Dalam hidup ini, selain dari fikir nak makan apa, korang juga wajib fikir hadiah apa nak bagi pada suami, anak-anak dan kengkawan sempena hari bersejarah diorang ni. Hadiah ni tak kisahlah untuk harijadi, hari pertunangan, anniversary, eh tak kiralah untuk apapun kan. Kalau setakat 2/3 tarikh okay lagi, tapi kalau dah kene 5 orang anak macam saya ni, sure jem kepala otak ni nak memikir hadiah sorang-sorang. Aha!! Saya ada solution weii, yeay lepas ni tak perlu pening lagi nak fikir kat mana nak cari tempat yang boleh custom made dan reka hadiah orang tersayang sebab korang boleh pilih dan custom made hadiah anda di Printcious.com.
Ini kira terbaik sebab bukan senang nak cari tempat yang boleh menyediakan apa yang korang nak dan boleh disiapkan dalam masa 3 hingga 7 hari sehingga ianya sampai ke penerima. Dan lepas tu tak payah nak fikir nak wrapping bagai sebab boleh je terus order dan pihak Printcious akan settle kan untuk korang sehingga hadiah itu sampai ke tangan si penerima hadiah. Proses dia memang panjang kalau kita nak fikir kan, tapi bila korang singgah di website yang saya katakan ni, semuanya jadi ringkas dan mudah. Sila klik website Printcious.com sekarang, daftar dan bolehlah terus ikuti langkah seterusnya.
Kalau tengok di website Printcious.com, korang boleh jadi rambang mata sebab banyak kategori pilihan produk yang ada. Lihatlah gambar di atas ni, pilihan di tangan anda, anda yang menentukannya :). Korang boleh sesuaikan hadiah tu mengikut tema, contohnya hadiah harijadi, hadiah anniversary, friendship, bertunang, ulangtahun couple, itu ini semua pun boleh. Janji hadiah, sebab orang kata dengan adanya hadiah, akan lebih menjadikan kita ingat akan seseorang tu. Kalau dapat hadiah mug, asal minum je ingat ko, kalau dapat bantal pulak, asal berbantal je ingat si dia. Ha gitulah kekdah dia.

Langkah PERTAMA, klik produk mana korang nak, dan klik item tu. Sudahnya, akan Nampak button Customize it, apa lagi klik la.

KEDUA, sila masukkan text yang korang mahukan. Buatla yang korang suka, asal si dia pun suka. Jangan maki orang sudahlah ;).

Haaa lebih kurang macam inilah hasilnya, kalau korang rasa tak puas hati, customize la lagi sampai korang rasa nah inilah yang aku mahukan 🙂
Ha sila baca caption di atas untuk langkah-langkah bermula dari pilihan item sehingga ianya siap di edit, add to cart dan buat bayaran. Semudah ABC kan? 😉 Jangan tangguh-tangguh lagi nanti terus lupa hadiah untuk orang tersayang. Wahh korang bab ni memang laju kan, mentang-mentanglah baru dapat gaji :). Oklah saya nak sambung custom made hadiah lagi ni, nanti saya share hasilnya dengan korang. Dan jangan lupa layari website dan facebook di bawah untuk promo terkini dan menjimatkan :).
Printcious.com – Precious Gifts from your heart.
Info Lanjut
Dulu dulu masa belum kahwin suka bagi hadiah pada awek
Dah kahwin lambat pulak nak bagi hadiah..
Menarik….
Macam best juga benda boleh lah pilih nak bagi hadiah apa nanti
Dah tak yah pening cari hadiah dah kan..klik2 jer dah jumpa yang cantik…
waaa tak sangka ada website yang memudahkan macam ni. senang lah nak beli gift untuk orang lain. yang penting boleh customize so tak ada yang ciplak sama macam kita. tq berkongsi.
Sis, iklan adsesnse tu tutup layout blog lah
Ada tajuk yang tak nampak
Biasa lagi rare sesuatu hadiah lagi orang hargai
Kalau senang jumpa kat kedai
Nilainya tak sama dengan custom made
Harga confirm mahal lagi dari di kedai untuk barang yang sama
Tapi kenangan tu yang melekat dalam hati sampai bila bila