Menyirap pulak baca tajuk ni banyak kali kan, menyirap ada, bengang pun ada. Tak pernah dalam sejarah menang contest ni, penganjur minta duit postage untuk pos hadiah yang saya menang tu. TAK PERNAH ok!!! Hrrrrrr mainkan perasaan orang betul diorang ni.
Kalau korang pernah baca, saya pernah beberapa kali menang contest di Facebook ni. Saya suka join contest FB sebab tak banyak kerja untuk kita buat, just like, share pos tu dan tag beberapa orang kawan FB. Maksudnya tak perlu hantar borang penyertaan, cipta slogan dan sebagainya. Untuk suka-suka, dan juga tak semua pun contest saya join, yelah nama pun suka-suka kan.

Beginilah syarat contest tu, mudah kan. Dan takde syarat lain pun selain syarat di atas.
Penganjur saya maksudkan ni, adalah peniaga barangan untuk ibu menyusu. Kebetulan saya nak cubalah satu produk untuk banyakkan susu ibu yang mana itulah hadiah yang dijanjikan untuk pemenang. Saya pun ikutlah syarat yang dia bagi ni.

Bila saya pm penganjur untuk hantar details, inilah lagi syarat tambahannya, wahh demand sungguh kan?
Dan syukur saya antara 20 pemenang bertuah dan apalagi joget lambakla keseronokan. Nak tau juga berkesan ke produk tu pada pengeluaran susu nanti kan. Hmm bila diminta pm penganjur untuk berikan butiran diri, ada 3 syarat yang perlu saya patuhi. Korang bacalah sendiri syarat ni. Syarat 1 dan 2 saya ok no hal, tapi syarat no 3 tu emmm apahal pulak kene tanggung postage, dan tak pernah dibuat orang dan yang penting TAKDE MENTION DALAM SYARAT CONTEST PUN.

Semoga penganjur tersedar dari angannya, dan lepas ni lebih mesra syarat contest tu ya
Memangla alah setakat RM6 pun nak berkira ke? Memangla saya boleh bayar kalau setakat RM6, tapi kalau hadiah cuma sampel rasanya tak berbaloila kan. Dan katanya kalau saya taknak bayar postage tu, saya perlu ambil di outlet diorang pula. Hmmm apa-apa jelah, hati saya dah tawar untuk hadiah tu. Jadi saya serahkan je hadiah tu kepada penganjur untuk diberikan kepada pemenang lain.
Sebelum saya mengundur diri dari perbualan dengan penganjur ni, sempatla juga basuh dan nasihatkan supaya patuhi syarat penganjuran contest. Yang tersirat yang tersurat tu tolongla mention clearly supaya tiada kekeliruan. Dahla dapat free promo dari peserta, itupun tak appreciate ke? Namun saya tiada dendam dan amarah lagi, cuma saya doakan moga beliau trsedar dari lamunan dan lebih mesra dengan pelanggan mereka.
kalo awal2 bgtau kena tanggung pos, tkde plak org nk join ye tk..tp jrg la contest soh pemenang tanggung pos…adiahpn sampel je…slalu org buat contest akan mention cth kena amik sendiri atleast yg join alert kn..ni xde dlm syarat mmg xberbaloi la…kalo adiah tu besar ke ok lg la kn
Haah… Pelik betul penganjur ni.. Boleh pula minta bayaran Postage daripada pemenang…
Huhuhu…
Tahniah Puan Aju Mohit sebab menang contest lagi… ๐
sepatutnya syarat ni dah termasuk dalam syarat contest. kalau saya yang kena saya tak akan terima hadiah dan delete semua entry penyertaan spy dia tak dpt backlinks. haha
Sepatutnya kena me tion awal awal.sy pun rse tak berbaloi kak kalo menang sample kne caj postage.
Hmmm. Nak buat contest dah bagi syarat
Nak claim hadiah pun ada syarat
Lepas tu siap boleh tarik balik hadiah
Akhirat menjawab ni
ni nak suruh review free ni pastu nak gunakan org lak hahahah adoiiii perangai
Kalau mama, pun akan delete juga pos lama tu. Walau di fb. Sebab penganjur tu berniaga
Dia manipulasi kita untuk tujuan marketing
Siap nak gambar bagai
Syarat pula tak tulus
Menyampah dengan penganjur macma ni. Bagi sample jer kot. Suruh review lagi. Tapi postage kena bayar sendiri. Baik tak payah.
Plak dah kita yang kena caj postage.. dapat hadiah maksudnya semua free lah..kalau mcm tu gayanya.. tak payah ambil hadiah pun tak apa..
mcm2 ragam contest
Macam melampau pula ni.. kalau ye pun bagitau la awal2.. Orang dah tolong promote pun berkira sangat dengan kos penghantaran tu..
Haishh
Confirm penganjur ni nak berjimat. Kalau berkira sgt xyah lah buat GA. Kalau letak dlm syarat pun org x marah sgt
delete je post contest tu.takde plak syarat kata takleh delete..hehe..kena tanggung plak kos postage..ape da
Tak patut ๐
Betul tu. Sebaiknya beritahu awal-awal. Mungkin first time buat contest kot.
Memang tak patut… apa-apa syarat pertandingan patutnya diberitahu awal-awal. Baik yang tersurat mahupun tersirat.