Inilah bilik kami menginap di Bukit Gambang Resort City. Besar dan selesa untuk kami 7 beranak. Dapat 2 katil queen dan 1 extra bed. Keluarga besar elokla bilik pun besar. Takdelah masing-masing tidur duduk pula nanti kan. Walau bilik ni takde bath tub, ia tak menjadi masalah buat anak-anak yang sentiasa mencari menatang bath tub ni kalau tidur hotel. Kalau menatang ni takde, dapat mandi pool pun syukur sangatla diorang .
Saya bawa iron dari rumah, rupanya kat sini disediakan kemudahan ni. Tapi iron diorang ni karat, masa tengah iron baju, karat tu boleh melekat kat baju phuii!! Nasib baik bawa iron sendiri, berbaloilah suami menggalas beg berisi iron ni dari kereta ke bilik haha. Alah iron kecik je, walau kecik tapi berguna bak ang!!! Dia tak tahu tu, agaknya kalau tau mau bising gaknya lepas tu tanya kenapa tak bawah lesung batu sekali?? hihi.
Sabtu, 29 April 2017
Sepanjang percutian ni, bayi Ammar tidak meragam nampaknya, senang saya handle budak ni. Asal minum susu je tidur, asal tidur je bangun minum susu. Itulah doa saya masa mengandungkan anak-anak, biarlah elok budi pekerti, amalkan baca Surah Yusuf dan Mariam insha allah Allah permudahkan.
Penat berjalan di Bukit Gambang Safari Park tidak menghalang bebudak ni mandi pool kat hotel ni. Wahh lompat bintang, kuak menelentang semua ada. Ko bila ada anak kecik tak payahla harap nak buat semua aksi tu, aksi saya hanyalah menyusukan Ammar, dodoi dan pangku tidur. Kalau orang perhati saya 2/3 kali itulah aksinya dari awal sampai abis . Nak buat camne, anak kecik itulah pengorbanannya, takpe bila diorang dah besar bolehla nak kuak macamana pun, tapi itupun kalau takde baby lagilah haha.
Ahad, 30 April 2017
Hari Sabtu kami masuk Bukit Gambang Safari Park dan pada hari Ahad pula kami check in ke Bukit Gambang Waterpark!! Wahh ini yang bebudak ni tunggu-tunggu. Ha bila dah masuk ni bertebaranlah semuanya ikut abah diorang. Saya? Lepak kat pondok ni sambil jaga baby ammar lah. Seronok tengok diorang happy macam ni, mainlah puas-puas nanti dah balik rumah bila lagilah nak dapat peluang macam ni.
Di sini menggunakan sistem E-Value yang mana duit tunai tidak diterima untuk membeli makanan dan minuman. Jadi masa masuk tu silalah topup e-value siap-siap, untuk beli kat kedai-kedai di dalam tu nanti, dan kalau kata masih ada baki lagi semasa kita check out, ianya akan dipulangkan di kaunter luar.
Dan pelampung tu semestinya sewa ya, harga pula berbeza mengikut saiz. Dan pondok yang saya duduk ni sewanya adalah RM60, tak kira apapun, semuanya kene bayar deposit. Hmm duit dah macam air theme park tu juga mencurah keluarnya 😂.
Setelah berpenat lelah mandi manda, akhirnya jam 2 petang kami beransur pulang ke hotel. Hmm letihnya, dan bebudak ni masuk kereta je dah tidur semuanya. Syabas betta, kita get ready untuk dinner malam nanti pula ya.
Bdk2 Kalo p bercuti yg depa tau ada pool and bathtub.. Cuaca panas skarang dpt berendam syok la
Erk… Lebih kurang sama jer dengan bilik yang saya duduk tempoh hari… Tapi bilik ni besar sikit kot…
Wahhh.. pondok pon kena sewa ek.
huhuuu…
pernah sampai sini dulu masa belum kahwin
.
Ada company trip
.
Ok juga tempat ni
tak pernah pegi lagi sini walaupun pernah keje kt pahang dulu..mungkin ada rezeki lain kali
Anak-anak kalau dah nampak air memang tak hengat dunia lain dah..haha
Haha.. Memang seronok la diorang dapat main air.. Saya baru sekali ke sini.. memang best…