Krim telon bayi Comelote melegakan kembung dan selsema | Ha ini cerita mak-mak, tapi yang belum jadi mak tu janganlah tak baca ya, ini tips juga untuk anak buah atau untuk masa depan korang hahaha gitteww!!!
Wajib ada di rumah
Saya nak tanya satu soalan, baby korang pakai minyak atau krim apa ya sekarang? Yang pasti dalam beg baby saya memang wajib ada krim telon untuk digunakan selepas mereka menukar lampin atau mandi.
Memang sejak anak pertama sehinggalah anak ke 5 ni, dah tau dah apa keperluan anak-anak dari mereka lahir sehinggalah membesar. Dan sekarang ini saya menggunakan krim telon bayi Comelote.
Ianya juga boleh melegakan kembung dan selsema. Hmmm tiada lagi rengekan dan tangisan si bayi.
Memang betul kalau bayi kembung perut, selsema atau demam, mereka akan merengek dan menangis sehingga kita pun panik tak tahu macamana nak pujuk. Tapi jika kita tahu caranya, Insha Allah memang tiada lagi masalah tersebut.
Ok sebut tentang krim telon bayi Comelote, apa yang bestnya produk ni ya? Jom saya kongsikan info tentangnya.
Bahan-bahan yang digunakan
Ia diadun daripada minyak kelapa dara iaitu virgin coconut oil (VCO) sebagai bahan utamanya. VCO yang terkandung di dalam krim telon bayi Comelote ini adalah 100% organik dan ia diperah secara cold pressed.
Di samping itu juga, ia mengandungi bahan – bahan lain seperti minyak kayu putih (eucalyptus) dan herba-herba terpilih daripada hutan hujan tropika. Ianya diadun sekali dan terbukti untuk melegakan masalah bayi terutamanya kembung perut, selsema dan juga batuk.
Kebaikan krim telon bayi Comelote
Seperti sedia maklum, VCO sangat baik untuk kulit bayi sedari berusia sehari. Oleh itu, ianya sesuai digunakan untuk bayi supaya sentiasa rasa tenang sepanjang hari.
Krim ini bukan sahaja sesuai untuk bayi, tapi juga sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan pelbagai peringkat umur.
Boleh juga dijadikan sebagai krim untuk urutan/ massage bayi selepas mandi. Lakukan urutan di keseluruhan tubuh bayi dari ubun-ubun hinggalah ke telapak kaki. Sememangnya urutan sangat baik pada bayi kan?
Selain itu, ianya juga sesuai untuk legakan eczema dan rashes dengan cara picitkan krim di jari dan sapukan nipis pada kulit bayi. Emmm dan bila dah sapu dapat rasakan baunya yang sangat menyegarkan ;).
Dijamin Halal
Sebelum saya menggunakan satu-satu produk, sudah semestinya saya akan check status kehalalannya. Dan Alhamdulillah produk krim Comelote ini sememangnya halal dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu.
Wajib bagi kita mencari produk yang halal dan tidak meragukan kan. Bukan apa, ianya hendak digunakan pada kulit bayi dan kanak-kanak makanya kandungan produk itu juga mestilah sesuai dan baik untuk mereka. Dan anda tidak perlu risau tentang status halal krim telon bayi Comelote ini ya ;).
Senang dibawa kemana-mana
Pada saya produk krim telon Comelote ini sangat praktikal kerana saiznya yang kecil dan sesuai untuk dibawa kemana-mana sahaja. Baik sesuai diletakkan dan beg bayi mahupun handbag, sebab kita yang dewasa ini pun boleh menggunakannya jika pening kepala atau lenguh-lenguh badan.
Mengandungi 50 gm/ tiub dan harganya hanyalah RM39.90 (WM) dan RM44.90 (EM) sahaja. Berbaloi dengan harga dan keberkesanannya. Lagi satu, penutupnya memang attach dengan tiub ni makanya takdelah masalah penutup hilang atau terlupa penutupnya letak di mana ;).
Kita mak-mak memang nak cepat dan pantas buat kerja, jadi dengan krim telon ini mudah sahaja kerja korang untuk uruskan bayi ;).
Testimoni Pengguna
Melihat kepada testimoni pengguna, saya yakin ramai yang ingin mencubanya kan. Siapa yang sudah mencubanya pasti tidak akan menyesal dan akan mencadangkan kepada parents lain.
Kepada anda yang sedang mengandung atau mempunyai anak kecil, milikilah krim telon Comelote ini untuk rasai keberkesanannya. Dah cuba baru tahu ;).
Untuk info lebih lanjut anda boleh klik link di bawah dan buat pesanan anda sekarang :-
Packaging dia sgt user friendly kan.. so senaang di bawa dan tadelah comot2
Baru first time tahu tentang krim telon Comelote ni…
Sebelum ni biasa guna minyak telon sahaja untuk anak2 saya… sekarang anak2 pun dah semakin membesar… dah tak pakai minyak telon lagi..
Walaubagaimanapun, terima kasih di atas perkongsian info..
Nama krim ni memang senang ingat
Macam itik gembo gembo
Mazni dah lama tak pakai minyak telon ni
Sebab anak pun dah besar besar
Alhamdulillah demam sikit sikit saja
Mudah untuk dibawa ke mana-mana…
Ibu memang stand by minyak telon dalam beg ke mana mana pergi
Anak kecil kecil lagi kan
Hah jumpa pun. Lupa apa nama brand krim ni, nasib baik awak post. Terima kasih
comel packaging dia
Cute packaging dia. 1st time dengar product ni.
Nak try jugak nanti 🙂
Bagus juga nampaknya ni, insyaAllah nanti nak beli juga untuk kegunaan baby nanti
Nanti saya nak cari untuk baby Adhwa la