari tahun 2008. Teman study, ketawa, menangis, gosip, mengadu, mengata hahaha. Sangat memahami dan bertolak ansur dalam apa jua keadaan. Sorang cool, lawak, garang, ayu, penyabar semua karakter pun ada, macam orang kata “compliment each other”. Ana, Roz, Intan, Diana dan Ju, hmmm inilah dia geng “Vouge The Vast”. Nama tu suka-suka je letak sebab memang ada rasa sikitla vouge kat kami ni hahahha.
Baca saat ni —> Perpisahan kami geng KL dan Selangor
Teringat masa saya dan Roz dah berpindah ke cawangan Shah Alam tahun lepas, itulah saat paling menyedihkan, nak berpisah dengan kawan-kawan. Bila sudah terbiasa buat semuanya bersama, makan, kerja, solat, belajar, even tidur pun sama contohnya waktu rehat time bulan puasa haha. Dan akan jadi sunyi dan rindu bila diorang takde. Selalu terfikir macamanalah nak mulakan hidup di ofis cawangan baru tu nanti ya?. Tapi kata orang jarak tu tak memisahkan kami sebab kita masih ada whatsapp kan, kat situ yang jauh pun rasa dekat je, macam nak tampor pipi sensorang.
Walaupun jauh pun kitorang masih berjumpa waktu meeting bulanan, masa aktiviti kat HQ, retreat, kursus, kelas itu ini. Hmm seronok!!! Kami ni kalau dah berjumpa satu kepala ni tak sah kalau tak bergelak gempita bersama-sama. Rasa lepas rindu kat diorang semua.
4Fingers Crispy Chicken, Nu Sentral
Dan di kesempatan berjumpa ni, depa geng KL ni bawak geng Shah Alam ni makan kat 4Fingers Crispy Chicken, Nu Sentral. Jalan kaki dah sampai, tak sempat nak berpeluh ketiak. Syoknya opis dekat dengan shopping mall, pakat nyopping jela tetiap bulan ;).
First time makan 4Fingers Crispy Chicken, wow!! itu yang terkeluar dari mulut saya, SEDAPNYA!!! Diorang order Kimchi flavour dan ayam tu rasa crunchy dan crispy yummeyyy sampai menjilat jemari!! Emmm kami order bahagian kepak dan peha. Jangan tak caya 6 ketul saya makan sorang itupun masih berlebih dan dah tak larat nak makan lagi. Orang memang sentiasa full kat sini, kalau waktu lunch tu kene beraturla tunggu seat kosong. But no worries sebab nak tunggu pun tak lama mana, asalkan korang sabor sikit le ;).
Inilah dia kengkawan dunia akhirat saya. Seronok tak terhingga kalau berjumpa. Mak-mak orang dah diorang ni semua, kotla ada yang nak berkenalan ke kan hahaha maafla kuota dah penuh daaa. Ada yang anak 1, 2, 3, 4 dan saya masih lagi juara anak ramai muahahaha.
Menarik nmpknye kepak ayam tu
Bestkan kalau dapat kerja di syarikat yang sama.. Walaupun dah berpindah, ada peluang untuk brjumpa semula..
hot mama semua nih.. perghh susah cari ayam kepak macam tuh
seronok jumpa kawan-kawan..menu makan pun sgt menyelerakan..
Mama selalu lalu klsentral balik kerja tiap hari
Tak pula tahu ada restoran ayam ayaman 4 jari ayam ni
Nanti mama nak ajak abang sekali lah
Hantu ayam tu
Sebelah opis SA je haaa…tp tu la x pernah lagi makan kat sini