Jalan-jalan survey sofa baru | Ingat lagi masa baru abis pantang aritu, suami tanya jom kita pergi survey sofa baru nak? Melompat saya keseronokan yahooo!!! bolehla pergi jenjalan walaupun kedai perabot tu 3km je dari rumah .
Jom survey sofa baru
Yela bosan kot duduk rumah aje, sesekali dapat keluar memang thorbaik!!! Hari ke 45 selepas pantang tu terus cuci mata survey sofa baru, nak tau juga macamanalah rupa design sofa terkini ni.
Sofa yang ada sekarang ni dah koyak-koyak, sudah 4 tahun pun umurnya tu. Helok sangatla nak tukar sofa baru, yang lama tu kononnya salesman tu kata leather. Padahal leather campuran kot sebab kalau original takdelah macam tu keadaannya.
Caj tukar spring sofa
Anak tengah membesar, dia punya lasak buat lompat-lompat aje atas sofa. Urut dada je ibu tengok kelasakan diorang berjemaah . Sofa lama ni spring nya dah terasa kat bontot kalau duduk dan baring kat situ, kematu je badan ni.
2 tahun lepas kami tukar spring kenelah caj RM200 untuk sofa 3 seater, lani dah koyak nak tukar badan dia pun sama harga macam beli sofa baru. Jadi baikla beli yang baru .
FELLA DESIGN

Saya suka macam ni sebab kaki dia tinggi senang nak mop dan vakum bawah lantai tu. Tapi fikir bila kusyen tu semua kene lanyak, hmm memang jenuhla nak jaga kan

Yang ni cantik tapi warna tu cepat kotor, kalau nak tukar warna dia kene tambah lagi RM400, phewww reject
Kalau diikutkan saya nak cari sofa yang materialnya dari fabrik. Ni semua pengaruh iklan kedai perabot kat Facebook. Hmm sekarang ni serba serbi online je, yang duduk rumah tu ingat jimat duit ke? Lagi teruk shopping dari yang bekerja .
Contohnya perabot kat atas ni, saya suka tengok design sofa dan kaki kayu yang nampak moden kontemporari sangat. Tapi suami pulak berbeza pendapat, katanya baik beli yang leather sebab anak-anak tengah lasak ni mesti diorang suka tumpahkan makanan.
Kalau leather senang nak lap dan dibersihkan. Setuju juga tu sebab betullah apa yang husband cakap. Jenuh nak cuci kalau pakai sofa material kain macam ni.
KEDAI PERABOT U3, SHAH ALAM

ini pun cantik tapi suami kata nanti kaki dia cepat patah sebab anak-anak suka melompat kat sofa, huhu reject jugak
Takpela cakap suami tu ada betulnya, nanti dah comot saya juga yang bising. Jadi nak berkat hidup tak??? nak takk??? Jadi dengarlah cakap suami ya, hehe saya redha.
Ha kami ada jugak survey kat Fella Design, diorang banyak sofa material fabrik, design tu cantik dah tapi nak maintain tulah malas. Lepas tu guna bantal-bantal besar macam tu, bebudak ni dapat bantal tu buat kuda je . So takmolah design macam tu, jadi cari aje yang ala-ala kat bawah ni.
Salesman tu kata ini pure leather, dan dia siap demo macamana kalau beza yang leather dan bukan leather. Tapi saya rasa ini pun bukan 100 peratus leather kan, sebab kalau purely leather harganya mesti mahal berganda. Takpelah janji selesa dan senang nak jaga sudahla.
So kami pilih design macam yang atas ni dan tukar warna kepada hitam dan merah. Harga dia? Yang ni special sikit sebab saya tak pernah jumpa kombinasi 3+1+1, sebab impian saya nak wing chair tapi tak dapat. Makanya jadilah dapat design yang macam ni.
Jadi kami pilih warna hitam merah untuk ikut tema warna rumah. Ok yang ni lebih kurang RM4K harga dia, dan masa yang di ambil adalah 2 minggu untuk diorang siapkan di kilang dan hantar ke rumah. Hmm inilah dia idaman hati, oklah syukurrr dah dapat apa yang dihajatkan ;).
Lepas ni tunggu lagi 5 tahun baru kita survey sofa baru ya.
Ni kira beli sofa raya terus lah ni yer..
Tahniah…
haha sudah rasmi dah sofa
Custom made ya aju. Boleh tempah ikut warna pilihan kita, dah macam jadi dropship untuk perabot pula kan
haha aah banyak pilihan warna
Alaaa bestnya jalan2 beli sofa…bila la SA nak pi beli sofa ni..future husband pun x cakap apa lagi…rumah nak siap dah
surprise tu SA ๐
wah cantiknya..sofa baru..boleh buat raya terus tu..suka warnanya hitam merah..nmpk menawan..
tq ainey pilihan suami
Nampaknya ada orang beli sofa raya aeal tahun ni
Sempat anak dah buah tidur lagi
Hihi
haha awal shoppingnya
Wah-wah-wah… lena tu dapat tido sofa baru.. haha.. nampak memang tahan lasak je…
itulah moga tahan lamala hendaknya
wah, memang rambang mata dibuatnya kan…yg penting selesa…dan kena dengan dompet hehe
ya sis klu ikut nk yg retro tu tapi x approve
Putih mata nak pilih sofa baru tu nampaknya
rambang mata la hihi
Maznee ni ada 2 anak lelaki yang sangat aktif. Tak berani lagi nak pakai sofa. Menangis tak berlagu gamaknya
itulah anak saya pun lasak tu yang pilih set ni
cantiknya sofa.
Boleh pakai raya terus ni.
tq sis, untuk raya dan seterusnya ๐
Senangnya, bisalah coba sofa raya besok nih#eh, #hahaha salam kenal, salam blogwalking
Sakan Aju beli sofa, merangkap sofa raya lah yer?
cantik yang warna gray tu
bestnya shopping sofa baru. betul tu bila ada anak kecik dan lasak memang kena ambil kira perangai anak2. hahah
Best juga jalan-jalan tengok sofa.. Banyak sofa menarik, susah nak pilih.. tapi pilihan sofa awak memang cantik dan sesuai dengan anak-anak yang masih kecil ๐
wah..best juga kalau ada sofar yang baru masa raya nanti
woww cantik2.. harga boleh tahan.. telan air liur kejap hahahah
Nak cari sofa faktor utama mesti kita fikirkan anak anak. Anak anak tengabh membesar faham faham sajalah kan.
Mmg cantiklah.. pandai pilih sofa best