Happy 13th Anniversary to us

Alhamdulillah.

13 tahun dah rupanya.

Alhamdulillah.

13 tahun yang indah

Pejam celik pejam celik, bila dicongak rupanya sudahpun 13 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Rasa macam baru je kami kahwin hahahah hakk. Itulah kawan suka duka, sakit pening akhirnya membawa ke muntah-muntah hahahaha.

Gaduh-gaduh tapi akhirnya kawan semula. Dialah lelaki yang saya kenal 22 tahun lepas sejak sekolah rendah dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Alhamdulillah dia yang terbaik Allah datangkan kepada saya.

Kek coklat moist, ya allah sedapnya, tq bang, tapi bahaya makan selalu mau potong kaki dibuatnya 😉

Orang tanya dah 13 tahun kak? Aah dik, kejap je rasanya dah pun 5 orang anak kami. Bukan senang nak mengharungi bahtera yang penuh pancaroba tapi insha allah ianya mudah jika kita sesama pasangan saling mempercayai dan membantu pasangan dan menjaga hati pasangan kita.

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk dijadikan idola dan contoh sebab kekadang tu ada je cabaran yang mendatangi dan syukur suami ni jenis nyabor dengan bininya. Sangat positif dan sangat-sangat penyabar.

Adik Ammar doakan ibu dan abah bahagia ke akhir hayat, dengan ucapan, adik takmo adik tau!! Gagagagaa

Hadiah anniversary?

Kami bukanlah pasangan romantik, tapi insha allah akan saling mengingati tarikh-tarikh istimewa ini. Semalam takde candle light dinner tapi masa tengah sibuk memasak ayam lemak cili api untuk berbuka, suami datang dan kata amboi khusyuknya masak sampai tak sedar Najiha simpan kek dalam peti. Yeke bang?? Alololo suwit laki den ni, jadi penat-penat masak tu semua dah hilang sebab seronok ada kejutan kek tu ;).

Barulah terasa diri ini amat berharga hahha. Macam ni barulah semangat nak jaga anak-anak, buat kerja rumah dan seangkatannya. Apa hadiah tahun ni?

Tak pernah mengharap nak dapat hadiah, as long as we are still together dengan anak-anak yang menceriakan ini pun sudah kira hadiah terbaik buat saya. Si kecil ini kira hadiah gakla ni, budak masham ni sangat mudah dijaga, TQ Allah, kurniakan terbaik buat kami :). Dan rasanya kilang pun bolehla nak diisytihar di tutup.

BACA  Dapur tema hitam merah memang menawan

Doa saya agar perkahwinan kami akan kekal bahagia ke akhir hayat. Moga dipanjangkan lagi usia kami untuk sentiasa mengingati hari-hari dan tarikh bahagia sebegini, ameen.

11 thoughts on “Happy 13th Anniversary to us”

  1. Masyaaallah

    Dari sekolah rendah

    Tak lambat rasanya saya doakan

    Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma

    Wa jama a baina kuma fi khair

    Mama ucapkan semoga bahagia rumahtangga kalian

    Amin

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: