
25/7/2015 lahirnya budak comel ini kedunia. Menceriakan hari ibu abah setelah 5 tahun menanti kehadiran bayi comel. Semoga Dzar Harith sihat sentiasa dan Berjaya dalam lapangan yang diceburi.
Alhamdulillah anak ibu dah beshar!! Dzar Harith dah 2 tahunlah hari semalam!!! Ibu ramai anak lupa nak wish awak pagi tu. Ibu dan abah kekadang sampai tak ingat tarikh birthday bila dah tiba harinya, sebelum tu bukan main menghafal lagi tarikh istimewa semua orang dalam rumah ni ;). Sedangkan nama pun kengkadang tersyasyul-syasul inikan pula tarikh keramat ye dak? Kakakakaka
Dzar dapat adik waktu umurnya setahun enam bulan, belum puas nak manja dengan ibu, Dzar dah berkongsi kasih dengan adik Ammar kan. Waktu tu perasaan sayu Allah saja yang tahu. Yang setiap malam tidur atas lengan ibu, tidur dalam pelukan ibu, sentiasa di riba ibu, tiba-tiba terpaksa menjauhkan diri bila ibu dengan baby baru.
Bergenang pulak airmata ni mengenangkannya. Maafkan ibu terpaksa bercerai susu masa umur Dzar 9 bulan. Maafkan ibu andai ibu menafikan hakmu, selagi nyawa dikandung badan ibu akan sentiasa membahagiakan semua insan kesayangan di sekeliling ibu. Ibu sayang korang semua, permata dan nyawa ibu abah dunia akhirat.
Alhamdulillah anak-anak saya memang semua jenis cepat bercakap. Dzar pun dah boleh kira 1 sampai 10, one until 10, kita baru eight dia dah nine tennnnnn!!! Sembilan sepuluhhhhhhh!!! Kuat suaranya dan lepas tu gelak puashati dapat semua orang gembira tengak dia pandai kira kan!!!
Kalau dah pandai bercakap, kakak dan abangnya akan terkejut kalau tengok vocabulary si Dzar semakin hari semakin baik. Sebab tu saya pantang betul kalau kakak dan abang cakap benda tak elok, nanti cepat aje adiknya ikut. Setakat hari ini Alhamdulillah belum lagi sebut benda bukan-bukan, tapi kalau bab bergomol dengan abang Adam nombor satu.
Nanti mulalah dia sebut, abah!!! adammm!! Kengkonon abang Adam sokmo buli dialah, hmm pandai sungguh mengadu ;).

Gambar throwback dari baby sampailah umurnya setahun lebih. Ceria she Dzar ni, comel pulak tu, tengokla ibu dan abah dia kan hahaha
Kita throwback sikit gambar dari dia baby lagi ya. Antara ramai-ramai dia inilah yang paling putih ikut kulit ibu dia haha. Adalah juga pewaris ibu kan, yang lain semuanya manis belaka macam abahnya.
Selamat harilahir Dzar Harith.. baguslah dia ada kawan dah xdelah dia boring ye. semoga jadi anak soleh ye