Majlis aqiqah dan kenduri kahwin di bulan Syawal | Wah seronok ternak lemak nampak?? hahaha normallah tu bila puasa dapatlah kurus kejap, bila datang je Syawal dalam 2/3 hari dah kembali ke berat azali ;). Hmm malas nak fikir tu semua, janji kita happy kakakkaa!!!
Apa yang best dalam bulan raya ni adalah pergi ke open house kan? Haaa dapat makan, beraya sambil bertanya kabar. Yang jauh didekatkan dan bila dah dekat mesra-mesrakan tak gitteww!!
Cakap pasal makan, last week kitaorang adik beradik sempat ke kenduri sepupu di Senawang Convention Centre, Negeri Sembilan. Kakak dan adik dengan family depa gerak dulu sebab saya pergi lewat pasai jiran kat umah ni pun buat kenduri, gerak lah dulu apa-apa roger ;).
Kenduri kahwin, Senawang Exhibition Convention Centre
Tukar plan last minute
Disebabkan kenduri jiran ni pukul 11:30 pagi pun tak mula lagi, kami terus ke Senawang ikut plan B. Kami tiba lewat sejam dari kakak and adik ;). Kira sempatla jumpa depa kat sana.
Wahh best dapat makan nasi minyak, biasalah mood raya sambil dapat beropen house dapat juga meraikan pasangan mempelai. Weh dia punya nasi minyak ni sedapnya!!! makan nasi je pun dah sedap sangat tau!! Dzar berselera makan nasi je tanpa lauk siap tambah dua kali. Hmm betapa saya nak menyatakan kesedapan walau nasi aje pun ;).
Silaturrahim masih terjalin
Kenduri ni adalah sepupu saya belah arwah ayah. Walaupun arwah ayah dah tiada sejak 12 tahun yang lepas, ikatan persaudaraan yang ada ni masih dijalinkan lagi. Inilah waris yang ada, kalau rindu arwah ayah, dapat jumpa adik beradik arwah yang ada rupa iras-iras arwah pun dapat mengubat rindu ini.
Seronok jumpa sanak saudara, dan diorang pun terkejut dengan kedatangan kami adik beradik. Mana taknya jumpa pun bila ada kenduri atau majlis keraian je. Siap diorang jemput datang rumah untuk beraya. Insha Allah kalau tiada aral melintang sampailah kami nanti.
Dapat tapai dan gulai itik
Lepas kenduri ni saya mula gerak ke Bandar Enstek pula kerana memenuhi jemputan kenduri aqiqah anak opismate. Sebelum berpisah dengan kakak dan adik, saya dapat buah tangan ko!!! Gulai itik masakan ABANG IPAR, tapai home made dari KAKAK, Ya Allah murah rezeki mereka ni, terima kasih kakak and abang yang sokmo sweet, semoga panjang umur dan murah rezeki, I LOVE U LAHHH!!!
Majlis Aqiqah di Felda LBJ
Ha hidangan kat Majlis Aqiqah ni pula adalah nasi tomato ayam masak merah dengan kuah dalca bersama terung. Juga ada laksa, kek coklat moist, kek red velvet dan kuih seri muka. Semestinya kambing golek dengan coleslaw, emmm yummyy. Owh bagi yang nak dapatkan khidmat aqiqah bolehlah ke Aqiqah Online 2020/2021.
Habislah diet tapi persetankanlah sebab bukan selalu dapat makan kan. Tapi berpada-pada jugalah sebab risaukan kesihatan, memangla risau sebab kalau saya sakit sapa nak jaga depa ni semua, hahaha tau takut ;).
Time ni saya je masuk rumah bergambar dengan opismate. Askar saya yang lain di luar sebab diorang dah letih kekenyangan. Ni sure masuk kereta terus kebabom tidur kekenyangan ;). Dapatlah ibu ko posing dengan aman bersama Dzar dan Adam.
Waktu ni kami sampai di rumah pukul 5:30 petang dan sedang elok balik umah mandi terus tido kepenatan sat. Bangun tido anak-anak mengadu lapar pulak, jangan risau kita masih ada gulai itik. Apa lagi cicah pulak dengan roti, hmmm sekian cerita ternak lemak kali ini memang terbaik!!! ;).
Penuh warna warni. Lagi best majis macam ni kita dapat buat then semua sanak sedara jumpa. So Syawal tu still terasa Hari Raya.
Bestnya raya…
Bukan setakat makan kuih raya, pergi open house… Malah ada kenalan yang buat kenduri kahwin dan aqiqah…
Memang ada peluang besar nak ternak lemak semula ni… hehehe
Time raya ni lah nak menternak lemak kan Aju? hehehe
saya peminat tapai, bila tgk tapai terus rasa terliur, susah nak cari kat sini
Tapai ada banyak di pasar malam tempat saya tuan
Hehe
KAlau nak sila kan singgah
pehh..
nampak macam sedap je makanan tu semua.
seronok ternak lemak raya2 ni. hihi
Rumah keluarga saya pun bakal buat kenduri akikah n kenduri haji nanti
Semoga lancar semua urusan tuan zool nanti
Mesti ramai jemputan
Alang alang ber hari raya
Buat sekali majlis aqiqah kan
Cuma lauk daging aqiqah tu khas untuk tetamu muslim
Rajin aju berjalan sana sini masa raya kan
Buat silaturahim mengeratkan hubungan kekeluargaan
Banyak lauk untuk tetamu ya
Memang kenyang balik majlis ni
Acara makan saja ☺☺
Biasa la raya, msti mau makan dan attend majlis-majlis open house, kenduri dan aqiqah juga.
Assalammualaikum.
Hai Jun, apa khabar sihat ke? kenal lg x siti yg kerja dekat tmpt lama di linbrooke security. WOOWWW mcm x caya jun skrg dah ada ank 5 kelas gitu tp maintain gitu.
Mmg best baca blog jun nnt senng2 calling2 la kita tau.
Selamat hari raya Jun serta keluarga maaf zahir batin.
Wassalam.