Alohaaa!!!
Sambungan entri Berjimba di 4Fingers aritu, korang dah baca ke belum? Kalau belum sila pergi baca, bukan apa nanti tak dapat mood seterusnya hahaha.
Baca [Makan-makan di 4Fingers, Nu Sentral]
Lepas makan, perut kenyang, saya dan Roz nak beli something kat C&K sebelah je dengan 4Fingers ni. Roz memang hantu C&K, cer tengok muka dia ada rupa hantu skit kan hahaha. Hantu shopping je bukan hantu mengilai tu itu saya pun takut weii choyyy!!! Kita cerita ni macam korang tau je mana satu empunya badan bernama Roz ni kan, takpe baca entri atas tu nanti korang tau nama diorang ni ;). Banyak dah koleksi si Roz ni dengan si C&K ni baik handbag dan juga high heels, tengoklah gaya dia pun ala Datin wannabe kan? haha. Oklah tu mana tahu berkat doa kami, betul-betul jadi datin nanti kan. Dan saya pula bukanlah nak survey dua benda tu tapi just cari purse yang boleh isi duit dan handphone.
Ini memang tempat feveret kitaorang, bila datang ke Nu Sentral memang tak sah kalau tak menyinggah ke Charles and Keith. Demi mengikut kehendak Datin wannabe, apa saja untukmu tin. Tak dapat beli barang pun takpe janji dapat cuci mata ;). Perempuan ni memang sinonim dengan cuci mata, selain dapat tau trend terkini dapat juga release stress. Terapi minda kan, eh samalah juga kalau stress kat rumah, membebel dengan anak-anak dan suami (kekadang kikiki), dan bila suami tanya, jom kita pergi jalan nak? Terus menyeringai je senyum sampai ke telinga.
Tak dapat beli apapun takpe janji dapat keluar dan jenjalan. Senang je nak jaga hati perempuan ni, tak susah pun janji fahamla kehendak diorang ni. Tak dapat beg mahal pun takpe, janji dapat gelang seutas pun jadikla muahahaha. Takdelah gurau je, Hmm gaya macam membebel sambil meluah perasaan kat blog pulak hahaha.
Ha kalau dah duduk depan cermin besar, macam tulah gaya sensorang. Tak boleh blah betul bila semua dah berkumpul, keluarlah perangai tak semenggah memasing. Itulah yang seronoknya bila dah bersama dengan diorang ni. Ketawa aje sepanjang masa, sebab tu nampak muda je kami ni, ha petua tu tau, jadi silalah senyum dan ketawa selalu. Tapi jangan ketawa sensorang nanti orang suspek kita giler pulak.
Harga kat C&K ni bolehla kata mampu milik kalau nak banding dengan jenama yang lain. Warna, design dan pilihan yang ada ni mengikut season, lain season lainlah design diorang. Ha antara banyak-banyak purse yang ini recommended by my friend, Suhana. Boleh kata citarasa kami ni lebih kurang sama. Tq sebab suggest kan ya, rambang mata kak Jemah sebab banyak sangat sampai tak tau nak pilih yang mana. Selain boleh jadi purse, dia boleh transform jadi sling bag. Ha 2 dalam 1 weh!! Harga RM179.90 dan semua purse pun sama je harganya. Uiishhh cecantik semuanya ;). So itulah dia purse pilihan hati, moga murah rezeki lagi dan lagiiii ;).
cantik tu
cantik lah !
okeh.
tempat ni bahaya untuk bini gua.
Wow… Bestnya cuci mata…
Boleh beli purse raya ni… ๐
Ini segmen tajaan charles and keith ke aju
bukan main lagi semua mama posing dengan koleksi tu
Haha
Alah murahnya kalau dapat rege tu, dah lama juga tak membeli handbag ni