Parenting Ammar Muizz sudah pun 6 bulan August 12, 2017

Spread the love

Ammar Muizz sudah 6 bulan
Sayang ibu dah pun 6 bulan, seronok tengok perkembangan awak, semoga sentiasa diberikan kesihatan dan kecergasan yang baik, ameen

Tiada yang membahagiakan bagi seorang ibu bilamana anak yang dikandung dan ditatang bagai minyak penuh itu membesar dengan sihat dan comel. Bila orang kata comelnya dia, eii tembamnya, owhh hati itu sangat bersyukur atas segala kurniaanNya. Hilang rasa penat semua!! Hahaha merapuuu.. Yeay Ammar Muizz sudah pun 6 bulan!!! Banyak dah kepandaian si Ammar ni. Dari meniarap, menggigit, menangis, dan paling terkini dah boleh angkat bontot macam nak merangkak.

Suka tengok budak kan, yang tak suka bila dia meragam je haha. Itu rasa nak geget pun ada, yelah budak kecik mana paham orang marah dia ke, suruh dia sabar ke bila nak susu, nak apa-apa semua nak cepat, nak cakap tak pandai, bila nak terus warghhhh!! Menangis volum maksimum, hahah relaxla anak nombor 5 dah kan. Hahahaha suka ulang ayat tu, yelah paham!!!

Penyusuan susu ibu 6 bulan
Ini anugerah cemerlang buat diri saya, semoga terusan cemerlang di masa hadapan

Bila dah masuk 6 bulan ni, banyak pencapaian yang membanggakan bagi saya ni. Ammar dah pun mencapai umur 6 bulan, ammar dah boleh makan, dan paling penting, Ammar minum susu ibu sehingga kini, Alhamdulillah. Nah amik pingat ni untuk diri sendiri kakakakka. Ingat senang nak capai 6 bulan menyusu badan? Orang yang melihat memang senang, tapi yang menanggung tu je tau perjalanan penyusuan tu macamana. Dengan cabaran bengkak susu, dengan kemalasan berganda kuasa 8, dengan terlupa bawa pam, malas nak perah susu. Hmm macam-macam malas lagilah, eh nak kene piat ni malas sangat ni.

Pendek kata kalau kau takde keazaman tinggi, kau akan mudah mengalah dan berserah, ha gitu kekdah dia. Syukur saya masih bertahan dan harapnya berterusan sampailah 2 tahun. Saya pernah suarakan pada suami yang saya penat nak menyusukan baby ni, letihla balik kerja nak basuh botol-botol, bangun pagi nak masukkan susu dalam botol, susun botol dan pam beg lain-lain. Lepas tu, biasanya saya akan sampai opis jam 7.50 atau 8.00 pagi (sebelum waktu kerja), terus je panjat tangga ke tingkat 1 untuk mengepam kat surau. Then pukul 12 tengahari atau 2 petang naik lagi mengepam, huishh letih kan? Kekadang nak give up rasanya.

Tapi, nasib baik suami pujuk katanya janganla macam tu, nanti abang urutkan ya. Aduyai, mencair hati mak dengar hahahahha, terus semangat nak mengepam dan susukan Ammar. Ha jangan ingat mudah nak menyusukan baby ni, selain diri sendiri, kita juga perlukan sokongan insan sekeliling. Kawan-kawan pulak support, bos pun ok (janji kita pam susu, janganlah melebih-lebih masanya). Hmmm moga berterusanla hendaknya semangat ini hingga ke tahun depan, Insha Allah.

Untuk korang yang ada masalah macam ni, jangan cepat mengalah ok, kita sama-sama semangat sampai tercapai misi kita ok?!!


Spread the love

Tags : , , , ,

7 Comments

  • Mimie posted on August 12, 2017 at 6:32 pm

    Sekejap je anak akak dah 6 bulan. Pejam celik pejam celik kan kak…

    Reply
  • anuar posted on August 13, 2017 at 2:28 pm

    Sekejap betul masa berlalu.. Semakin besar dah Ammar..
    anuar recently posted..3 Cara Buat Duit Melalui UBER!My Profile

    Reply
  • mamtisya posted on August 13, 2017 at 3:17 pm

    cpt btul dh 6 bln..rasa mcm br lg bersalin kn
    mamtisya recently posted..Dash Box Hotel Cyberjaya dalam rancangan #JJMATV3My Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on August 15, 2017 at 2:57 pm

    Alhamdulillah. Anak anak memang cepat membesar

    Terutama kalau cukup kasih sayang

    aju mesti tak sabar nak balik pejabat tiap hari jumpa baby kan
    Mazni Azmi recently posted..Shaklee Klang & Ejen COD Terbaik untuk anda! Whatsap SekarangMy Profile

    Reply
  • Khairul Zamri posted on August 15, 2017 at 9:11 pm

    Alhamdulillah anugerah kurniaan Allah SWT. InsyaAllah lepas ni saya pula bakal menimang cahaya mata
    Khairul Zamri recently posted..Kelebihan Ibadah Korban di Aidil AdhaMy Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on August 16, 2017 at 9:07 am

    Masa macam ini cepat berlalu

    Kita akan rasa rindu sanagt sebab masa ni diorang tengah sangat sweet
    Mama Hakim recently posted..Harga Vivix Shaklee 2017 & Sebotol tahan berapa lama?My Profile

    Reply
  • Afizah Abd Rahman posted on August 22, 2017 at 10:21 am

    Kejap jer dah 6 bulan yer.
    Afizah Abd Rahman recently posted..Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama PokkaMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge